Saturday 27 March 2010

Lebih baik lembu..

Bismillah..
Makhluk yang bernama manusia telah dicipta dengan simbahan kasih-sayang daripada penciptanya. Makhluk ini telah dilengkapi dengan akal fikiran yang telah menjadikannya makhluk yang paling istimewa jika dibandingkan dengan berjuta yang lain.



Hakikat ini tidak ramai makhluk manusia dapat memahaminya dengan baik. Justeru kebanyakan daripada mereka sama sahaja seperti haiwan peragut rumput, yang melompat kesana-kemari dan lain-lain bahkan ada pula yang berlebihan daripadanya. Kemudiannya tidak dapat dibezakan manusia dengan haiwan lain yang tadinya. Jadilah manusia itu tanpa nama insan kerana mereka makan seperti lembu, melahirkan anak juga sepertinya cuma mereka ini berpakaian. Mereka berjalan dengan dua kaki seperti ayam, kadang-kadang melompat seperti kanggaru.

 Pemerhatian ini terjadi dan terhasil hanya kerana manusia itu tidak dapat menggunakan akal dengan baik. Hanya kerana mereka melupakan janji -janji mereka yang dahulunya mereka berkesanggupan kepadanya. Iman yang sepatutnya dapat membezakan mereka dengan makhluk yang lain tidak mereka gunakan bahkan mereka membencinya. Ada yang berkata "hidup hanya sekali, marilah kita berhibur habisan". Dikala itu, lebih baik pula haiwan-haiwan tadi. Walaupun mereka tidak punya akal, namun mereka tidaklah pula mencaci dan menghina Pencipta mereka.

Namun tidak ramai manusia yang sedar. Ada yang sedar tapi ramai pula yang tidak bersyukur. Ada yang bersyukur, namun ramai pula yang tidak melaksanakannya. Ada yang beramal, namun ramai pula yang silap dalam perlaksanaannya. Sebahagian yang betul dan tepat dalam perlaksanaannya tidak pula dapat beristiqamah dalam amalannya sehingga akhir hayat. Maka dengan sebab itu tadi ada yang menempah neraka sebagai tempat tinggal mereka buat selama-lamanya ada pula yang menjadikan tempat siksaan itu sebagai persinggahan sementara. Disana terdapat pula mereka yang paling beruntung dalam mencari hakikat kebahagiaan dalam kehidupan. Merekalah orang-orang mendahulukan Pencipta mereka dalam setiap urusan bagi menempah syurga disana..

Monday 8 March 2010

Kehangatan Belaian kasihNya




Dengan nama Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani setiap hambanya..

KasihNya, cintaNya tidak pernah pudar walau sedikit keatas hambanya. Namun tidak ramai dalam kalangan hambanya membalas cinta suciNya. Sekiranya kita katakan bahawa kita sayang kepada sahabat kita, sehingga kadang-kadang mengalir air mata mengenangkan mereka. Sahabat ialah insan yang sentiasa bersama dengan kita samaada ketika senang mahupun susah. Kadang kala ketika kita sedang bersedih ditimpa musibah, sahabatlah yang datang dengan pelbagai cara menenangkan kita. Itulah yang membuatkan kita berasa terharu dengannya.

Ataupun kita tersenyum apabila kita sedang mengangkat suatu yang amat berat, kemudian datang sahabat membantu kita tanpa diminta yang kemudiannya kita berterima kasih bebanyak kepadanya. Dikala gembira sahabat menjadi perkongsian.

 Perhatikanlah pula kasih seorang ibu yang senantiasa menjadi tempat untuk kita mengadu, berkongsi seribu satu rasa. Kadang-kadang sahabat lari, tetapi ibu sentiasa disisi. Cubalah ingat sewaktu masa dahulu, apabila si ibu sedang menjahit pakaian kita, setiap kali dimasukkan jarum jahitan pastinya dia berhati-hati dan kadang-kadang jarum tersebut terkena jarinya namun tidak diendahkannya kerana dalam ingatannya hanyalah anak yang sedang dalam jaganya. Siapakah yang menidurkan kita sewaktu malam hari?

Tentulah sang ibu yang akan memeluk kita, membaca bahan bacaan, mengulik kita dengan nyanyiannya.. Siapa pula yang pertama kita lihat pada waktu pagi? Pastinya ibu yang mengejutkan kita, memandikan kita kemudian terus bergegas menyiapkan makanan untuk kita. Sewaktu kita kecil dahulu apabila ditimpa masaalah, maka ibulah yang menjadi tempat untuk kita melepaskan geram. Kita pukul ibu, kita memarahinya, namun ibu tersebut hanya diam sambil mengucapkan kata-kata memujuk kita. Bila gembira kita cari sahabat, tetapi bila sedih kita mula mencari sahabat yang paling setia, itulah ibu kita.

Itulah antara kasih-sayang ibu yang kadang-kadang kita lupa.

 Dapatkah kita bandingkan semua insan yang sayang kepada kita itu dengan Allah Ta'ala?

Dapatkah kita bandingkan jasa-jasa mereka dengan Allah?

Betapa kejam makhluk yang bernama manusia. Ingatkah ketika Allah menciptakan dirimu?

Sekiranya Ibu menjahit pakaian kita sambil ingat kepada anaknya setiap sulaman kerana kasih, bagaimana pula dengan Allah yang bukan sahaja menciptakan pakaian kepada kita tetapi menciptakan kita. Setiap kepingan daging, tulang-belulang disusun dengan rapi dalam proses menciptakan kita. Kemudian bila kita sudah menjadi manusia Dia bukan sahaja menyedikan makanan kepada kita, bahkan dialah yang sentiasa menggerakkan setiap darah yang berada dalam saluran darah kita. Untuk apa itu semua? Dia menidurkan kita, ataupun tidur lewat kerana memastikan keselamatan kita. Tidak, bahkan Dia tidak pernah tidur dan sentiasa memastikan semua anggota badan kita berfungsi dengan baik untuk perjalanan hidup kita. Dia juga tidak pernah lalai perhatianNya daripada sentiasa memerhatikan kita.

Namun apa balasan kita kepadaNya yang tidak pernah meminta untuk untuk dibalas kebaikkanNya. Siapa yang mula-mula menawarkan tempat untuk mengadu apabila kita ditimpa masaalah? Tentulah Allah Ta'ala. Tetapi tidak, tidak bagi kita.. kita lebih suka untuk mengadu kepada sahabat, kepada ibu kita..

Tawaran Tuhan kita tolak mentah-mentah dan dengan sombongnya. Kita lebih suka meluangkan masa bersama teman berbanding dengan Allah Ta'ala yang tidak pernah jemu menunggu kita.Kita terlebih dahulu melihat kebaikan ibu yang sanggup berjaga malam untuk kita, bukannya Allah..

Siapa kita? Kita lebih suka mencurahkan kasih kita, cinta kita kepada kekasih hati kita. Apabila tidak dibalas kita mula sedih dan merasa hiba. Apakah Tuhan tidak pernah kasih dan cinta kita?

Bagaimana pula dengan kasih dan cintaNya yang tidak dibalas...

Kitalah makhluk yang berakal tapi kitalah yang paling kejam.. Dimana ketenangan, dimana kebahagiaan..manusia.. Ya Allah itulah Tuhan sumber kebahagian dan ketenangan. Kenali dan cintailah Allah, kerana Allah menyintai kita.. Cintakan Allah tiada kecewa..cintakan Allah tiada kecewa.. اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت، خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت، أعوذ بك من شر ما صنعت، أبوء لك بنعمتك عليَّ وأبوء بذنبي فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت wallahua'lam

Wednesday 3 March 2010

Baitul Muslim..

Dalam peringkat da'wah selepasa daripada fardhu Muslim adalah baitul muslim. Pembinaan rumahtangga ditampilkan pembinaannya dalam da'wah Islam kerana masyarakat yang bernilai adalah bermula dengan rumahtangga yang berharga ahlinya.

Alam remaja sewaktu zaman persekolahan mungkin sedikit berbeza dengan remaja yang sudah bergelar mahasiswa. Barangkali dari aspek pemikiran dan tingkah remaja yang berada di bangku sekolah masih lagi begitu mudah untuk dipengaruhi oleh keadaan sekeliling tanpa menafikan ada juga, dalam kalangan mahasiswa yang berkemungkinan begitu. Justeru saya fokuskan perkongsian ini mengenai situasi keluarga, pengaruh remaja.

Zaman persekolan saya yang lalu, mungkin cebisannya sempat saya teelusuri kehidupan beberapa orang sahabat yang mendapat rona dalam kehidupan keluarga mereka. Ada beberapa sahabat yang dahulunya seorang bijak pandai pada awal perkenalan, namun tersungkur dengan najis dadah dikatakan akibat tekanan daripada situasi keluarga mereka. Tidak lupa juga ada beberapa sahabat yang sangat saya kagumi dek ketabahan dan kekuatan rohani mereka menghadapi ranjau ini bahkan memasakkan Iman mereka keranahubungan dengan Allah Ta'ala dengan sifat kebergantungan mereka setiap kali ditimpa mesaalah.

Saya bukanlah seseorang yang boleh menulis untuk membayangkan kesusahan yang mereka hadapi sehingga mengalir air mata membahasahi pipi dan itu bukanlah niat saya dalam menulis lembaran ini. Mungkin cukup untuk memberi tekanan kepada saya seandainya dalam dua tahun saya diuji dengan kematian orang yang disayangi seperti mana yang dilalui oleh sahabat saya, lebih-lebih lagi mati dalam keadaan yang tragis. Ada pula sahabat yang hari-harinya terbuang kerana terpaksa mengikut ibu bapa turun naik mahkamah kerana perceraian dan lain-lain.

Sedikit nasihat boleh saya berikan yang termampu saya lakukan dan moga-moga menjadi pahala yang akan membantu saya ke syurga kelak. Saya tidak dapat menambah ataupun mengurangkan kepiluan dan kesedihan mereka melainkan dengan keizinan daripada Allah.
Firman Allah yang bermaksud:


“Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami beriman, sedangmereka belum diuji? Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang ymg sebelum mereka, makasesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta ". (Ankabut:2-3)

"Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana orang-orang yang dahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan sertadigoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orahg.orang yang berimanbersamanya. "Bilakah datangnya pertolongan Allah ?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat". 
(Al-Baqarah: 214)

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu.”
(Muhammad: 31)


"Dan sesungguhnya telah didustakan (pula) rasul-rasul sebelum kamu akan tetapi mereka sabarterhadap pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka hingga datang pertolongan Kami kepada mereka. Tak ada seorang pun yang dapat merubah kalimah-kalimah (janji-janji) Allah. Dan sesungguhnya telah datang kepada mu sebahagian dari berita rasul-rasul itu". 
(Al-An'aam: 34) 

  "Allah sekali-kali tidak tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamusekarang ini, sehingga dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepadamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendakiNya di antara rasul-rasulNya, kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar".
(Al-lmran: 179)

"Dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka)". 
(Al-Imran: 141) 

 "Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan bagi yang batil. Adapun buih ituakan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya, adapun yang memberi menafaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan ". (ArRa'ad: 17)


"Dan dj antara manusia ada yang berkata: "Kami beriman kepada Allah" maka apabila ia disakitikerana ia beriman kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah. Dan sesungguhnya jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami adalah bersertamu ". Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam dada manusia ?. Dan sesungguhnya Allah benarbenar mengetahui orang yang beriman dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang munafik".
 (Al-Ankabut : 10-11)


Jelas disini kita melihat bahawa ujian yang menimpa adalah sunnatullah bagi menyisih dalam kalangan hambanya yang munafiq dan lemah Imannya. Lebih dari itu hikmah dari ujian itu adalah untuk membersihkan dan mensucikan orang-orang yang beriman, supaya mereka bertambah imannya, dari iman yang telah sedia ada sehingga mereka layak menerima pertolongan dari Allah. Supaya mereka memelihara dan mendokong amanah itu dengan sebaik-baiknya:


"(Iaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya merekamendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar, dan kepada Allahlah kembali segala urusan:"(Al-Hajj: 41)
"Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah; di pusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya darihamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa ".
(Al-A'raaf : 128)

Demikianlah firman Allah Ta'ala menunjukkan betapa belaian kasihNya kepada hamba yang dirudum kepiluan dan dijanjikan balasan yang setimpal kepada mereka, dengan apa yang telah dilalui.
wallahua'lam..

Tuesday 2 March 2010

Cinta Ana, Anti..

Ini adalah sebuah cerita daripada seorang sahabat.. 

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan
saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into
what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning." 

 Suatu masa dahulu, dalam kehidupan lampau...

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya
amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan
maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa
punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu
siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan
respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok
semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak
pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi
akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Saya tiada kata untuk membalas kata ummi kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali
selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang
seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

dan perkahwinan itu punya manfaat yg lebih baik dan jauh drp fitnah..