Makhluk yang bernama manusia telah dicipta dengan simbahan kasih-sayang daripada penciptanya. Makhluk ini telah dilengkapi dengan akal fikiran yang telah menjadikannya makhluk yang paling istimewa jika dibandingkan dengan berjuta yang lain.

Hakikat ini tidak ramai makhluk manusia dapat memahaminya dengan baik. Justeru kebanyakan daripada mereka sama sahaja seperti haiwan peragut rumput, yang melompat kesana-kemari dan lain-lain bahkan ada pula yang berlebihan daripadanya. Kemudiannya tidak dapat dibezakan manusia dengan haiwan lain yang tadinya. Jadilah manusia itu tanpa nama insan kerana mereka makan seperti lembu, melahirkan anak juga sepertinya cuma mereka ini berpakaian. Mereka berjalan dengan dua kaki seperti ayam, kadang-kadang melompat seperti kanggaru.
Pemerhatian ini terjadi dan terhasil hanya kerana manusia itu tidak dapat menggunakan akal dengan baik. Hanya kerana mereka melupakan janji -janji mereka yang dahulunya mereka berkesanggupan kepadanya. Iman yang sepatutnya dapat membezakan mereka dengan makhluk yang lain tidak mereka gunakan bahkan mereka membencinya. Ada yang berkata "hidup hanya sekali, marilah kita berhibur habisan". Dikala itu, lebih baik pula haiwan-haiwan tadi. Walaupun mereka tidak punya akal, namun mereka tidaklah pula mencaci dan menghina Pencipta mereka.

2 comments:
Salam rindu...mantap2 blako adik2 ni..perkongsian menarik,teruskan menulis agr brtmbh kekuatan n thaqofah..medium terbaik dakwah pd hari ni...siru 'ala barokatillah..
emmm... terima kasih, biaso2 jah.. tengoh belajar da'wah dimensi nie..
Post a Comment