Tuesday 10 November 2015

Saya


Jalan lurus berbatu, adalah satu cerita diantara cerita hidup manusia.


Jalan lurus adalah jalan agama, ISLAM. Tiada jalan yang lurus dan betul selain jalan Islam. Diberikan bekalan, dipandu dan diberi pedoman.


Itulah sifat jalan ini.


Namun menerima, meyakini dan beriman pada jalan ini bukan bermakna ceritanya dihiasi dan menjadi damai dengan kemudahan dan kesenangan. Tetapi, menerima hakikat bahawa hidup adalah tempat ujian. Penuh dengan cubaan dan halangan lagi berbatu.


Ujian untuk diterima sebagai hamba. 



 .


Saya


Saya adalah salah seorang anggota daripada masyarakat yang dilahirkan kedunia. 


Telah menghabiskan pengajian di peringkat menengah di sekolah agama iaitu Maahad Muhammadi Lelaki. Kemudiannya menyambung pengajian di peringkat diploma dalam bidang Tahfiz dan Qiraat. 


Menamatkan hafalan pada 12/12/2012. Pada usia 20 tahun.


Tamat Diploma pada bulan 3 tahun 2013.


Sekarang menyambung pengajian di Maahad Qiraat al-azhar, Shoubra, Mesir dalam bidang Pengkhususan Qiraat. Berbaki 2 tahun lagi sebelum tamat ijazah.


Serba-sedikit latar pengajian saya.


Kehidupan Saya 



" Orang biasa-biasa pun nak ke Syurga. "


Itulah saya. 


Menerima kenyataan bahawa saya seorang Hafiz Qur'an. Dan sehingga sekarang menyambung pengajian khusus dalam aliran agama.


Tapi tidak pernah mengatakan saya bahawa berbeza dengan masyarakat. Saya tetap orang biasa. Seorang Al-hafiz dan agamawan yang menempuhi kenyataan hidup yang penuh onak dan duri.


Saya juga berjalan dibawah langit yang ada cerah dan mendungnya. Sesekali ada hujan dan ribut. Ada gelap dan cerah. Sifat saya juga, rajin dan malas. Baik dan juga buruk. Kenyataan saya, ada betul dan silap. Semangat ini, ada kuat dan longlai. Iman saya ada naik dan ada pula turunnya.


Kerana saya juga manusia!

Saya manusia biasa yang mengikuti jalan yang berbatu ini, untuk mencapai kebahagiaan saya didunia dan akhirat melalui cara yang paling lurus (diredhai) oleh Allah, Tuhan saya dan Tuhan anda. 
Maka saya kongsikan cerita saya dalam blog ini. Inilah cerita saya.

Inilah, blog kehidupan. 

No comments: