Sunday 1 August 2010

Jangan Mudah Bersangka

Rasa kecewa bila melihat jam yang hampir-hampir masuk waktu subuh. Banyak juga saya mengeluh sebab tidak sempat untuk bersolat sunat. Selesai sahaja solat subuh, lebih kurang jam 6.45 pagi, saya buka handphone. Terkejut kecil bila tengok ada mesej waktu-waktu begini. Lebih saya terkejut bila baca mesej yang bunyinya macam tersangat marahkan saya. Mungkin sebab saya ada menulis satu artikle yang agak-agak sensitif juga. Tapi dalam ruang lingkup sekolah sahaja. Si penghantar mesej ni bukan main hebat lagi 'hentam' saya dengan kata-kata yang cuba nak menimbulkan kontroversi, " awak jangan cuba nak jaja nama saya sana-sini, jangan duk menggatal tangan nak tulis bende tu.." Saya dengan otak kecil bingung sekejap dengan tiba-tiba mesej macam ni menyapa di waktu pagi. Hendak juga saya marah, tapi saya teringat ustaz saya ada beritahu, bila kita marah syaitan akan berada disamping kita. Akal tertewas dengan nafsu, maka fikiran jadi bercelaru, kesannya keadaan akan haru biru. Saya pun istighfar seketika. Si penghantar tu sahabat saya, mesti ada yang tidak kena. Kemudian saya balas, "kenapa ni? aku dah minta kebenaran daripada kamu sendiri untuk tulis benda tu semalam." Bersamanya saya tip beberapa point menunjukkan saya sendiri sedang ambil berat hal yang dia marahkan saya. Saya bertegas jangan suka marah-marahkan orang lain tidak menentu. Akhirnya selepas berbalas-balas meseg, dia seperti boleh menerima apa yang saya lakukan. Sebabkan salah faham tadi berkenaan dengan suatu artikle yang saya tulis, saya fikir mungkin ada ramai lagi yang tersalah anggap. Hah, betul sangkaaan saya. Seorang lagi menghantar e-mail kepada saya supaya cermat dalam menulis dan amalkan ilmu yang dah dipelajari dengan baik beserta dengan sindiran, bertahun-tahun belajar masih tak reti. Saya jenuh berfikir. Syaitan dah dekat dengan hati nak melagakan kami. Saya bertenang, berIstighfar banyak-banyak. Kemudian saya balas e-mail dia, Dengan mengaku yang saya memang cetek dalam ilmu dan kerap-kali tidak mengamalkan ilmu yang ada. Saya tidak ingin menambah marahnya dengan membalas yang sebaliknya. Tapi selepas beberapa ketika yang lama saya menunggu, masih tidak berbalas-balik. Saya ingat, dia dah fikir yang saya mengaku silap dan tidak mahu berbalas tembak. Tiba-tiba tone mesej berbunyi. Saya tengok, nah! Lembut membelai ayat mesej yang dia hantar.. "Assalamualaikum, sihat? Sekarang ni berada dimana? " Saya balas pertanyaan dia dengan menambah yang saya cukup kepingin untuk bertemu dengannya kerana dia sahabat yang sudah lama tidak bertemu. Dia membalas dengan bertanya, adakah saya sudah membaca e-mail yang dihantarnya. Oh, dia belum baca yang aku balas rupanya. Dengus saya. Saya menjawab, yang saya sudah baca, tapi kurang faham. Kesekian kali dia membalas bahawa mesejnya cukup mudah untuk difahami. Saya kemudian mengiakan sahaja dan minta supaya dia menjelaskan. Marah bunyi mesej yang kemudian ni. Bagi saya teguran dia tiada hikmah. Saya fikir, saya perlu selesaikan dengan segera. Cara yang sama saya guna apabila membalasnya. Gunakan alasan-alasan yang cukup banyak, beserta dengan hujah, disusun mengikut point-point. Cara saya tegas dan saya tidak beri ruang untuk dia berhujah kembali. Akhirnya, AlhamduliLlah.. Sahabat saya dapat menerima dengan baik. Rupanya ada kekeliruan disana yang dia tersilap anggap. * Janganlah terlalu mengikut emosi dalam menegur kesilapan dengan mengambil tindakan diluar lingkup HIKMAH. * Sebaiknya bertanya dahulu tentang perkara yang kurang jelas agar tidak tersalah faham. Moga-moga jika tersilap, betul apa yang ingin ditegur. Jika betul, tepat apa yang ingin dipuji. * Ikatan ukhuwwah yang erat sepatutnya lebih mendatang kasih-sayang daripada benci-membenci.

2 comments:

Nur Sakinah Nabilah, said...

:)
Allahuyubaarik nta..
P/s: tipu klau ana x terasa.. jzk,

muhammad said...

terima kasih.. pengajaran buat diri ana juga.