Sunday 29 May 2022

Nota Anak-anak ku, Munajat buat Tuhanku



Pada hari ini, Abdul Aziz Nusairi telah melangkah usia 1 tahun setengah. Secara jujurnya, terasa gelas kasih sayang kepadanya belum penuh saya mengisinya. Terlalu banyak ruang-ruang kosong yang dibiarkan lompang tidak tertampal. 

Maafkanku wahai anakku. 

Banyak yang bermain difikiran. Beban ini terlalu berat untukku pikul. 

Namamu tidak selalu singgah dalam doaku. Bahkan doaku seringkali hanyalah lintasan kalimat tanpa maksud! Ia kosong dan terucap sekadar hafalan dimulut.

Pada hari ini juga, Allah kurniakan ku Abdul Hadi Humaidi. Maafkanku jua anakku. Kelahiran mu terasa begitu cepat. Belum sempat ayahmu menyusun waktu dengan kekandamu. Padahal, ia hanyalah alasan untuk menutupi kelalaianku. Padahal Allah kurniakan mu bersekali dengan kemudahan-kemudahan yang lain. 


(Malam ini ku bermunajat)

Entah kenapa, dikala isteriku masih dihospital. Hanya bertemankan anakanda Aziz yang sudah tidur disisi. Malam yang begitu tenang ini dengan angin sejuk melalui tingkap sesudah hujan tadi..ia benar-benar menyergap hati ini, namun dengan tusukan lembut dan halus. Lantas mencetuskan perasaan yang sudah lama tidak menghinggapi diri. 


Seingat saya, ia perasaan sewaktu di Mesir dahulu. Tatkala menggalas amanah berat. Ia adalah malam-malam yang penuh inspirasi. Bersamanya semangat yang membuak. 

Namun kali ini lebih kuat dan realiti. Keluarga kecilku secara berkepingan melintasi lubuk fikiran ini. Memintaku melunaskan janji yang hampir ku lupai. 


Kemana ingin ku bawa keluarga ini? 


Ia persoalan yang sebelum ini sudah ada jawapnya. Ya, jawapan yang dahulunya sangat jelas terang. Ia hampir kabur kini. 

Mari kita terangkan kembali surat akujanji ini.  Janji membawa keluarga kita kepada Redha Allah ketika hidup di dunia dan ketika hidup di akhirat.

Tuesday 24 August 2021

Maraton Ulangan Al-Qur'an Fasa (1)

Tempoh Masa

Selama 8 bulan atau secara mudah 30 hari × 8 bulan bersamaan 240 hari. 

Bilangan Muka Surat Setiap Hari

Separuh muka surat atau singkatannya 1/2ms. 

Pembahagian Waktu 

  • Selepas subuh baru 1/2ms selama 30 minit.
  • Selepas Zohor Ulangan lama 1/2 juzuk selama 30 minit.
  • Selepas Maghrib Ulangan baru 1/2 juzuk selama 30 minit. 
  • Setiap hari Sabtu Ulangan lama 1juzuk selama 30 minit. 

Firman Allah SWT:

لَهُۥ مُعَقِّبَـٰتࣱ مِّنۢ بَیۡنِ یَدَیۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ یَحۡفَظُونَهُۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یُغَیِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ یُغَیِّرُوا۟ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ وَإِذَاۤ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمࣲ سُوۤءࣰا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ

[Surah Ar-Ra'd 11]






Tuesday 4 May 2021

Jangan Lupakan Lailatul Qadar


Setelah ribuan tahun Umat Islam bersungguh dengan segenap usahanya menghidupkan lailatul qadar setiap kali tibanya bulan Ramadan, akhirnya kita sampai kepada zaman serba moden dan canggih. 

Bumi sudah ditebuk, langit sudah dibelah. Seakan pengetahuan manusia tentang alam ini sudah cukup mendalam. 

Termasuk pelbagai bentuk kemudahan yang dikecapi umat manusia pada hari ini seolah-olah lailatul qadar hanya cebisan kecil daripada himpunan kesibukan manusia. Lagi malang, yg tersisa daripada lailatul qadar hanyalah cerita² pelik yg akhirnya terperuk dibucu bersama cerita dongeng lain. 

Lalu lailatul qadar ditinggalkan.