Tuesday 24 October 2017

Masa Depan & Masa Belakang

"Masa yang terpenting adalah Masa Sekarang.
Jika masa lepas tidak boleh diulang, begitu pula masa depan tidak boleh dijangka.

Jika semalam tidak lagi dapat diperbetulkan, begitu pula esok belum boleh dipastikan.

Jika sedetik masa berlalu, sudah terlalu jauh..demikian sedetik masa depan, masih terlalu jauh.

Jika sejarah itu sudah dicatat, begitu jua masa depan sudah dicatat disisi Allah.

Jika hal semalam 'cuba' diperbaiki hari ini, demikian hal esok 'cuba' dirancang hari ini.

Jika perancangan semalam adalah realiti hari ini, maka perancangan hari esok bermula hari ini.

Jika sejarah itu berulang, maka masa depan juga pengulangan sejarah.

Jika masa lepas kita berjaya bila diuji, kenapa masa depan sudah ketakutan sedang belum teruji?

Jika kerisauan masa lepas adalah sia-sia, tidakkah kerisauan masa depan juga sia-sia?

Jika hari ini kita tenang dan yakin kerana Redha kejadian semalam, maka hari ini kita tenang dan yakin kerana tawakkal rahsia hari esok.

Jika rezeki semalam datang daripada Allah, tidakkah rezeki esok sudah dijamin Allah?

Jika hari ini kita hidup kerana rezeki semalam, maka esok kita hidup kerana rezeki hari ini.

Jika semalam kita gagal kerana jauh daripada Allah, maka hari esok kita gagal kerana jauh daripada Allah.

Jika semalam kita berjaya kerana doa dan ibadah, mari berdoa dan ibadah untuk esok.

Jika hari ini berjaya kerana dekat kepada Allah, maka hari esok berjaya kerana dekat kepada Allah.

Jika semalam adalah Qadha Allah, maka hari esok adalah Qadar Allah.

Banyakkan Doa' dan Ibadah, laksanakan perintah Allah dan tinggalkan Larangan-Nya. Insya Allah, kita lebih yakin dalam melangkah. Kerana jika hari ini kita tidak mati selepas diuji, maka ujian hari tidak akan mematikan kita hari esok..kerana,

Jika hari ini gembira kerana masih hidup didunia, maka esok (jika mati hari ini) kita gembira hidup di Taman Syurga.

"Orang Mukmin tidak sedih kejadian semalam dan tidak risaukan rahsia hari esok. Kerana baginya semuanya milik Allah, lantaran semalam adalah Qadha Allah dan esok adalah Qadar Allah. 
Kewajipan baginya adalah Redha hari semalam, Berusaha pada hari ini dan Tawakkal untuk hari Esok.." 

Wallahua'lam🌹

No comments: