Sunday 14 January 2018

Al-Qur'an Menunaikan Keinginan Pembacanya


Ada orang membaca Qur'an bertujuan dunia, maka dia mendapatkannya.

Ada yang membaca Al-Qur'an untuk mengubati penyakit, maka dia sembuh.

Ada yang membaca Al-Qur'an kerana ingin menghafaznya, maka dia mengingatnya.

Ada yang membaca Al-Qur'an kerana ingin menjual ayat-ayatnya, justeru ia sangat laku.

Ada yang membaca Al-Qur'an kerana ingin belajar mengelokkan bacaannya, maka dia reti.

Ada yang membaca Al-Qur'an kerana ingin ilmu di dalamnya, maka dia alim kerananya.

Ada yang membaca Al-Qur'an kerana inginkan fadhilat, maka dia perolehinya.

Ada yang membaca Al-Qur'an kerana kagum, maka dia terpesona dengannya.

Dan ada yang membaca Al-Qur'an kerana inginkan petunjuk hidayah, lantas dia tidak pernah tersesat kerananya.

Firman Allah SWT:


"Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) – Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus."

(Surah As-Shura: 52)

Kerana apa kita membaca Al-Qur'an? 🌹

No comments: