Friday 16 December 2016

Penguat Semangat

Nasyid yang saya sentiasa ulang bila diri terasa lemah. Moga bermanfaat juga untuk kita semua. 


Nasyid - Elaika


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
kupersembahkan kepadaMu Tuhan sekelian makhluk harapanku
I submit my hopes to You, O Lord of all creation,

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Pemurah
Though I am, O The Provider, Most Generous, a sinner,

Bersahabat dengan Tulisan



Buat kesekian-kalinya dia berasa cukup terasing. Entah dimana silapnya dan bagaimana pula cara menampungnya.

Bagaikan berada dilangit, tinggi dilihat orang. Namun dirinya cukup jahil untuk bersyarah tentang bentuk muka bumi. Jauh sehingga tidak mampu melihat dengan mata, ilmu pula tiada. Ah, sanjungan itu membawa rebah.

Lantas ke tulisan pula dia mengadu luka-sakitnya. Apabila tiada manusia yang ingin mendengarnya, hendak bertanya pendapat juga tiada yang memahaminya. Masalahnya rumit sampai tiada yang sanggup menadah telinga.

Menulis bagaikan ada jawabnya. Dia puas.

Wednesday 16 November 2016

Memetik Bintang Kejora



Suatu hari,
Aku terbang ke angkasa raya,
Tinggi sampai bergayut di bucu bintang,
Bintang itu aku dakap,
Aku bentukkannya menjadi mahkota,
Lalu aku pakaikan di kepala,
Hatiku begitu gembira lalu aku bersyukur,
Kerana ia adalah cita-cita besar,
Sejak aku mula melihat kecantikan bintang,
Aku sudah berazam,
Suatu hari nanti akanku tangkap ia.

Tiba-tiba,
Semua ghaib ditelan realiti kehidupan,
Ah, rupa-rupanya aku bermimpi,
Gelak kecilku,
Meskipun mimpi,
Aku gembira bercerita tentangnya,
Ia mempengaruhi kawan-kawan,
Mereka juga mula ingin menjamah BINTANG!

Hari ini,
Setelah puluh tahun,
Ia masih lagi mimpi..
Kawan-kawan ku sudah sampai ke bintang,

Hari ini,
Aku tidak penat bercerita tentang Bintang,
Baru ku sedar,
Bintang adalah inspirasi,
Ada yang mampu menyentuhnya,
Ada yang tidak pernah sampai kepadanya,
Paling penting,
Bintang itu telah menerbangkan ramai orang,
Mengangkat darjat mereka,
Memberi semangat kepada manusia,
Selagi masih hidup,
Bintangnya tetap setia menunggu,
Menunggu untuk dipetik,
Berusahalah.!

Aku,
Aku akan tetap terbang,
Setinggi yang boleh,
Walau payah,

Aku,
Sudah cukup gembira terus bercerita,
Membantu manusia,
Biar mereka berpijak di bahuku,
Supaya mereka terbang tinggi,
Memetik Bintang Kejora..

Tuesday 6 September 2016

Memeta Perjalanan Sebuah Cita-cita




Seyogia seorang Muslim mesti punyai segenggam cita-cita yang dibawa kemana sahaja dia pergi. Jika kehutan dia, hutan menjadi tempat dijayakan cita. Jika ke bandar dia, bandar itu menjadi saksi usaha gigihnya mencapai cita-citanya. Sebab itu, orang yang bercita-cita, dia tidak akan mati. Bahkan jika jasadnya mati sekalipun, akan ada anak-anaknya menyambung cita-citanya!

Sunday 14 August 2016

Saling Memerlukan



Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk dimuka bumi. Setiap satunya saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Saling bergantungan hidup. Saling mengharap. Memanglah Allah adalah hakikat tempat bergantung. Namun ia tidak menafikan wasilah-wasilah makhluk, supaya sesama makhluk ini saling berhubung dan berbudi. Dengannya terjalinlah kasih-sayang dalam masyarakat.

Sunday 24 July 2016

Perlukan Dur Tsani bahkan Tsalis, Rabi' untuk Jadi Ulama'?



Kalau ada yang bertanya, apakah pengalaman yang paling perit berada di Mesir? Saya akan jawab, bukan ditipu arab, bukan ditahan polis dan sebagainya. Tapi yang paling perit adalah, apabila saya terasa kosong.

Ada pula yang bertanya, bukankah saya ini kelihatan sibuk? 

Ya, saya memang sibuk. Tapi sibuk yang kadang-kala tika saya sedar, rupanya balang yang dibawa dari Malaysia masih kosong. Balang ilmu itu belumpun sampai sesuku sukatan.

Thursday 19 May 2016

Usaha biar Sampai Tahap untuk Tawakkal

Kejayaan yang tersembunyi. Tersedia untuk semua. Usaha, kan berjumpa lah.

Apa maksud tawakkal? Tawakkal selepas usaha. Usaha perlu sampai jumpa dulu. Membaca biar sampai ingat dulu. Membaca biar sampai faham dulu. Usaha biar kena berhabis duit dulu. Usaha biar terpaksa hilang sesuatu dulu. Biar letih dulu. Biar penat dulu. Kena berkorban dulu.

Thursday 24 March 2016

Kenapa Tidak Mahu Menjadi Pembimbing?



"Kenapa saya perlu menjadi naqib?"

"Tiada kah ada orang yang lebih baik dari saya?"

"Saya bimbang saya bertambah sibuk akibat tanggungjawab ini."

Persoalan dan keresahan jiwa-jiwa muda. Tatkala ia dilontarkan secara bertalu-talu, saya bimbang saya tidak mampu memberikan jawapan yang terbaik kepada mereka. Sehingga sedikit keresahan mereka mungkin bertukar kegusaran yang lebih berat.