Thursday 7 September 2017

Doa'kan ku & Istighfarkan (kepada Allah) buatku



Dalam mencari keampunan dan rahmat Allah SWT, kita akan melakukan pelbagai cara. Berbuatlah apa sahaja, sehingga kita dijauhkan daripada neraka dan diterima Allah SWT ke syurgaNya. Banyakkan doa, sehingga orang lain pun kita minta untuk doakan kepada kita.

Ketika menyatakan isi kandungan hadis ke 42, Arbai'n Nawawi, Syeikh Mustafa Bugha dalam kitabnya Al-Wafi menyatakan:

"Sesiapa yang mengambil berat terhadap dosanya, dia akan meminta kepada orang yang sedikit dosanya supaya beristighfar untuknya."


Saidina Umar RA pernah meminta kanak2 kecil supaya beristighfar untuknya, sambil berkata: "Sesungguhnya kamu belum berdosa."

Abu Hurairah RA berkata kpd kanak-kanak yang belajar:
"Katakanlah oleh kamu,
"Ya Allah, ampunilah Abu Hurairah", sambil mengaminkan doa mereka.

Ibnu Katsir menyebut dalam menafsirkan surah Maryam alaiha Salam, ayat 19:

وقال سعيد بن أبي عروبة ، عن قتادة : أن حسنا قال : إن يحيى وعيسى ، عليهما السلام ، التقيا ، 
فقال له عيسى : استغفر لي ، أنت خير مني، 
فقال له الآخر : استغفر لي فأنت خير مني . 
فقال له عيسى : أنت خير مني ، سلمت على نفسي ، وسلم الله عليك، 
فعرف والله فضلهما

Sa'id ibnu Abu Arubah telah meriwayatkan dari Qatadah, bahawa Al-Hasan pernah mengatakan,

"Sesungguhnya Yahya AS dan Isa AS bersua,

lalu Isa berkata kepadanya, 'Mohonkanlah ampunan bagiku, karena engkau lebih baik daripada aku.'

Yahya AS berkata kepada Isa AS,' Engkaulah yang lebih baik daripada aku.'

Isa AS berkata kepadanya, 'Engkaulah yang lebih baik daripada aku, karena aku mengucapkan selamat kepada diriku sendiri, sedangkan kamu yang mengucapkan kepadamu adalah Allah'."

Maka dikatakanlah bahawa Allah memuliakan keduanya."

Wallahua'lam🌹

No comments: