Wednesday 28 May 2014

Jom belajar duhai pelajar


Belajar, bagaimana sebenarnya ia? Sampai kadang-kadang kita hampir tidak faham orang-orang yang sanggup menggunakan sebahagian besar masanya hanya untuk belajar.

Para Ulama' yang menghormati orang yang walau mengajarinya hanya secebis ilmu, dengan penghormatan yang besar.


Atau Ulama' yang pergi kesana-kemari dengan menempuhi perjalanan yang jauh lagi sukar hanya kerana ILMU.

Belajar, Ilmu dan Guru.

Dalam suasana masyarakat pada hari ini yang gilakan sijil dan penghormatan. Wang dan kedudukan. Termasuk sama dengki dan dendam, hampir saja memenjarakan para penuntut ilmu dalam penjara yang sama.

Sehingga penuntut ilmu hilang ilmunya, punah pula akhlaknya.

Koyak-rabak sifat dan kehormatannya.

Tidak lupa juga kita kepada para penuntut yang lemas dalam kemaruk selebriti. Mereka dipetik sebelum masak. Sehingga ada yang tidak sanggup berkata 'tidak tahu' pada perkara yang dijahili, kerana bimbang hilang sorakan daripada peminat.

Sedang kita tahu, bahawa berkata tidak tahu pada perkara yang tidak tahu, adalah perkara yang meninggikan martabat Ulama' dan menjadi sifat yang terpuji disisi Ulama' yang benar.

Adapun kedua, orang yang belajar dengan ikhlas. Tapi tidak sempurna perjalanannya.

Kerana tidak cukup bekalan untuk belajar. Bekalan belajar untuk belajar. Cepat keletihan, mudah malas, tidak sanggup mengeluarkan sedikit pengorbanan sebagai harga yang perlu dibayar untuk sebuah ilmu.

Maka disini boleh lah dibuat kesimpulan, menuntut ilmu, ada 3 unsur utama.

1- Tujuan menuntut ilmu.
2- Cara mendapat ilmu.
3- Kesan langsung daripada ilmu yang dipelajari.

Adalah perkara yang besar untuk kita mencermati dengan teliti, apakah sebenarnya yang menjadi sebab kita menuntut ilmu. Kerana semakin besar dan penting sebabnya, maka semakin kita terdesak untuk melakukannya dengan terbaik!

Sesungguhnya bersikap loba(tamak) untuk beramal soleh, adalah sifat yang terpuji.

Akhirnya, marilah kita pasakkan dalan diri, kuatkan jiwa, kentalkan semangat untuk menempuhi jalan menuntut ilmu. Kerana jalannya sukar, banyak sekali cabarannya. Tapi kita sedar, bahawa inilah jalan yang berbekas padanya tapak kaki para Ulama' dan Orang-orang yang soleh.!

Jadilah penuntut ilmu yang benar pegangannya, jernih akhlaknya dan betul caranya.

                                                                         Sumber

No comments: