Friday 5 September 2014

Untold Story 2: Dari Penuntut Jalanan kepada Orang Harapan



Langkah yang disusunnya agak perlahan kali ini.

Tidak seperti biasa.

Kalau berjalan ditengah-tengah masyarakat arab Mesir, biasanya dia akan mempercepatkan pergerakan. Kerana serabut dengan hingar-bingar hon kereta, bunyi tut-tut..

Kadang-kadang disakat budak-budak arab.

Itulah keluhan rata-rata pelajar Malaysia di Mesir. Serabut, bising, menyampah dan sebagainya.

Tapi kali ni, haru-baru itu tidak menyerabutkan kepalanya.

Kerana dia memikirkan hal lain.

Menjadi kebiasaannya, berjalan sambil mendengar lagu, kalau berjalan seorang diri. Kalau dengar lagu semangat, maka bersemangatlah.

Sejak dari mula-mula pasang lagu, sampai di pertengahan jalan, dia asyik mengulangi lagu yang sama..

~betapa sakitnya, apa yang ku rasa,
Tuhan kuatkanlah hatiku yang..~

Dia berjalan sambil melayan perasaan. Lirik lagu itu bagaikan kena pada diri.

Sebenarnya, dia sendiri tidak pasti masalah yang dihadapi. Banyak, makan jiwa, mendesak dan sebagainya.

Esoknya, adalah kertas terakhir exam di Mesir. Maka tamatlah tahun satu. Namun, Shahir merasakan berada di Mesir ini, lebih teruk daripada pengalaman belajarnya di Malaysia. Tiada apa yang berbeza dari ketika mula tiba disini sehinggalah menjelma peperiksaan akhir tahun satu.

Itulah apa orang kata, teruk-teruk ketika belajar, teruk lagi tidak belajar.

Masa pula makin mendesak. Tamat tahun satu, bermakna hanya 2 tahun berbaki belajar di Mesir, sebelum pulang untuk mencurahkan pula apa yang dipelajari.

Tapi dia tidak belajar apa. Bagaimana nak memberi, kalau tak punya apa-apa?!

Itulah yang memeningkannya.

Sewaktu mula-mula tiba di Mesir, dia ada seseorang dihati. Orang yang pertama kali dikenal ketika bersama menjadi fasilitator sebuah program. Dia jatuh hati waktu itu. Namun tidak kuat untuk melafazkan.

Membayangkan dirinya serba kekurangan, dia diamkan dulu hasratnya. Orang yang dimahunya, puteri dari kayangan. Dia pula penggilap kasut saja. Sejarak bumi dengan langit. Makin difikir, makin serabut jadinya.

Kini dia hampir pasti, bahawa bukan semua 'diam' menyelesaikan masalah. Diamnya pula bukan sebulan atau setahun memendam perasaan, tapi 2 tahun.

Memerhati dari jauh. Gembira dengan kegembiraan si dia. Sedih dengan kesusahan yang ditimpa. Dia mengikuti perkembangan dalam medium sosial.

Tidak lupa juga berdoa' kebahagiaannya.

Akhirnya, ketakutan yang dibayang menjadi kenyataan. Si dia sudah ada yang bertanya. Orang yang bertanya pula bukan sebarang. Seorang yang dihormati, bijak, bergaya. Ya, cukup sempurna.

Boleh dikatakan, pinanglah yang terbelah dua, kalau mereka disatukan.

Ah!

Tiba-tiba air mengalir dipipi..

Itulah 2 keresahan utama dalam dirinya. Menjadi mimpi ngeri bila tidur, dan memeningkan bila jaga.

Dan masalah ini telah menjadikannya sebagai seorang pendiam. Sugul dengan air muka yang tiada harapan.

...

"Hir, kenapa sejak exam hari tu, aku nampak engkau ni berubah terus. Dulu engkau ni seorang yang bersemangat. Ye lah, aku masih ingat kau pernah cabar kami masa kat Mahad Tahfiz dulu.. Siapa yang paling susah menerima tekanan."

Sambil menyuap qusyari yang dibuat daripada campuran nasi, mee dan makaroni di kedai Halabi yang merupakan salah-satu tempat singgahan selepas tamat kelas..

Dah lama sangat aku simpan cerita ni sebenarnya. Mungkin aku patut bagitahu budak Aidil ni. Biarpun sebelum ni dah banyak aku kongsi dengan dia, dan stakat ni tiada respon yang boleh aku pakai.

Tapi, paling kurang tidak lah aku tanggung masalah ni sendirian.

"Haha... Dan aku yang menang kan? Korang ni, tak boleh terima tekanan sikit. Mesti marah dan putus. Kita ni, walaupun tertekan dengan menghafal dan jawatan sekaligus, tapi kena ingat.. Allah ada untuk kita." Balas aku dengan bangga mengenangkan kesah sewaktu menghafal Qur'an dulu.

"Aku akui ketabahan engkau. Dan kau lah orang yang paling prihatin dalam memberi semangat pada kami...tapi itu dulu. Hari ni engkau lain.." Aidil mengakuinya sambil memberi cuba mengorek masalah aku.

"Aku ingat kau ni macam takde harapan lah. Silap-silap terjun bangunan kau..!!"
Aidil menambah.

Ah.. jauh betul bayangan si Aidil nih. Haha.

"Woi..! Aku masih ada iman la. Aku jadi begini pun, sebab Tuhan. Takkan lah aku tiba-tiba nak buat yang Tuhan larang?"

"Kau tak nak cerita ke....?" Soal Aidil mula risau dengan situasi aku.

Habis mengunyah qusyari berharga tiga Genih atau seringgit setengah Malaysia dan meneguk air. Aku mula bercerita kesah yang jarang dikongsi dengan orang lain.

"Kau tahu kan, tujuan apa kita datang ke Mesir? Kita datang untuk belajar bro. Dan aku tahu, kita-kita semua ni ada je kelas kat Maahad dan ada yang pegi talaqqi Qur'an."

Nampak macam dia nak tahu sangat. Ni peluang aku. Kot-kot dia lah yang Allah hantar untuk selesaikan masalah aku.

"Tapi tak cukup beb., Kau tengok saja isu yang timbul hari. Macam anti Hadis. Tak goyah ke iman kau? Nasib baik, bukan bulan posa. Kalau tak, mahu tak puasa kita nim...,"

"Itu tak masuk, kalau ada yang tanya kita pasal benda ni semua. Hukum-hakam lagi..nak jawab apa?? Tobat tak balik Malaysia aku..!"

"Tambah pula, apa orang kat Malaysia tak kata pada kita? Pemalas, Takde ilmu, agamawan celup! " Aku pun tak sangka tiba-tiba kuat suara aku..perasaan makin semangat. Ye lah, kecewa dengan diri sendiri.

"Eh, relaks..sabar2.  Minum air ni." Aidil cuba menenangkan.

Sambil menuangkan air masak dalam gelas aluminium, Aidil nampak macam nak-nak insaf *hahaha dan kembali menyoal,

"Habis, apa kita nak buat ni? "

"Nak buat apa, habis exam ni kita akan bercuti tiga-empat bulan. Korang pula, sebulan lagi balik Malaysia. Ape lah, datang sekali, tapi semua balik..tinggal aku sorang.." Balas aku.

"Hehe..Sori bro. Kami dah ajak kau skali kan? Tapi kau tak boleh balik. Kau kan, nanti akan naik.." Malu-malu Aidil menjawab.

Harus bagaimana? Masalah tidak akan selesai kalau begini. Perlu buat sesuatu. Tamat perbualan dengan Aidil, otak aku ligat memikirkan jalan penyelesaian.

...


Masalah Kesibukan yang Melupakan Masalah

"Salam, bila nak hantar kertas kerja ni? Anta dah lewat sangat dah. Nanti, kalau ada apa-apa masalah,  anta juga yang susah. "

Tut..tut..

Aduh.. terlupa pulak aku. Dah lewat sehari. Apa nak buat ni, aku tak faham-faham lagi program apa yang nak dibuat ni.. rungut aku dalam hati, setelah mendapat mesej tersebut.

Dan aku ni, jenis yang tak boleh buat benda, kalau sebab dan tujuannya tak jelas. Lebih-lebih lagi program dan sewaktu dengannya. Lain lah kalau pengisian peribadi..haha. kalau bab ni, a'la thol jah .. kih2.

"Wassalam wbt. Ustaz, InsyaAllah ana usahakan petang ni."

Message sent~

Habis saja exam tahunan, terus saja aku diberikan tugas menggerak satu program.

Program PURNAMA.

Sebulan program berlangsung. Aku pula menjadi pengarah kepada salah satu pengisian, Pengarah Wacana Semasa. Semuanya ada 5 pengisian dalam bulan tersebut, selain Rehlah, Bazaria, Sukan dan Seminar yang aku juga turut terlibat sebagai AJK kecil.

Makan sikit, mandi tidak, tidur tak cukup lah aku untuk sebulan tu.

Akhirnya, tibalah saat yang paling ditunggu oleh semua AJK program, iaitulah postmortem akhir.

#Pssst; anda tidak akan faham nikmat postmortem selagi tidak bersungguh melaksanakan tugas sebelumnya.  Hehehe..

2 jam berlangsung. Pelbagai masalah dibangkit. Beserta cadangan untuk tahun depan.

Dan, "Wallahua'lam." Huh..!

YahoO..!! Habis juga .

Semua boleh kembali kepada kehidupan asal. Perancangan peribadi yang tertunggak dengan,

"Aku bila habis saja PURNAMA ni.."

Itulah ayat yang keluar. Maka, habis saja PURNAMA, boleh lah meneruskan agenda peribadi pula.

Ketika masing-masing mula beredar daripada bilik mesyuarat,

Tiba-tiba Ustaz Asyraf panggil aku. Katanya hal penting. Aku pula memang tak perasan ape lah. Sebab program baru saja habis.

Ustaz Asyraf adalah senior setahun daripada aku. Seorang yang semangat dan fleksibel dan hebat dalam pelajar, masyi Qur'an. Dia boleh melakukan banyak perkara dalam satu masa. Juga expert dalam persatuan. Memang hebat lah dia nih.

Dan paling aku salute, sebab dia ni memang tahan lah dengan perangai aku. Haha..
Apa taknya, bersungguh dia kejar aku dulu..nak suruh jadi pengarah Wacana Semasa. Memang aku ni, dah jenis malas nak berprogram. Banyak la alasannya.

"Ni, ana dengar anta nak pegi jaulah ke Tanta, betul ke? Bila nak pegi?"

"Ya, ana dengan kawan-kawan ada rancang. Kita, dua minggu lagi nak masuk Ramadhan. So, kami ingat minggu depan lah nak pegi." Balas aku.

"Oh. Begini, anta dah dipilih untuk jadi pengarah program sebulan Ramadhan ni. Maaf lah sebab mungkin anta terpaksa batalkan rancangan anta. Atau ejas sikit.."

Ustaz Asyraf dipilih untuk menyampaikan mesej tersebut.

"Ya Allah........." aku memang tak tahu nak kata apa dah.

Diikutkan hati, kalau bukan Ustaz Asyraf yang menyampaikan amanah tu, mahu saja aku marah.

Tak faham ke, baru saja sudah program. Mahu disuruh program lain pula! Takde orang laen ke? Ingat orang datang ke Mesir ni, hanya nak buat program jah..!

Sakit dada aku menahan sebak. Kepala aku penuh berfikir, keputusan dilantik menjadi pengarah. Akhirnya aku bersuara.

"Ustaz, ana ingat nak balik dulu. InsyaAllah, esok kita jumpa balik."

"Maaf Shahir. Anta balik dulu, sembahyang istikharah,  tahajjud dan solat hajat supaya dibuka hati dan diberi kekuatan." Balas Ustaz Asyraf, dengan keberatan.

Sampai saja di rumah, aku terus menghempas badan diatas katil. Penat dan serabut.

Sejam sebelum subuh, aku terbangun. Bangun dengan terkejut. Entah kenapa, mengantuk terus hilang. Fikiran terus teringat perbualan dengan Ustaz Asyraf semalam.

Aku baru saja merancang untuk memenuhkan bulan puasa ni, dengan menetap di rumah kawan yang agak jauh dari sini. Perancangan untuk khatam beberapa buah kitab, memang telah lama terbayang dalam benak.

Dan inilah salah-satu solusi kepada masalah aku di Mesir ni. Dan kalau ianya tak dibuat, memang 'jeng' lah.!

Setelah termenung beberapa ketika, aku bangun dan berjalan ke bilik air dan..

"Allahuakbar.."

Solat..

"Ya Allah, tatkala aku melihat Mesir, aku tidak melihat nya dengan harapan. Kerana aku telah mendengar cerita yang berbeza dengan cerita sewaktu aku mula-mula memasang niat untuk kesini dulu. Banyak perancangan aku atur. Perjalannya agak sulit.

Sehingga memaksa aku, untuk tetap datang ke Mesir ini.

Lama aku beristikharah, supaya Engkau beri aku kekuatan untuk teruskan niat datang ke sini. Supaya Engkau tunjukkan, bahawa bumi ini belum hilang cahayaNya.

Bahawa cerita yang aku dengar dulu, bukannya kisah dongeng atau penglipur lara semata.

Ya Allah, tunjukkan aku jalan untuk mencapai cita-cita aku. Ameen."

Tatkala air mata ini ingin mengalir, seharusnya ia mengalir pada tempat yang sepatutnya.

Kerana, apabila hati mulai resah, ianya tanda dinihari merindui sosok ini bangun menghidupkannya.

Apabila makin banyak masalah dihadapi, itu tanda sejadah mula rindu kepada wajah yang sujud berdoa' diatasnya..

Ianya juga petanda, sang Pencipta ingin mendengar resah diri anda. Maka mengadulah kepadaNya!

Esoknya, aku bangun dengan lebih bersemangat.

Yup! Pastinya kerana aku ada alasan yang cukup besar untuk melaksanakan tugas baru ini!

Bukan untuk menjadi Pengarah. Tapi kerana aku ingin menghidupkan bulan Ramadhan ini. Ya, aku perlu melakukannya. Sementelah pula, semakin ramai teman-teman mula pulang ke Malaysia. Lagi lah, aku yang perlu mengambil tanggungjawab ini.

Ramadhan, aku datang...


Takdir Ramadhan

Malam perasmian sebulan program sepanjang Ramadhan. Sedang aku menyiapkan sedikit teks untuk ucapan dalam majlis peramian dalam setengah jam lagi, tiba-tiba..

"Assalamualaikum. Ini no Ustaz Shahir ke? Ana cuma nak pastikan, takut tersilap."

Dup..dup..dup..

Kencang dada aku berdegup. Dia, Nur Izzah Munirah.!

Erk..tengah kekalutan aku prepare teks, aku terima mesej ni. Allah..

"Wassalam wbt, yup. Ana lah ni." Fuh, ber 'ana' lah .. lama tak guna kalimah nih. Hahaha. Gong!

"Ana ada perkara nak bincang ni. Boleh ke?"

Gulp! Aduss..takkan lah time ni. Arrggghh.. fuhh.., merah muka aku. Memang tak pernah laa, aku mesej2 macam ni. Merah padam muka. Nasib baik, mesej. Kalau telefon, comferm kelu ketar aku.

"Maaf lah, ana tengah ada keje ni. Boleh je, text. Tapi ana balas lambat sikit kot."

"Ok. Sebab ada beberapa perkara yang mempengaruhi istikharah ana." Jawabnya..

Padahal, dalam kepala aku, disamping peningkan text ucapan, memang aku nak tahu benar apa yang nak dibincangkannya.

Sebab seminggu lebih sebelum Ramadhan, aku minta seorang kawan untuk taqdim seseorang. Kira dia jadi orang tengah la. Itu yang aku terkejut, kenapa pula dia mesej aku. Kenapa tak mesej kawan aku. Entah lah..

Bagaimana keputusannya..
..

Selesai majlis perasmian. Terus aku pulang ke rumah.

Melihat wassup.

Macam biasanya, banyak mesej masuk.

Ini..ini..bukan..bawah lagi...ya, ini dia dari Nur Izzah Munirah.

Panjang.. malasnya nak baca. Haha. Tapi kena serius sikit.

Satu-satu persatu aku baca. Tiba-tiba aku terfikir, betul ke keputusan aku nak taqdim dia ni.

Ada 4 syarat semuanya. Dan yang paling besar, jodoh kita adalah 3 tahun lagi.

Lama aku fikir.. aku terlintas.
Aku sudah tunggunya sejak 3 tahun yang lalu. Apalah pula kalau terpaksa tunggu untuk 3 tahun lagi.!

Ah, aku sudah tekad! Bukan baru semalam aku istikharah. Ya Allah, aku mohon keampunan dan tampunglah mana yang kurang dalam membuat pilihan ini.

"Ok."

Mesej sent~

Ringkas dan poyo. Haha..

Panjang-panjang dia mesej, "Ok" ja aku balas.

Tapi aku kira, itulah jawapan yang betul dan tepat. Lahir dari hati dan sifat aku yang sebenar.

"Kalau macam tu, tunggulah keputusan istikharah ana." Dia balas.

Ambik lah masa yang lama sekalipun. Kerana dalam istikharah itu ada berkat. Mungkin Allah tak tunjuk batul-salah kepada ku. Tapi mungkin Allah tunjukkan kepada dia. Dan ianya pasti memberi kebaikan untuk kami. InsyaAllah.



Ramadhan yang Sungguh Ajaib!

Hari demi hari Ramadhan dilalui. Setiap malam, aku pohon supaya Allah permudahkan jalan menuntut ilmu.

Akhirnya doa' aku terjawab, bila ada kawan ajak aku bersama mendaftar ke Markaz bahasa. Tapi jauh sikit. Hari-hari kena gerak 45 minit untuk ke kelas.

Tapi aku memang dah bersungguh ni. Aku akan pegi.

Inilah permulaan tuntunan Allah untuk aku capai cita-cita.

Dan tibalah pada pertengahan Ramadhan. Pagi Jumaat.

Ada mesej masuk. Daripada dia.. dia yang anda tahu.

" Assalamualaikum.
Asif ganggu ust.
Boleh proceed seperti yg dipersetujui.."

Alhamdulillah.. Lantas aku sujud syukur.

Benarlah, Allah memang tahu menyelesaikan kekusutan aku. Kerana Dia Tuhan, aku pula hanyalah hambaNya.

Keyakinan Menghadapi Cabaran Mendatang

Mesyuarat agung tahunan.

Aduhh.. dipilih menjadi ahli MAJLIS PERWAKILAN.

Aku pun heran. Orang macam aku boleh dipilih menjadi ahli MP. haha. Mungkin sebab komitmen yang tak berbelah bagi kot. haha.. Sebenarnya buat kerja separuh hati ja.

Tapi, satu perkara anda kena tahu.

Ini cerita perasaan bro. Sepanjang penglibatan aku dalam persatuan ni, inilah kalo pertama betapa perasaan takut, gemuruh, terasa berat nak pengsan bagai..semua ada.

Mungkin aku dah mula terkesan dengan pentarbiyahan setelah sekian lama aku ikut. Haha. Alhamdulillahm akhirnya ada kesan. Tapi yang teruknya, aku hampir putus asa. Terasa berat macam tidak ada apa yang boleh aku buat. Ya Allah, aku bersyukur kesedaran ini. Tapi adakah ia juga bakal membuat aku berputus asa.?

Slot terakhir Mesyuarat Agung adalah, slot Muhasabah dan cadangan. Banyak yang bagi muhasah. Kesilapan ahli MP sesi lepas. Aku yang dengar ni, kecut perut. Bimbang mengulangi kesilapan sama. Ada juga yang bagi cadangan, juga membuatkan aku rasa berat. Banyak cadangan yang diberikan. Mampukah aku lakukannya??? Allahukbar!


Tapi aku perasan satu perkara. Sebenarnya, itu semua adalah HARAPAN mereka. Harapan mereka kepada aku supaya menolong mereka menyelesaikan masalah kerana mereka PERCAYAKAN aku untuk melakukannya.

Maka, walaupun dalam hati ini kecut-perut, takut, gemuruh dan hampir putus-asa dan Allah saja yang tahu, tapi muka kena tetap nampak berseri dan memberi harapan kepada mereka. Kerana mereka percayakan kami!

Semoga Allah membantu. Amin.



Hati ini Hari ini

Hari ini, 3 minggu sebelum mula sesi pembelajaran.

Alhamadulillah, banyak masalah yang aku hadapi pada sesi lepas, telah aku selesaikan untuk menghadapi sesi pembelajaran baru ini.

Ada 3 perkara utama:

Pertama, soal belajar. Aku sudah mula meminati matapelajaran Qiraat. Matapelajaran yang sebelumnya seolah-olah macam tiada keutamaan untuk belajar. Dan aku akan ceritakan lain kali ye.. haha.. Aku juga akan masuk Markaz Bahasa. dan InsyaAllah, sudah jumpa inisiatif untuk bertalaqqi di Masjid Azhar.

Kedua, Soal jawatan. Sebelum ini aku memang lemah untuk terima amanah. Dan hanya melaksankannya dengan separuh hati. Tapi kini, aku punya sebab yang besar, untuk terus bersemangat melaksankannya. JOM kita laksankan Usul..!

Ketiga, Soal hati. Aku kira, aku telah selesai masalah ini.

Tiada lagi masalah bila bertemu arab yang berambut ikal mayang dan berkulit gebu. Kerana aku akan katakan kepada hati ini, aku telah berpunya.

Dan kepada akhawat diluar sana yang inbox. Hahaha. Sori lah ye. Ana dah ada orang. Haha. Alahamdulillah, cabaran hati telah bertemu penyelesaiaannya.

Sekian.

p/s: Macam biasa, cerita ini tiada kaitan dengan hidup atau yang mati. Kalaupun ada, ia adalah persamaan yang tidak disengajakan.

Sekadar menceritakan, bahawa anak muda yang belajar agama juga tidak terlepas menghadapi cabaran seperti manusia lainnya.



No comments: