Monday 26 April 2010

Allah MAHA SABAR

MAHA sabar Tuhan yang tidak terungkap dengan bait-bait kata, tidak tergambar oleh peri perbuatan. Allah Maha SABAR..


"Ingat, Allah masih SABAR dengan kamu.." naQib kami menyentak lamunan kami seketika dengan ayatnya yang punya maksud yang sungguh mendalam.

"Ibarat antum ada sebiji komputer katanya; sedang kamu khusyuk menekan/menaip tiba-tiba satu daripada huruf tersebut tidak dapat berfungsi (tidak terpapar pada skrin) puas ditekan-tekan, kamu biarkan saja. Mungkin tidak menjejaskan sangat, Alhamdulillah.. masih sabar.. tiba-tiba satu lagi huruf tidak berfungsi.. Setelah berjam-jam berusaha menyiapkan tulisan, kamu serta-merta terpaksa menghentikan urusan kamu (menaip).. GERAM.. hendak dibuang, itulah satu-satunya yang kamu ada.. nak beli, perlu pakai duit dan mahal. Kemudian ambillah keputusan untuk baiki. Kira-kira sebulan kemudian, komputer tersebut rosak lagi. Bukan saje huruf tidak berfungsi, bahkan tetikus tak lancar dengan baik, bunyi, rosak dan lain-lain.. Justeru apa yang kamu lakukan? Terus berSABAR atau GANTI dengan yang baru dan lebih -baik!?"
 naQib kami bertanya..

Kami selamba menjawab, 
"semestinya kami BUANG!"

Kemudian sekali lagi kami disentak dengan pertanyaan dengan jawapan yang halus. 

"Mudahkan kita menjawab untuk buang? Kenapa? Kerana kita sudah hilang sabar, dah dibaiki, sudah punya duit untuk membeli yang baru.. Namun pernahkah kita terfikir, sudah berapa lama Allah Subahanahu wa Ta'ala memelihara kita. Terus bersabar dengan kerenah yang sering kita beralasan dalam melakukan kesilapan. Sekali kita buat silap, Allah sabar lagi dengan kita.. Dia bagi peringatan supaya kita kembali mengikut apa yang Dia suruh. Kita pun bertaubat. Namun selepas itu, kita berkali-kali melakukan salah yang sama.. Boleh saja Allah Ta'ala memBUANG(mematikan)kita atau TUKAR kita dengan manusia yang lebih baik. Kerana yang demikian itu tiada susah bagiNya Yang Maha Berkuasa.. Namun Allah masih berSABAR dengan kita. Menanti bilakah kita mahu bertaubat kepadaNya. Ingat..!! suatu hari nanti Allah Ta'ala akan menghancurkan dunia ini kerana waktu itu sudah tiada guna buat memelihara manusia yang tiada baik dalam diri mereka.. Sebelum tiba saat itu, sebelum AJAL datang menjemput, sudikah kita berfikir untuk bertaubat.. Pada kita diberi kebenaran untuk memilih. Maka buatlah pilihan yang terbaik.."

Ya, Semestinya pilihan yang terbaik itu datang dari hati yang baik serta dipenuhi dengan Nur Iman.

2 comments:

Anonymous said...

ya allah ampunkan dosa kami
jauhi kami dari maksiat

muhammad said...

amin.. InsyaAllah