Tuesday, 28 January 2014

Teliti Dalam Menjawab


Setiap orang, ada personaliti yang tersendiri. Gaya berjalan, style berpakaian, cara bergurau dan sebagainya.

Tidak terkecuali juga cara memberi jawapan bila ditanya.



Jawapan sebagai seorang rakan, ayah, anak, guru dan lain-lain. Jawapan mereka sering dipengaruhi oleh cara melihat sesuatu perkara.

Sebagai contoh apabila membeli pakaian.

"Ambik hak tadi, sesuai, nampak smart."
"Ambik hak tadi, jimat sikit."

Sebenarnya contoh diatas berlainan. Namun tetap sama. Kita akan tahu, beginilah jawapan rakan kita dan begitulah jawapan ayah kita.

Berilah Jawapan lain

Kadang-kadang, berilah jawapan lain. Seorang rakan, cubalah berfikir sebagai seorang bapa kepada anak, apabila ada rakan yang meminta pendapat. Begitulah selanjutnya.

Seorang rakan yang melihat sebagai seorang bapa, sebagai seorang guru, hakikatnya dialah rakan yang sebenar! Memberi pendapat yang menarik manfaat kepada orang lain.

Namun, terlalu susah untuk mencari mereka ini. Dialah rakan, dialah bapa, dialah guru..

Tapi bukan mustahil, kerana saya sudah jumpa!
Post a Comment