Saturday, 9 November 2013

dari Mimpi

Dalam mimpi, banyak perkara bagai kenyataan.

Tersenyum-senyum, sedihnya kadang keluar air-mata. Kalau terluka, perit juga rasanya. Bangun terkejut dan berpeluh. Kenyataannya mimpi..!

Ada mimpi bila sedar, ia seolah-olah memberi motivasi. Ya, motivasi untuk teruskan hidup. Apabila iman segar, batang tubuh boleh hidup. Itulah erti kepada hidup. Hidup dalam iman.

Tapi, kebanyakkan mimpi tidak sampai kepada dunia realiti. Mimpi hanya tinggal cerita. Cerita seram dan gembira.

Adapun dunia realiti, tempoh masanya bagai mimpi akhirat. Mimpinya adalah realiti kepada akhirat. Sekejapnya pula hanya sempat tersenyum-senyum dan bersedih-sedih. Bukan tempat untuk duka dan lemah berlama-lama. Bukan juga untuk gembira dan berseronok berlebih-lebih.

Berseronok-terlompat-lompat hanya di akhirat.

Marilah melukis mimpi dalam dunia ini. Akhirat nanti, bercerita dalam syurga. Kisah suka-duka didunia.








Post a Comment