Sunday 23 January 2011

Seputarnya.. ia sebagai Peringatan kepada yang Terlalai

Semasa umur setahun jagung dulu, saya pernah bertanya kepada datuk;

"Ayoh(datuk) apadia tanda-tanda seseorang tu nak mati?" Saya bertanya tiba-tiba.

"Bila dia kata dia sudoh puas hidup, mungkin lamo lepas tu dia akan mati lah." Datuk menjawab sambil tersengeh.

Mungkin datuk kepelikkan bila tiba-tiba sebelum sarapan pagi saya bertanya soalan begitu. Saya pun tidak berapa ingat kenapa saya bertanya. Mungkin kerana terbius dengan ramai datuk-datuk disekitar yang meninggal seputar waktu itu. Jadi saya bertanya datuk, mungkin dia tahu bilakah 'masa' untuknya. Saya kira saya masih kecil, jadi tidak patut bagi saya untuk tidak punya seorang datuk.

ALhamduliLlah. Sehingga kini datuk(sebelah ayah) masih lagi 'ada'.

Saya sayang datuk saya.

Bila dikerumuni dengannya


Oh.. usai solat isya', imam mengumumkan;

"Assalamualaikum, kepada mana-mana ahli jemaah yang tidak ada sebarang musyaqqah, boleh la kita solat hajat bersama-sama semoga ALlah memberikan kesembuhan kepada Azim, anak kepada Awang Din(bukan nama sebenar) yang sekarang ni sedang sakit tenat." Kata imam dengan suara agak kesayuan, tidak seperti biasa.

Ramai juga yang menyertai, bukan macam selalu. Mungkin juga kerana agak jarang bersolat hajat kepada seseorang yang sedang tenat.

"Assalamualaikum .." Imam memberi salam.

Kemudian sekali lagi pengumuman;

"Kita buat sedikit tahlil kepada arwah Che Sulaiman(bukan nama sebenar) yang baru sahaja meninggal."

Selesai berzikir-bedoa', ada nasi bungkus disediakan kepada jemaah. Saya perlu bergegas kerumah rakan saya, memandangkan telah berjanji untuk sama-sama 'mengaji 40' kepada arwah ibunya.

Uh! tersedak sekali saya bila berputar disekitar muqarar kematian ini. Bodohlah jika saya belumpun ingin memikirkan diri, bermuhasabah kerana bimbang diajali tatkala masih bermaksiat.

Tinggalkan mereka yang banyak memberi hujah akan perkara tersebut bida'ah bla-bla.. Juga biarkan mereka yang mempertahankan perbuatan tersebut semata-mata mencari peluang keuntungan.

Sehingga pernah saya mendengar;

"Eh, kau dah makan?" tanya seorang pemuda kepada rakannya.

"Belum, kenapa?" Jawab rakan pemuda tersebut.

"Jom pegi Majlis Tahlil, bleh makan. kadang-kadang ada duit.."

Ah, tinggalkan mereka. Pada saya solat hajat ber'jemaah', Tahlil, mengaji 40, semunya sebagai tazkiyyah kepada diri saya agar tidak melupakan-Nya.

KEMATIAN MEREKA SEBAGAI PERINGATAN

Firman ALlah SWT yang bermaksud;
145. "Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."
(Surah Al-Imran ayat: 145)


Sabda Baginda RasuluLlah SAW yang bermaksud;

" Cukuplah dengan mati sebagai peringatan.."
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhKOBYwJGMb3cqmZPuoZoP0fclWaRiU0wZQ6bEycK0SOrrIIC39C1DUIU_9XrWGQJxDsPZ3Vvxt1vJRzpK8U7qX60iOete3y2MUGPsQCWK_f1BBUjQe7SI1JSXve7qedFdUQI6Trd3CrA/s1600/kubur2.jpg
Kematian adalah suatu kesudahan serta terik umur bagi semua makhluk. Secara umumnya tidak ada mana-mana manusia yang tidak mempercayai bahawa setiap manusia akan menemui ajalnya. Kepercayaan karut untuk hidup kekal abadi hanyalah terdapat dalam khayalan filem-filem rekaan manusia.

Secara khususnya, ramai yang hidup 'bagai' tidak akan mati.

Bila diteliti didalam AL-Kitab, maka banyak sekali ALlah SWT mengingatkan manusia tentang kematian yang beriringan dengannya peringatan bahawa manusia akan dibangkitkan kembali selepas kematian. Juga dapat dilihat ALlah SWT memperingatkan supaya manusia tidak mati melainkan dalam keadaan beriman kepada-Nya. Begitulah kiranya peringatan ALlah kepada kita sebagai tanda kasih-sayang secara total.

Kembali kepada diri kita, apakah belum tiba waktunya untuk kita kembali-berlari menuju ALlah...?

Firman ALlah SWT yang bermaksud;

16. "Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat ALlah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik."
(Surah AL-Hadid: 16)

Peringatan itu adalah supaya TERUS BERISTIQAMAH

Lihatlah disekeliling, entah kebenjolan apalagi yang belum 'diterokai' oleh manusia.! Maksiat apalagi yang masih menjadi asing dengan kehidupan manusia! Dosa apalagi yang masih menjadi perkara baru..?

Seiringan dengan majunya kebobrokan manusia dalam teknologi, nampaknya berekoran dengan kedurjanaan yang murakkab(berlapik-lapik). Jijik saya hendak menyebut perbuatan-perbuatan itu. Entah bahasa kebinatangan apa lagi yang belum digunakan ketika menggambarkan betapa buruknya perilaku manusia yang insan-nasian(lupa).

Mungkin anda pernah menonton satu kempen didalam television.

Seorang bapa(mungkin) memberi gula-gula kepada anaknya(mungkin) kemudian diajak masuk kedalam bilik. Si bapa menutup tingkap, kemudian ditunjukkan gambaran bawah katil dengan baju kanak-kanak tersebut(mungkin) jatuh sehelai demi sehelai bersama dengan seluar bapanya(mungkin).

Entah apa motif kempen tersebut, mungkin untuk memberi peringatan kepada si anak supaya berhati-hati dengan orang lain bahkan bapanya. Dalam kata lain, "tiada sesiapa yang kamu boleh percayai dalam dunia ini walaupun dia adalah bapa kamu."

Mungkin juga dalam kempen tersebut bertujuan untuk mengingatkan kepada masyarakat bahawa ' jangan dibiarkan berdua-duaan anak-beranak walaupun anak itu masih kecil. Sekiranya tanggapan saya betul, banyak spekulasi yang boleh dibuat juga, banyak kesan buruk yang menyusul. Saya harap, saya tersilap mentafsir tujuan, karakter sebenar kempen tersebut.

Nilai apakah yang boleh diletakkan kepada masyarakat yang begitu rupa durjananya.? Nilai apakah juga boleh diletakkan kepada si perencana kempen dalam rangka membasmi masaalah yang kian melarat ini dengan idea yang agak tidak rasional sebagaimana rencanaan Pendidikan Seks kepada anak-anak kecil, juga sekolah mengandung.? Kembalilah kepada islam. Lihatlah dalam lembaran itu, banyak sekali cara penyelesaian permasaalahn tersebut.

 Sungguh, ISLAM akan mendapat tempat pada akhirnya. Mungkinkah ini adalah suatu petanda bahawa era pemerintahan manusia yang menggunakan pemikiran semata-mata dalam memerintah dengan perencanaan yang dangkal, sudah samapai pada titik penghujungnya.? Berdoalah..

WaLlahua'lam.