Friday 18 June 2010

Perpisahan itu Pasti


Apa yang pasti itu, PASTI

Sungguh, tiada yang pasti melainkan kepastian yang datang daripada ALlah Yang Maha Berkuasa memastikan kepastian. 

Telah ditetapkan suatu kepastian kepada manusia seluruhnya, bahawa setiap daripada mereka akan merasai kematian jasad. Apa yg diceritakan adalah, perpisahan ini teramat sakitnya. Rasul juga pernah bersabda sewaktu saat kewafatannya, ianya mati itu dirasakan seperti menghiris badan dengan pedang yang tajam. 

Justeru kasih baginda terserlah dalam doa'nya.. 


"Ya Allah, jika beginilah sakitnya mati, Engkau himpunkanlah seluruh kesakitan mati umatku keatas diriku.." 

Disana terdapat berbagai bentuk perpisahan. Saiyidina Umar mendahului yang lain dalam menggambarkan keperitan perpisahan dengan katanya, 


"andai aku tahu betapa peritnya perpisahan ini, nescaya tidak aku mulakannya dengan pertemuan".

Nah! Terlihat disini akan peritnya perpisahan itu. 

Pertemuan dahulu yang ruangannya terisi berbagai kisah suka dan duka akhirnya kenangan yang mengisi ruangan noktah perpisahan. 

Semuanya Adam mahupun Hawa, kepastiannya, pertemuan akan diakhirkan dengan perpisahan. 

Dalam doa setiap sujud, dinukilkan juga isinya supaya pertemuan indah dahulu, noktahnya juga adalah indah. Namun kepastian hanyalah ditangan Yang Esa. Walau Indahnya akhir perpisahan, indahnya pertemuan dahulu masih dalam harapan. 

Biarlah semua manusia membenci kamu, asalkan ALlah mengasihi dirimu. Nescaya seluruh haiwan, tumbuhan serta makhluk seluruhnya juga akan kasih kepadamu. Terima kasih kepada sahabat yang menasihati saya. 

Akhirnya perpisahan itu menjadi manis, dek keputusan itu diambil kerana kemanisan janji Tuhan. JanjiNya, kamu akan bertemu dan menjadi penghuni syurga Tuhan. 

AlhamduliLlah atas sapaan ini, Ya ALlah. Hijab itulah sebab keputusan itu diambil. 

Semestinya sebab itu adalah suatu yang tepat dan mulia, semulia Bilal memeluk Islam selepas hinanya didalam kekafiran. Hijrah daripada suatu yang buruk kepada suatu yang lebih baik adalah sebaik-baik hijrah selepas tiada lagi hijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah. 

Begitulah kiranya perkhabaran dari Rasul yang mulia. 

Akhirnya, selamat tinggal silamku daripada NowseeHeart yang sering saya dengar, air sederasnya sungai menerobos dicelahan mata mengalir membasahi pipi.. 

Aku hanyalah manusia yang bernama ADAM.. 

wassalam.

No comments: