Sunday 10 October 2010

..ianya Tanggungjawab pada Baitul Muslim..


Firman ALlah yang bermaksud:
"Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorng diri, dan daripadanya ALlah ciptakan isterinya, dan daripada keduanya ALlah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada ALlah yang dengan (menggunakan) namaNya kamu saling meminta satu-sama lain, dan (peliharalah) hubungan sillaturrahim. Sungguh, ALlah sentiasa menjaga dan mengawasi kamu."
(Surah an-Nisa':1)

RasuluLlah SAW bersabda:

"Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telahpun melengkapi separuh daripada agamanya. Maka bertakwalah kepada ALlah pada separuh yang belum lagi."

antara Keluarga dan Perjuangan

RasuluLlah SAW pernah bersabda:

“Syaitan duduk menghalang anak Adam dalam tiga tempat. Ia duduk menghalanginya dari masuk Islam. Ia berkata: Adakah engkau mahu masuk lslam dan hendak meninggalkan agamamu dan agama datuk nenekmu? Tapi ia tidak peduli dan memelukIslam. Kemudian syaitan duduk pula menghalangnya dari berhijrah dengan berkata: Adakah engkau hendak berhijrah, mana boleh, engkau hendak meninggalkan tanah-air dan langitmu? Tapi ia tidak hiraukan dan berhijrah. Kemudian syaitan duduk pula menghalanginya dari berjihad. Ia berdalih, “Adakah engkau mahu berjihad? (Adakah patut) Engkau hendak merosakkan diri dan harta sendiri. Kelak engkau bertarung dan terbunuh, isterimu dikahwini orang dan harta-hartamu dibahagi-bahagi? Tapi ini pun ia tidak peduli dan ia berjihad, Rasulullah menyambung kata “Maka barangsiapa yang (teguh pendirian) berbuat demikian maka wajiblah Allah masukkan dia dalam syurga.”
(Ditakhrijkan oleh Nasa’i)

Ustazah Zainab al-Ghazali pernah berkata kepada suami beliau,

"...Mari kita berjanji, berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita, wanita yang pada berumur 18, memberikan keseluruhan hidupnya untuk Allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dalam diriku..."

  • Sungguh, perkahwinan itu punya kedudukannya yang tersendiri dalam menanggapi proses Pembentukkan Negara Islam.

  • Proses kepada Keluarga Islam pula hendaklah dengan kaedah Islam, agar visi dan misinya adalah untuk syariat Islam. Maka hasilnya adalah untuk Islam dan kerana ALlah semata tidak yang selainnya.

  • Membentengi individu dalam keluarga daripada sosial budaya yang melampau.. antara hak dan batil.

p/s: saya mencatat bagai besi berkarat menanti rosak dan dibuang
      Semoga ALlah mengampuni dosa-dosa ini..

Thursday 7 October 2010

Bahagiakan dengan Mengadap Hakikat ISLAM (1)

Firman ALlah Ta'ala yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang berIman! Masuklah kamu kedalam agama Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagi kamu."
(Surah al-Baqarah:208)

Saiyidina Umar pernah mengungkap,
"Sesungguhnya aku dimuliakan dengan ISLAM. Maka, sesiapa yang mencari kemuliaan selain kemuliaan Islam, sesungguhnya dia mencari kemuliaan dengan penghinaan ALlah."

Pasca moden telah memberi tegasan, bahawa manusia hamba material telah bergelojak jiwa mereka, bernafsu kebinatangan serta hati mereka berselaput dengan seribu satu masaalah yang mencengkam diri. Keseronokan mereka adalah keseronokan yang kosong, senyum mereka tanpa kewarasan akal fikiran..

Begitulah kiranya kebanyakkan manusia yang telah menjadi hamba kepada dunia. Akhirnya mereka hilang pedoman hidup. Hidup mereka sia-sia dengan pelbagai perkara yang telah menipu. Terhimpun mereka dalam kalangan orang-orang yang rugi pada hari akhirat nanti.


KEBAHAGIAAN, KETENANGAN dan KEINDAHAN hanya dengan ISLAM.
Islam adalah suatu agama yang setiap incinya adalah untuk memberi kedamaian jiwa kepada manusia. Memandu manusia agar senantiasa berjalan menurut fitrah asal kejadiannya. Harta, pangkat serta keseronokkan adalah suatu inti yang tidak pernah sesuai dengan jiwa manusia.

Ada dalam kalangan manusia mencari jalan kebahagiaan dengan pendidikan, wang ringgit, kemajuan teknologi dan lain-lain. Sangka mereka jalan ini dapat memberikan kedamaian kepada diri mereka. Tapi usaha ini hanya menambah sengsara kepada mereka. Kebahagiaan yang dicari semakin menjauhi, namun ancaman jiwa yang ditemui. Mereka gagal sama-sekali.

Hakikat ini terbukti apabila negara-negara maju yang mengagungkan teknologi, muncul dengan pelbagai jenayah kemanusiaan, serta kemerosotan dalam fitrah sosial manusia yang melampau. Seorang bapa yang membunuh anaknya. Pembunuhan tersebut bukanlah bunuh sebagai natijah, tapi cara serta motif pembunuhan yang jauh menyimpang dari perbuatan manusia. Bahkan lebih jauh daripada BINATANG.

Maka bersaksilah bahawa AL-Qur'an telahpun memberi penyaksian, sesungguhnya JAHATnya manusia melampau lebih daripada binatang, BAIKnya manusia mengatasi darjat para malaikat.


Pakar-pakar sains telah menjalankan pelbagai ujikaji untuk mengatasi masaalah rohani tersebut. Mereka mencari ketenangan dengan mencipta pergerakan seperti meditasi, nada-nada sentimentel dalam usaha untuk menghilangkan stress dan tekanan perasaan. Ini hanyalah ketenteraman jiwa yang bersifat sementara dan lebih menjurus kepada kegagalan mencari formula.

Pada pakar negarawan, mereka mencipta ideologi untuk mengekang masaalah sosial yang menular dalam kalangan rakya. Pelbagai cara, perbincangan, menggubal perlembagaan, mereka bentuk perundangan dilakukan.. Keputusannya tetap sama. Ianya jelas, yang paling baik hanya bersifat sementara manakala yang direka dengan nafsu terus merosak dan menjahamkan. Itulah yang mereka temui selepas pelbagai usaha dilakukan.

Firman ALlah yang bermaksud:

"Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang ada padanya."
(Surah Al-Mukminun:71)

Natijah daripada keseluruhan hasil usaha itu, memberi isyarat yang jelas qath'ie(kata pemutus) bahawa hanya ISLAM punya cara penyelesaian yang terbaik. Hanya ISLAM yang dapat menjadi pembimbing, pengasuh hati nurani yang dapat mengembalikan sifat insani.

Sebagaimana yang disebut oleh Sayyid Qutb,

 "Manusia terus-menerus mencari, mencipta,mengkaji pelbagai formula untuk menyelesaikan permasaalahan serta persoalan yang timbul. Hasilnya mereka gagal. Kerana setiap ciptaan mereka mengandungi banyak kelemahan dan ketidak-sempurnaan. Kelemahan ini terjadi dalam setiap ciptaan mereka kerana mereka hanyalah manusia yang lemah. Yang lemah hanya mencipta kelemahan bukan kebaikkan bahkan jauh sekali kesempurnaan. Ada dalam kalangan mereka yang mencipta atas dasar nafsu serta keuntungan semata-mata. Maka ini lebih menjuruskan kepada kehancuran. 

Hanya yang sempurna dapat mencipta kesempurnaan. Ciptaan ini tidak akan mengandungi sebarang kelemahan bahkan sempurna yang akan menghasilkan kebaikan dan menyempurnakan sifat manusia. Sungguh, disana tidak pernah wujub sesuatu yang sempurna. Sifat-sifat kesempurnaan ini hanya dimiliki oleh ALlah. Dia bersifat dengan segala sifat yang Suci dari sebarang pengaruh yang lemah dan merosak. Dia telah cipta dan menjadikan ISLAM sebagai cara dan jalan kepada masaalah itu tadi."

Tuhan itu ialah ALlah. Bukan yang selainNya. Tuhan itulah sembahan manusia. Mustahil bagi Tuhan untuk bersifat dengan kecacatan dan kelemahan. Kerana pada Tuhan terhimpun segala keagungan, mustahil pada yang Maha Agung itu untuk punya walau sedikit kecacatan.

Maka, sekiranya mereka yang mencipta sesuatu sedangkan Tuhan telahpun menciptanya, adakah mereka ini tidak percaya kepada sembahan mereka? Apa yang mereka sembah, akal atau Tuhan? Ataupun Tuhan mereka tidak mengajarkan mereka tentang penyelesaian permasaalahan itu? Tuhan apakah itu? Mereka gagal mengenal Tuhan mereka. Jauh sekali untuk mentauhidkan ALlah.

Firman ALlah yang bermaksud:

"Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama ALlah? Padahal kepadaNyalah sekelian makhluk yang ada di langit dan di bumi menyerah diri. Samaada dengan suka ataupu terpaksa, kepadaNyalah mereka akan dikembalikan."
(Surah Al-Imran:83)


Sungguh, Tuhan itu hanya layak bagi ALlah. Tempat merujuk segala permasaalahan hanya kepada ALlah. Itulah...


WaLlahua'lam

Monday 4 October 2010

Doa Senjata Mukmin

Firman ALlah Ta'ala yang bermaksud;
“ berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku(berdo’a kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.” 
(QS: Gafir:60).


"Baiklah, kalau macam tu saya setuju." Balas saya.

Dia mengangguk sambil tersenyum (semacam sinis). Meskipun menyanggupi perjanjian itu, namun pada dasarnya ia adalah perjanjian yang berat sebelah dan merugikan saya. Oleh itu saya berkeadaan paksa-rela.

Sebelum meninggalkan kedai tersebut, saya sempat berkata kepada non-muslim tersebut,

"kamu ingat baik-baik, saya akan berdoa kalau kamu tipu. Dalam agama saya, doa orang yang dianiaya teramat makbul permintaanya." Kata saya sambil menjeling kepadanya.

Dia tergagap seketika, cuba melafazkan sesuatu.

"Baiklah-baiklah.. Sebenarnya cara(perjanjian) ini tidak ada sebenarnya. Saya tipu kamu."

                Jangan ingat kamu hebat, saya ada Tuhan untuk saya berdoa kepadaNya. Pernah ada satu pihak meminta Tuan Guru untuk menarik balik doanya.. Bagaimana tu????