Sunday 21 January 2018

Kenapa Menghafaz Al-Qur'an Pada Zaman Moden?



Zaman Nabi Sallahu Alaihi Wassalam, umat Islam disuruh untuk menjaga Al-Qur'an supaya tidak hilang. Ada kalangan sahabat yang menghafaz Al-Qur'an di dada mereka, menulis di atas belulang, batuan, pelepah tamar dsb.

Setelah berlalunya zaman, hari ini bukan sahaja mushaf Al-Qur'an mudah didapati, bahkan terdapat alat penyimpan data yg berkemampuan mencari mana-mana surah, kalimah bahkan huruf dengan lebih cepat dan mudah. Malahan lebih masyi daripada orang menghafaz Qur'an itu sendiri..

Sabda Nabi Sallahu Alaihi Wassalam:

من قرأ القرآنَ فاستظهَره فأحَلَّ حلالَه وحرَّم حرامَه أدخله اللهُ به الجنَّةَ وشفَّعه في عشرةٍ من أهلِ بيتِه كلُّهم قد وجبت له النَّارُ

"Sesiapa yang membaca Al-Qur'an dan menghafaznya, serta menghalalkan apa yang dihalalkan olehnya (Al-Qur'an) dan mengharamkan apa yang diharamkan olehnya, Maka Allah akan memasukkannya kedalam Syurga. Dan menerima syafaat darinya kepada sepuluh orang ahli keluarganya yang telah diwajibkan ke neraka."

Kenapakah kita menghafaz Al-Qur'an pada zaman kini?

"Jawabnya para sahabat menghafaz, untuk menjaga Al-Qur'an. Kita menghafaz harini, supaya dijaga oleh Al-Quran."
Bagaimana Al-Qur'an menjaga Penghafaznya?

●  Sekali kita mula menghafaz Al-Qur'an, kita akan rasa terikat. Al-Qur'an telah mengikat kita supaya menghafaznya sehingga khatam. Dan setelah itu, mengulangnya sehingga ingat. Tempohnya sehingga mati.

● Al-Qur'an adalah zikir. Jika mana-mana torikat mendisiplinkan pengikutnya berzikir beribu-ribu setiap pagi dan petang, Qur'an mendisiplinkan penghafaznya supaya membaca beberapa juzu setiap pagi dan petang. Demikianlah torikat tahfiz.

● Al-Qur'an masuk kedalam jadual harian penghafaznya. Tatkala menyusun jadual harian, penghafaz Qur'an perlu juga perlu meletakkan bilakah waktu dan berapa jamkah untuk murajaah Al-Qur'an setiap hari.

● Penghafaz juga sering terlupa ayat, memaksanya untuk sentiasa mengulang pada setiap keadaan; berdiri, berjalan, duduk, dalam kenderaan dsb. Sehingga ayat-ayat Al-Qur'an itu membasahi bibir, yang pada akhirnya Al-Qur'an itu menjadi kebiasaan percakapannya sekaligus sifatnya.

● Membaca Al-Qur'an dengan makna, telah menyentuh hati para penghafaznya. Maka sekali mereka khatam hafazan, bermakna khatam bersama maksud setiap ayat-ayat Qur'an.

● Al-Qur'an memberi pahala, pada setiap kali membacanya.

● Al-Qur'an menyentuh hati, jiwa dan perasaan, meskipun pembacanya tidak memahami maksudnya, dengan syarat mesti ikhlas unttuk mencari hidayah.

Demikian Cara Qur'an menjaga penghafaznya..🌹

No comments: