Sunday 24 September 2017

Wanita

Sekadar Perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew
***

Malam-malam tidur dalam dorm, seorang anak muda yang nak kahwin minta nasihat erti pernikahan..nasihat bab perkahwinan..ustaz, ada orang kata wanita ini pelik dan susah nak difahami. Dapat lak yang degil dan tak seperti yang kita nak...
Betul ke ustaz?
Jawab saya cukup kita betulkan tanggapan kita tentang wanita. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga..saya setiap malam masa berdoa menangis dengan kehebatan Allah ciptakan wanita...Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita... Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya..

Berkubang Selut, Tanda Hati Manusia Berhajat


Firman Allah SWT:

.. فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

"Maka setelah kamu berusaha, bertawakkallah kepada Allah, 
Sesungguhnya Allah mencintai Al-Mutawakkilin (Orang-orang yangbertawakkal)"
(Surah Ali-Imran: 15)

Setelah turun ke bendang berkubang tanah dan air selut sehingga habis terpercik sampai ke muka. Baju pula basah dengan peluh, mengalir dari pipi sampai ke tengkuk..kerana lama berada dibawah terik mentari. Nafas mula turun naik dengan cepat, kaki pula mula terasa lenguh. Tapak tangan sudah merah, pedih dan berpeluh..tanda-tanda kelelahan mula kelihatan. Tekak juga kering sampai air liur pun sudah habis.

Demikian syarat bertawakkal itu sendiri adalah usaha sehingga garis penamat. Sampai ketahap mana? Sehingga sudah habis kudrat tulang empat kerat, bila tiada lagi yang tersisa untuk diusahakan kecuali perkara syubhah dan haram, maka bertawakkal lah.

Thursday 7 September 2017

Doa'kan ku & Istighfarkan (kepada Allah) buatku



Dalam mencari keampunan dan rahmat Allah SWT, kita akan melakukan pelbagai cara. Berbuatlah apa sahaja, sehingga kita dijauhkan daripada neraka dan diterima Allah SWT ke syurgaNya. Banyakkan doa, sehingga orang lain pun kita minta untuk doakan kepada kita.

Ketika menyatakan isi kandungan hadis ke 42, Arbai'n Nawawi, Syeikh Mustafa Bugha dalam kitabnya Al-Wafi menyatakan:

"Sesiapa yang mengambil berat terhadap dosanya, dia akan meminta kepada orang yang sedikit dosanya supaya beristighfar untuknya."