Saturday, 30 November 2013

pesanan yang tepat



Buat yang sedang terpaksa senang bersendirian..

12 Oktober lalu, sewaktu 'flight' mendarat pada permukaan bumi Mesir, saya sebut dalam hati, "engkau dah sampai. Selepas itu apa?"

Ternyata persoalaan demikian menghantui saya sehingga kini.

Jawapannya bukan setakat, apa yang saya nak ketika di Mesir, tapi apa yang saya 'perlu' untuk dibawa balik ke Malaysia.

ALlah saja yang tahu, betapa saya tidak keruan seminggu sebelum berangkat. Saya sengaja asalnya telefon ustaz-ustaz, sahabat, kenalan dan lain-lain untuk mendapatkan sedikit bekal.

Padahal, saya nak mententeramkan jiwa saya.

Sehingga akhirnya pesan-pesan itu bagai ombak yang menerpa saya.

Ya, biasalah. "Awak nak sambung belajar. Mari sini, saya nak bagi pesanan."

Terima kasih semua.


Ramai sekali berpesan. Maaflah, akhirnya saya pula terpaksa 'lari' dari menjawab panggilan dan menerima jemputan supaya tidak diberi pesan. Bukan kerana saya sombong. Bukan juga kerana saya lah yang terbaik dan tidak perlu lagi menerima nasihat. Bukan!

Tapi kerana saya terlalu Lemah. Saya tidak lah kuat untuk menunaikan hajat anda semua. Saya terlalu jauh untuk membuktikan kebolehan diri. Saya tidak mampu untuk memberikan apa yang kalian mahukan.

Itulah dilema sepanjang persiapan untuk berangkat.

Ketakutan saya akhirnya sedikit terubat.

Ketika di airport, saya perasan seorang individu yang sentiasa memberi nasihat dan berpesan, tapi selama bersiap untuk ini, dia tidak melakukannya.

Abi. Ayah saya.

Dia bagaikan tidak mahu berpesan. Dan itulah yang saya cari. Terima kasih abi.

Tindakannya benar-benar mententeramkan saya. Saya kira, abi tahu bekal bagaimana yang paling baik untuk dibawa.

Dan kekuatan itu yang bersama saya selama tempoh penerbangan.

Pesanan yang Tepat

Bagi saya, pesanan yang tepat tidak akan diketahui caranya sehingga kita kenal siapa yang ingin dipesan.

Ya, rapatinya. Berbaik-baik dengannya. Kenal hati-perut dia. Seumpama ayah dengan anak. Kemudian permudahkan pesan itu. Walaupun apa yang hendak diberitahu itu perkara besar dan peringatan yang penting, sampaikanlah dengan nada dan cara yang menyenangkan.

Kerana itulah kebanyakkan cara berpesan yang memberi Kesan.

Bukankah itu tujuan berpesan?

Wahai para naqib dan dai'e.
Kurangkan bercakap, dan berilah apa yang perlu, bukan apa yang kita mahu.

...

Saya sentiasa perlukan Nasihat.


Bagaimana pula saya akan menyusun masa untuk mencari dan bawa balik ke Malaysia?

Sebenarnya saya sendiri sedang menyusun masa dan berusaha menguatkan diri untuk melaksanakan apa yang dirancang. Mudah-mudahan ALlah menolong.

Semoga ALlah bersama saya dan sahabat seperjuangan. Amin.

Dan kerana ALlah, kita harus kuat kan?

WaLlahua'alam. 
Post a Comment