Tuesday 25 October 2011

Bangun, Berdiri dan Berjalanlah


"Biarlah rebah ketika berlari, bukan jatuh ketika berdiam diri." 
Kata-kata daripada Pak Hamka yang sentiasa bermain dalam minda saya.

Apabila lahir manusia sudah terlalu lama bergelumang dengan dosa. Banyak pula dosa-dosa besar, maka segala pintu hati telah tertutup oleh dosa-dosa itu tadi. Manusia mulailah jatuh ke dalam lubang yang terlalu dalam. Dalamnya sehingga manusia itu sendiri tidak mempunyai sebarang kekuatan untuk bangkit.


 Lantaran itulah, manusia terus-menerus jatuh ke dalam lubang tersebut.

Pada waktu ini, tiada apapun yang dapat menyelamatkan manusia yang sudah tidak mampu walau hanya berdoa. Tidak lagi berupaya menadah tangan walaupun berkuasa melakukannya. Manusia telah hilang keupayaan mereka untuk bertaubat meskipun boleh berkata-kata. Akal batin mereka telah tertutup rapat!

Meskipun jasad mereka mampu, namun batin mereka tidak pula berupaya. Keranan cahaya sudah tidak lagi bisa masuk kedalam hati mereka untuk memberi kekuatan supaya mereka dapat kembali melihat kepada Tuhan mereka.


Sungguh, maksiat dan dosa-dosa telah membunuh hati mereka. Keaadan mereka samalah seperti perumpamaan yang ALlah SWT tunjukkan di dalam Al-Quran yang bermaksud:



"Dan apakah orang yang sudah mati, kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap-gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan."
(Surah Al-An'am: 122)

Apakah yang terlebih baik bagi manusia yang melakukan dosa kepada ALlah kecuali segera bertaubat. Bersegera bangun dan kembali kepada ALlah, serta mengikutinya pula dengan amal-amal soleh. Telah ternyata hal ini didalam sabda RasuluLlah SAW yang bermaksud;


Dari Abu Dzar,  Jundub bin Junadah  dan Abu Abdul  Rahman, Muaz bin Jabal  r.a, dari Rasulullah SAW,  sabdanya : 

Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangailah kepada manusia dengan dengan perangai yang baik. "


Itulah yang dimaksudkan oleh Prof Hamka dalam katanya; "biarlah rebah ketika berlari, bukan jatuh ketika berdiam diri."

Tidak mengapa kalau kita jatuh tatkala sedang mendaki puncak cita-cita. Kalau jatuh pada waktu itu, kita pastinya akan segera bangun, kerana telah dibina cita-cita, sedang kita berusaha pula. Maka sedikit terjelepok akan kita terus bangun. Bukan pula bagi mereka yang tidak pernah mempunyai sebarang cita, kecil atau besar. Jatuh mereka, pastilah tidak mudah untuk bangun, kerana mereka tidak pula punyai sebarang matlamat dan perjuangan yang perlu disegarakan.

Oleh itu, tidaklah wajar bagi pejuang agama untuk terus-menerus dalam dosa kelekaan. Ada dalam kalangan mereka yang terus bersesalan dengan nasib diri tanpa pula mereka bangkit dan bertaubat terus berjuang kerana telah mulia perjuangan mereka itu.

"Ya ALlah, kami tahu, Engkau terus sudi memandang kepada kami. Meskipun telah tidak berupaya kami untuk kembali kepadaMu walaupun hanya menadah tangan dan berdoa'. Terimalah kami dan amal kami. Amin Ya Rabb."
Semoga tulisan ini dapatlah diambil walau sedikit.

Ganjarannya pula hanya terlebih baik daripada ALlah dan kepada ALlah tempat kami kembali.


.

2 comments:

Muhammad Izzuddin said...

semoga allah menerima taubat kita semua, amen.

saya menanti entri mengenai karya PaK Hamka, "Terusir" sebagai tajuk entri akhi.

sungguh, andalah selayaknya menghuraikan isu itu. =)

muhammad said...

ish..Demo khatam 3 kali.. demola tulis.