Thursday 3 April 2014

Wahai Anak Sulung



Di kejauhan ini, saya memikirkan keluarga saya. Bukan kerana rindu atau teringat. Bukan kerana saya ingin mereka disamping kerana mahu rasa masakan ibu ataupun hilai-tawa adik saya.

Tapi kerana saya cintakan mereka, saya sayangkan mereka, saya ingin mereka bahagia, bukan saja dunia, bahkan akhirat.

Oleh itu, kerisauan saya mengatasi rindu saya kepada mereka.

Pesanan ini adalah kepada anak sulung. Dan saya juga adalah anak sulung daripada 7 beradik. Saya ada dua ibubapa, dan saya juga ada seorang adik lelaki dan 5 adik perempuan.

Mereka tanggungjawab saya.

Maka siapa yang hendak berkahwin dengan saya, mereka bukan saja perlu fikirkan diri saya. Bahkan keluarga saya.



Umi, ibuku. Abi, ayahku. Adik-adikku

Mereka tanggungjawab kita.

Saya masih ingat pesanan abi.

"Abe ni, anak sulung. Kalau abi tiada, abe lah hak bertanggungjawab. Nak kena jaga Umi dan adik-adik. Abi hantar sekolah agama ni, biarlah orang lain kata gapo pun, abi cumo nak, abe hak boleh baca Yasin ko abi nanti."

Walhal waktu itu, saya baru tingkatan 5. Begitulah didikan ayah saya. Didikan supaya bertanggungjawab. Kerana itulah jua, saya masih terlalu ingin untuk belajar agama sehingga hari ini.

 Adik-adikku,

Ah! Meraka banyak sekali kerenah. Biasalah budak-budak.

Saya memang kagum dengan umi yang boleh bertahan dengan kerenah mereka. Sampai saya kalau tidak tahan dengan mereka, mudah saja saya terus marah. Tapi tidak bagi umi, 22 tahun bersama saya dan mereka. Bertahan dengan kami.

Saya pun, banyak sekali kesilapan. Ketika besar ni, mula boleh berfikir untuk tidak menyusah dan menggusarkan fikirannya.

Sesekali, saya cuba berkongsi kerenah adik-adik saya dengan umi dan abi. Maka ketahuilah wahai adik-adikku, tidak banyak masaalah yang mereka ceritakan. Meskipun aku melihat banyak masalah kita semua. Menandakan mereka boleh bersabar dengan kita.

Itulah sedikit pesanan kepada anak sulung. ^^

Amalkan doa ' ni,

اللَّهُّمَ اَنَّا نَسْاَلُكَ لِسَانًا رَطبًا بِذِلْرِكَ
وَقَلْبًا نُفْعَنًا بِشُكْرِكَ
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْالُكَ إِيمَانًا كَامَلا  وَنَسْاَلُكَ قَلْبً خَاشِعًا
وَنَسْاَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا, وَنَسْاَلُكَ يَقِيْنًا صَادِقًا
وَنَسْاَلُكَ دَيْنًا قَيِّمًا, وَنَسْاَلُكَ الْعَافِيَةَ مِنْ كُلِّ بَلِيَّةٍ
وَنَسْاَلُكَ تَمَامَ الْغَنِى عَنِ النَّاس
وَهَبْ لَنَا حَقِيْقَةَ الايْمَانِ بِكَ حَتَّى لا نَخَاف
وَلاَ نَرْجُوَ غَيْرَكَ وَلا نَعْبُدُ شَيْـَا سِوَاك
وَاجْعَلْ يَدَكَ مَبْسُوْطَةً عَلَيْنَا عَلَى اَهْلِيْنَا وَاَوْلادِنَا
وَمِنْ مَعَنَا بِرَحْمَتِكَ وَلاَ تَكِلْنَا اِلَى أَنْفُسِنَا طَرْقَةَ عَيْنِ
وَلا اَقَلّ مِنْ ذَلِكَ يَانِعْمَ الْمُجِيْبُ
وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ النَّبِيِّ الْكَرِيْمِ
وعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ


"Ya Allah, kurniakan kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama)Mu, hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat)Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)Mu.

Ya Allah, kurniakanlah kami Iman yang sempurna, hati yang khusyu', ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. (Ya Allah) kurniakan kami (Din) cara hidup yang jitu dan unggul,  selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon (ya Allah) kecukupan yang tidak perlu kami meminta jasa orang lain. Berikanlah kami (ya Allah) Iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap selain dari Engkau sendiri.

Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta siapa saja yang bersama kami. Jangan (ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau lebih singkat dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan permintaan (kabulkanlah).

Selawat serta Restu Allah untuk junjungan kami Muhammad صلي الله عليه وسلم, Nabi yang mulia, kepada keluarga baginda dan sahabat baginda semuanya." 

- al-Ma'thurat.

*Post kali ni, agak kucar-kacir. Begitulah jadinya kalau tulis guna perasaan tanpa akal.

Kerana Allah, kita harus kuat kan?

3 comments:

Unknown said...

hebatnya abg

nabilfikrizain said...

abg mithali
pesanan tuk anak bongsu xde ke

Anonymous said...

you are the best brother in the world.. we will never found the best brother than you.. kaulah kebanggaan umi abi dn kami adk2