Sunday 10 March 2013

PRU 13, Undi Untuk Siapa?

Sebagai anak muda Malaysia, saya memang sayang kepada negara Malaysia. Saya cintakan dan akan mempertahankannya. Sebagaimana Islam mengiktiraf bahawa mempertahankan negara Islam itu, satu kewajipan kepada setiap rakyatnya.

Maka saya akan mempertahankannya. Daripada siapa?

Ada orang yang ke rumah saya, bukan nak merobohkan rumah saya, tapi masuk untuk mencuri. Apa saya perlu buat?

Ada orang ke rumah saya, bukan nak memindahkan hak milik rumah saya, tapi masuk nak merompak. Apa saya perlu buat?

Ada orang ke rumah saya, kerana saya berikan kepercayaan kepadanya untuk menjaga rumah saya, sepanjang ketiadaan saya di rumah selama beberapa hari. Justeru dia buat macam rumah sendiri, ajak kawan-kawan dia datang buat bising, ada sebahagian barang-barang saya dijualnya sesuka-hati dia, menceroboh bilik peribadi saya.

Justeru apa yang perlu saya buat?

Itu rumah saya. Tempat tinggal saya. Walaupun mereka datang ke rumah saya bukan dengan tujuan untuk merampasnya daripada saya, tapi memperlakukan rumah saya macam rumahnya sendiri, mencuri barang-barang saya, merompak, pecah amanah dan lain-lain. Justeru saya tengok saja?

Mempertahankan tempat tinggal, bukan saja daripada penceroboh, tapi juga daripada orang yang merosakkannya..

Saya Orang Kampung

Ya, saya orang kampung. Kampung saya ditepi pantai. Pantainya nan indah. Jalan yang menjadi laluan orang ramai yang meneruskan perjalanan hariannya juga berada dibahagian tepi pantai.

Seusai sembahyang subuh di Masjid yang terletak berhampiran pantai, saya lihat adik-adik yang ingin kesekolah mengayuh basikal buruk, begnya diatas pundak, gagah menyusuri jalan pantai. Jauhnya, payahnya.   Dahlah umurnya sekolah rendah, kecil molek.

Apa boleh buat, itu sahaja yang ada.

Tapi siapa yang bertanggungjawab? Tidakkah selepas sekian lama kita merdeka, keadaannya sebegitu miskin lagi. Nak salahkan ibubapanya? Entahlah.. Tidak pula saya kenal siapa mereka. Kenapalah ibubapanya buat aniaya kepadanya. Kalaulah mereka ada motor-kereta, kenapa suruh anak dia pergi ke sekolah, kayuh basikal sebegitu jauh.

Ya, salah ibu-ayahnya.

...


AlhamduliLlah, berkat ibu-bapa saya, berkat guru-guru sekolah agama saya, bolehlah sehingga kini, saya jaga solat lima waktu di Masjid yang teletak ditepi pantai itu.

Jalannya saya lalu, paling kurang lima kali sehari. Untuk itu, saya perlu menempuh sebelah kanan jalan, ada sebuah tanah perkuburan. Sebelah kiri jalan pula, ada pantai.

Setiap kali ke Masjid jugalah, saya tengok pantai itu. Saya tengok juga nelayannya pergi ke laut mencari rezeki daripada ikan, sotong dan lain-lain. Botnya saya nampak. Kerana tidaklah jauh mereka berada. Saya tahu, kalau mereka pergi jauh sikit daripada tempat mereka biasa tangkap ikan itu, mereka akan jumpa pelantar minyak. Harganya lebih mahal daripada hasil tangkapan mereka. Semua orang tahu itu. Nelayan tahu, petani tahu, semua tahu. Mereka bukan saja tahu ada minyak disitu.. Mereka tahu, itu HAK MEREKA. Hasil minyak itu, adalah duit mereka. Royalti yang wajib dibayar kepada mereka.sini

Harta mereka. Katanya Hasil minyak mereka itu, sudah lebih 12 Billion Ringgit Malaysia. Ya, 12 Billion yang  diambil, kalau dikembalikan kepada rakyat Kelantan, utnuk dinikmati hasil buminya, sudah barang tentu senangnya banyak. Negerinya membangun lebih dari sekarang.

Teringat saya kata YB Husam Musa, " Mereka  (Kerajaan Pusat), ikat kaki dan tangan kita, kemudian lempar kita ke laut, suruh kita berenang sampai ke darat. Kalau tidak sampai, mereka kata kita tidak pandai berenang."

Setiap kali jalannya saya lalui, kanannya ada kubur, kirinya ada pantai, saya doa' supaya minyak itu, sepatutnya didaratkan di pantai itulah! 

Sebelah pulang dari masjid, kanan jalan adalah pantai, kiri pula kubur. Saya sambung doa', kalau masih degil untuk bagi royalti, baik mereka tu, kita kuburkan saja..

Debat 

Memang ada pemimpin kerajaan yang asalnya dari pantai yang sebelah kanannya pantai. Tapi dia tidak mahu royalti itu. Saya sudah agak. Buat apa royalti lagi, mereka sudah senang. Biarlah tanah tergadai, kalau poket sudah penuh.

Ah.! Kalau dia ceramah, pastinya dia menolak royalti. Banyaklah alasannya. Tapi saya tidak percaya. Bukan kerana dia menipu atau saya terpengaruh dengan bicara orang yang ingin bagi royalti. Tapi kerana dia tidak mahu DEBAT.

Ya, selagi dia tidak debat. Macam mana saya boleh percaya. Buatlah banyak janji. Berilah RM100, RM200, RM5O0 dan lain-lain. Kami nak RM12 Billion.Tentunya kami bijak.

Selagi dia tidak debat, sebagaimana cabaran NGO Royalti, maka saya tidak percaya. Bijak kan?

Bodohlah saya kalau saya percaya bulat-bulat, sedang dia takut berdebat. Itulah bagi saya jalan terakhir baginya. Berwacana adalah cara bagi rakyat Kelantan, macam dulu-dulu. Baru kita boleh nilai.. So..?


...

Sekarang ni, barang-barang mahal. Kata orang, keluar rumah saja, dah pakai duit. Jalan lima langkah, sudah guna duit.

Semua orang tahu, di Kelantan barangnya murah dari negeri lain. Semurah-murah Kelantan, hari ini kalau tidak ada RM10 seorang, susah. Kalau sanggup berlapar, motor tidak sanggup. Kena bagi makan juga.

Hai.. Ada nyawa saja tidak cukup. Kena ada duit. Duit untuk bayar nyawa.

Musim PRU, Undi Untuk Siapa?

Semestinya bukan untuk Perasuah, perompak, penipu dan lain-lain. 

Dalam dua yang bertanding, sorang penipu, sorang jujur. Dalam dua bertanding mesti sorang baik, sorang jahat. Mudah saja. Jangan undi yang Jahat.

Bagaimana nak kenal, hari ini, pakatan rakyat sudah bentang janjinya. Mana pula janji BN. Tahu kritik saja. Kalau betul nak kritik, Debatlah.

BN hantar dia punya Kepala. PR pun hantar dia punya kepala. Biar kepala sama kepala. Baru bleh tengok, kepala mana lebih baik. Sebab dalam kepala ada otak, otak untuk fikir, kalu rosak otak, maknanya badan pun gila. Tahulah Rakyat mana Waras, mana Gila.

Saya nak tengok debat!

Sekian saja.

2 comments:

al-faqirah said...

ma ahsanal kalam (Y)

muhammad said...

biaso jh terr..