Sunday 26 October 2014

jawapan resah, pejuang Kebaikan



Jiwa meronta mencari jawapan. Kenapa kesibukan, berfikir, berpeningan, merancang dan berpenat lelah yang asal tujuannya adalah untuk mencari keredhaan Allah, namun rasanya arah yang dituju makin jauh dan semakin kabur.

Ditengah kesaruan itu, ada yang share dalam wassup. 

Saya tidak mengenali penulisnya. Mudah-mudahan Allah memberinya ganjaran.

Pejuang Islam Hilang Tasauf

1. Ahli abnaul harakah sekarang sedang dilanda wabak, wabak yang makin merosakkan intipati dan dasar jemaah sendiri. Wabak ini sangat merbahaya kerana membawa kepada DEKAT DENGAN ISLAM NAMUN JAUH DARI ALLAH.

2. Ahli abnaul harakah sekarang sudah hilang serinya, apabila semua aktiviti tarbiah diprogramkan, dan di formalkan perlaksanaanya, perkara ini memberi kesan secara tak langsung dan hari ke hari. Puasa sunat diprogramkan, qiamulail diprogramkan, zikir diprogramkan, ifthor diprogramkan, iktikaf diprogramkan, ma'thurat diprogramkan dan semua berkaitan dengan amal fardhi dan ruhiyah perlu diprogramkan dan di formalkan.

3. Hasil daripada itu, amal fardhi mula dianggap hanya perlu bila keluar arahan dari pimpinan, ikhlas mula kabur dalam diri abnaul harakah, lilahitaala mula menghilang, berpuasa dan baca Al-quran hanya apabila diarahkan pimpinan dan amalan itu dilaksanakan hanya sekadar melepas batuk ditangga dan kerana JEMAAH. Jauhnya Allah dalam diri pembawa agama Islam!!

4. Petandanya, subuh gajah menjadi perkara rutin, tanpa sedikit rasa kesal dan kecewa serta bersalah, monolog melepaskan diri "tak pe aku blh qodho" Allahurobbbi!!!! Al-quran mula berhabuk, berminggu-minggu malahan berbulan-bulan tak disentuh, hanya photoshop dan status facebook yang bersinar-sinar sepanjang masa, monolog melepaskan diri lagi "tak apa status facebook dan photoshop pun ibadah", mulut sentiasa lancar berkata-kata, memberi tazkirah, memberi ceramah, menjadi ikon, namun ingin menyebut astaghfirullah dengan perasaan tadabbur selepas solat pun sekali sebulan sahaja. Astaghfirullah hanya menjadi perkataan hiasan selepas solat tiada lagi penghayatan maksudnya. Mulut lantang melawan kekufuran, munafiq dan kezaliman, tapi subuh dalam seminggu hanya sekali dalam waktunya....   Allah!!!!!

5. Dirisaukan, abnaul harakah menganggap diri mereka paling mulia dan ahli syurga, yang bukan bersama dalam perjuangan di anggap susah jika ingin memasuki syurga Allah, kerana syurga hanya milik Ahli Jemaah bisik syaitan dalam dirinya. Mulalah menghina, mengkeji dan memandang rendah mereka yang tidak bersama dan juga berada di jemaah lain. Hanya jemaah ini yang mulia baginya. INI PENYAKIT HATI MELANDA IKHWAH AKHAWAT KITA!!! Sudah hilang tarbiah diri, sudah hilang perbetulkan diri, tiada lagi perkataan " اصلاه نفسك" yang ada cuma " ودعوا غيرك"


Amri bin sudin
25/10/2014


No comments: