Friday 29 May 2015

KITAB HATTA YA’LAMA SHABAB: “RASUL IKUTAN KAMI” bhg #3


Tauladan Kekuatan Tubuh Badan RasuluLlah SAW

Marilah kita mencontohi qudwah kekuatan tubuh badan baginda yang mengatasi segala kekuatan. Masakakan tidak, baginda pernah berlawan dengan juara gusti Rukanah sebanyak 3 kali. Sehinggalah Rukanah bersyahadah di hadapan baginda selepas perlawanan ketiga, “Aku bersaksi bahawa Engkau adalah pesuruh Allah.”

Demikianlah sabda baginda SAW, 

“Mukmin yang kuat lebih lebih baik dan dikasihi Allah daripada Mukmin yang lemah.” 
(Riwayat Muslim)



Inilah gambaran manusia yang akhlaknya adalah Al-Qur’an!
Lihatlah ayat Qur'an dibawah.

(Q.S. Al-Anfal: 60)
Tauladan Sifat Keberanian RasuluLlah SAW

Inilah diantara sifat yang terserlah pada diri Nabi SAW yang disanjung tinggi baik Quraish pada zaman jahiliyyah mahupun Islam.

Pernah sekali sewaktu baginda SAW masih kecil, diminta bersumpah atas nama Lata dan Uzza, lantas baginda bersabda, 

“Jangan kamu mintaku berbuat sesuatu untuk dua berhala ini sedikit pun. Demi Allah, aku tidak pernah membenci sesuatu sebagaimana aku membencinya.” 

Demikianlah bicara RasuluLlah SAW pada zaman kanak-kanak tanpa rasa takut ancaman dari kaumnya.

Suatu kisah yang lain, ketika berumur 17 tahun, baginda SAW pergi ke Yaman bersama kafilah bapa saudaranya. Baginda telah melihat di  sebuah wadi(lembah) seekor unta jantan yang buas dan liar, lanats pemuda yang bernama Muhammad pergi berseorangan menjinakkan unta tersebut sehingga hilang liarnya.

Dua contoh yang berlaku selepas kenabian;

         i.            Pada suatu malam, penduduk Madinah dikejutkan dengan bunyi bising. Lalu orang ramai pun berkejar kearah suara tersebut. Dipertengahan jalan, mereka bertemu dengan RasuluLlah hendak pulang. Rupa-rupanya baginda telah mendahului mereka pergi ke tempat datangnya bunyi tersebut. Baginda menunggang kuda yang dipinjamnya daripada Abu Talhah, sambil menyandang pedang di tengkuknya. Baginda bersabda, “Jangan takut...!”

       ii.            Tatkala perang Hunain, baginda SAW berdiri tegak diatas baghalnya, walhal manusia sedang bertempiaran melarikan diri seraya bersabda;
“Akulah Nabi yang tidak menipu, aku adalah anak Abdul Muttalib.”

Tidaklah dilihat orang yang paling teguh dan terdekat dengan musuh pada hari tersebut melainkan baginda SAW.

Inilah gambaran manusia yang akhlaknya adalah Al-Qur’an!
Lihatlah ayat Qur'an dibawah.

(Q.S. At-Taubah 13 dan 73)

Tauladan Kepintaran Baginda SAW dalam Politik dan Menguruskan Perkara

Bagitulah Nabi SAW sebagai Contoh tauladan dalam semua perkara dan untuk semua manusia pula.

Adapun pendirian baginda SAW terhadap musuhnya adalah terlalu banyak untuk dihitung. Antara yang paling nyata ialah perjanjian Hudaibiyah. Baginda telah menghentikan perbalahan antara ISLAM dan Quraisy sekaligus membentangkan jalan kepada Pembukaan Mekah.

Dalam survival politik baginda dalam mentadbir Negara, baginda telah berjaya menghentikan perbalahan yang berabad lamanya sekaligus mewujudkan kesatuan ISLAM yang teguh didalam masyarakat dibawah panji persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar, disebalik slogan kasih-sayang Aus dan Khazraj.

Inilah gambaran manusia yang akhlaknya adalah Al-Qur’an!
Lihatlah ayat Qur'an dibawah.

(Q.S. Ali-Imran: 159)

Tauladan Keteguhan RasuluLlah SAW Dalam Berperinsip

Marilah kita mencontohi sifat baginda SAW dalam keteguhan baginda dalam mempertahankan prinsipnya, suatu sifat  yang amat ketara diantara sifat-sifatnya dan akhlak yang asli diantara akhlak baginda SAW.

Dugaan yang diterima oleh Nabi SAW tersangatlah berat, sehingga ada riwayat mengatakan, kafir Quraisy tanpa segan-silu melontarkan baginda SAW dengan batu, melumur kepala baginda dengan tanah, lalu datang anak baginda Fatimah R.A menyapu tanah daripada ayahnya sambil menangis. 

Tidak ada perkara yang lebih memilukan hati baginda SAW daripada mendengar tangisan anak perempuannya tersedu-sedu, dan air matanya mengalir setitis demi setitis di pipinya, menyebabkan hati penyayang merasa cukup kasihan dan kasih kepada anaknya.

Akan tetapi apakah tindakan baginda SAW yang agung ini dihadapan peristiwa yang akan amat menggoncangkan perasaan dari dalam ini, yang menyebabkan kaum keluarga menangis dengan kerasnya? 

Baginda telah berkata kepada anaknya dengan ucapannya, 

“Tidak, wahai Fatimah. Sesungguhnya Allah menjadi penghalang mereka dari mengapakan ayahmu. Demi Allah, mereka tidak akan mampu memaksaku melakukan perkara yang aku benci sehinggalah Abu Talib meninggal dunia.”

Selepas daripada hijrah, mereka memerangi nya dalam siri-siri peperangan yang cukup banyak, pertempuran yang banyak, semata-mata untuk menghapuskan da’wah baginda SAW serta pengikutnya. Tidaklah semua ini menghalang RasuluLlah SAW daripada menegakkan kalimah Allah dan menyampaikan risalah ISLAM keseluruh dunia.

Inilah gambaran manusia yang akhlaknya adalah Al-Qur’an!
Lihatlah ayat Qur'an dibawah.

(Q.S. Al-Ahqaf: 35) dan (Q.S. Al-Baqarah: 214)

Tauladan Kefasihan Lidah Dan Adab-Adab Berbicara Nabi SAW

Sebagai yang terakhirnya marilah melihat contoh tauladan yang baik.
Abu Dawud meriwayatkan daripada Aishah R.A katanya;

“Adalah kalam RasuluLlah SAW suatu kalam yang menjadi pemutus (jelas), difahami oleh semua orang yang mendengarnya.”

Keadaan baginda SAW ketika memberi nasihat berubah mengikut kepentingan dan besar kecilnya perkara yang disampaikan. Perkara ini dapat dilihat pada wajahnya. Muslim meriwayatkan dalam Sahihnya daripada Jabir R.A;

“RasuluLlah SAW apabila berkhutbah, merah matanya, tinggu suaranya, dan bertambah marahnya. Sehinggakan seolah-olah baginda adalah seorang panglima yang memberi arahan kepada tenteranya.” Baginda bersabda, “Waspadalah kamu, pagi dan petang.” 
(Riwayat Muslim)

***

Inilah slogan “RasuluLlah SAW ikutan kami.” Tidak ada tugas lain bagi kamu, melainkan menguat keazaman, menajamkan hemah untuk mengikuti sifat kesemurnaan Nabi SAW. 

Dan inilah yang menjadikan kamu berbeza daripada manusia yang lain pada segenap perkara.Dari segi ibadahnya, zuhud, tawadu’ dan lain-lain hanya setelah kamu mengikuti ciri-ciri kesempurnaan dan kemuliaan Akhlak Nabi SAW…


WaLlahua’lam.

No comments: