Thursday 7 March 2013

Walau Apa pun, Jangan Tinggal ALLAH..

Dalam kesempitan ruang dan peluang ni, saya cuba mencari celahan yang memungkinkan saya untuk berkongsi perkara yang amat menyentuh hati dan sanubari saya. AlhamduliLlah, celahan masa yang diberikan ALlah itu, rupanya laluan cahaya mentari pagi, yang baru ingin meninggi. Ambillah ia sekadarnya, insyaALlah, nantinya mentari itu akan menerangi hidup kita sekalian. Ingatlah bahawa, " Walau Apa pun, Jangan Tinggal ALLAH.!" 





"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada ALlah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al-Baqarah: 256)

Anda telah menerima Islam sebagai agama dan panduan hidup anda. Anda telah meninggalkan kekusutan dan kerosakan yang  menimpa manusia, anda telah memulakan hidup dengan menghadirkan nur didalam diri anda, anda telah berpegang kepada kecintaan dan kasih-sayang ALlah, iaitulah, anda telah berIman kepada ALlah! Maka ALlah tidak akan meninggalkan anda.

Dalam sebuah hadis yang disusun oleh Al-Imam Nawawi rhm dalam kitab Hadis 40,

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. beliau berkata: 

"Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku:" 

"Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: 
Peliharalah ALlah, nescaya ALlah akan memeliharamu. Peliharalah ALlah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari ALlah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan ALlah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang ALlah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang ALlah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya)." 


Kalau ditimpah musibah yang sebentar ataupun lama, kecil atau besar, Jangan Tinggal ALlah. Kalau susah ataupun dalam senang, Jangan Tinggal ALlah. Kalau sihat atau sakit, tatkala kita bersama atau berpisah, Jangan Tinggal ALlah. Kalau gagal atau berjaya, Jangan Tinggal ALlah. Kalau marah atau tenang, Jangan Tinggal ALlah. Menang atau kalah, merancang atau diluar perancangan, ingattttt..... Jangan Sesekali terfikir untuk Meninggalkan ALlah.

Syukurlah kepada ALlah, Sabarlah kerana ALlah, Redhalah kepada ALlah. Maka ALlah! Tidak akan meninggalkan kita. Maka ALlah! Akan Redha kepada kita.

Hidup

Bagaimanakah dikatakan hidup? Atau lebih khusus, bagaimanakah dikatakan manusia itu hidup?

Tentunya hidup manusia, tidak sama dengan hidup perkara lain. Hidup manusia bukanlah apabila makan, maka dia hidup. Atau, dia tidur kemudian bangun, maka dia hidup. Kalaulah demikian sudah dikatakan hidup, maka Hidup itu, tidak lebih dari hidupnya haiwan-tumbuhan, bukan manusia! 

Manusia ni, punya beberapa struktur yang perlu dihidupkan. Anggota badan, anggota waras( x tahulah nama sebenar..huhu) dan anggota jiwa(ni pun sama..).

Anggota badan itulah, berada pada bahagian yang luaran tubuh manusia. Untuk berinteraksi dengan hidupan lain. Pandangan, sentuhan, hidu dan sebagainya. Namun, kalaulah tujuan hidup kita hanya untuk memenuhi keperluan yang diluar ini, maka sekali lagi tidaklah lebih kita dari orang yang tidak waras. Maka ia bukan tujuan hidup.

Anggota waras pula, ialah akal fikiran manusia. Ini membezakan kita dengan haiwan-tumbuhan. Kita ada akal. Akal yang digunakan untuk menimbang baik-buruk, akal ini digunakan untuk memajukan diri, mengubah nasib dan sebagainya. Tapi cukupkah begitu sahaja? 

Anda menyentuh dedaun dengan anggota luar, kemudian akal mentafsir sifat daun. Anda berkahwin, kemudian memenuhi keperluan. Anda berinterksi dengan manusia sekeliling. Anda punyai haiwan peliharaan. Jangan jadi robot.

Bagaimana pula anda ingin mentafsir, "Mayat Hidup"..?
Mayat, tapi hidup. Hidup, tapi sebagai mayat. 

Bagaimana dengan perasaan? 

Perasaan itu, melahirkan suatu rasa yang tinggi nilainya. Melonjakkan manusia yang sempurna anggota tubuh,   memerikemanusiaan orang yang berakal.

Agaknya bagaimana perkahwinan kalau tanpa cinta? Agaknya bagaimana persahabatan kalau tanpa rinduan? Bagaimana punya keluarga kalau tanpa kasih-sayang? 

Maka sihat tubuh badan, sihat akal fikiran itu, bukanlah bererti kita telah hidup.

Maka manusia juga punya anggota jiwa. Ada dalam kalangan sarjana barat yang mentaarifkan bahawa, "Hidup adalah perkara yang dapat dilihat perkembangannya.."

Justeru, jiwa adalah perkara yang tidak dapat dilihat. Maka jiwa bukanlah suatu yang hidup! Sungguh mengarut. Bagaimana seorang kanak-kanak yang sedikit-demi sedikit bertambah sayangnya kepada ibu-bapa? Bagaimana ingin menjelaskan bertambahnya kasih-sayang diantara pasangan suami isteri, kalau jiwa itu tidak hidup?

Bagaimana pula kita berperasaan dan berohani, kalau jiwa itu tidak hidup? Kalau jiwa itu tidak hidup, ia matikah? Semangat yang berkobar-kobar itu datang dari mana, kalau bukan dari jiwa? Kepercayaan dan pengharapan itu datang dari mana kalau bukan dari jiwa?

Bagaimana manusia kalau tanpa jiwa itu? Sihat-bijak tapi kosong.

Lebih penting, KeImanan itu, tertanam didalam jiwa!

Islam, Memenuhi Keperluan Anggota Zahir, Waras dan Jiwa

Ambil saja contoh yang paling mudah, Solat.

Menurut kajian, pergerakan didalam solat itu membantu menyihatkan anggota badan manusia termasuk melancarkan perjalanan darah dan sebagainya. Ia juga memberi kesan yang besar kepada otak manusia, mengalihkan pemikiran dari negatif kepada positif. Lebih penting, hubungan kepada Tuhan, yang pada akhirnya akan membentuk manusia yang bersifat dengan sifat yang dipercayai oleh manusia.

Justeru, dalam menghadapi ujian samaada dari jenis yang datang dari luar, ataupun menerjah fikiran, ataupun menggusar hati dan perasaan, ingat, Walau Apa Pun, Jangan Tinggal ALlah.



WaLlahua'lam.

No comments: