Wednesday 13 April 2011

AL-Qur'an menjadi Wasilah

BismiLlah..

"Katakanlah (wahai Muhammad), kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia ALlah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal".
(Surah Yunus: 58) 


AlhamduliLlah, usai sudah (7-9 April 2011) berprogram bersama ustaz, sahabat, juga adik-adik Ma'ahad Tahfiz Sains Ya'akubiah (MTSY) di Sri Aur Beach Resort. Memprogarm dan diprogram, mengajar dan belajar, mendidik dan dididik adalah suatu interaksi yang tidak boleh dipisahkan. Keduanya saling memerlukan. Mendidik tanpa dididik adalah lambang keegoan yang tinggi juga menyuburkan sifat jahil. Dididik tanpa mendidik akan membawa kepada kehancuran ummah, ekoran tiada ada yang menyuruh kepada ma'ruf, mencegah daripada yang mungkar.

Mujahidah(6);

"Abe, tengok kucing tu.." Sambil telunjuknya kepada kucing yang digilis kenderaan di jalan raya.

Saya;

"Ermm..kesian dia kena pijok(gilis) kereta".

Mujahidah;

"Ibu dia jahat tuh. Tinggal anok dio situ.."

Saya biarkan saja adik saya lantaran letih yang teramat usai berprogram.

Adik, ibu kucing bukan sengaja membiarkan anaknya digilis sedemikian. Bukan sengaja meletakkan anaknya berkeadaan begitu. Sungguh, ia diluar kudrat haiwan tersebut. Mereka bukan manusia. Hanya manusia yang sanggup melihat, membiarkan, meletakkan keturunannya begitu.

Saya bermonolog.

Menyemai Tarbiah Menyuburkan Insani

Adik-adik MTSY ialah mereka yang menghafaz AL-Qur'an. Menanggungnya, meletakkan diri mereka sebagai saf yang membentengi ummat dengan juzuk-juzuk kalamuLlah yang Maha Suci.

Tanggungan yang sedemikian rupa beratnya perlu diperjelas dan diperincikan agar air yang suci dapat menyucikan. Justeru itu kami berprogram.

Namun tidaklah pula kami menghujani mereka dengan berbagai keadaan. Sekadar membuka minda, mewajahkan diri dan akhlak dengan simfoni Islam. Bimbang tidak kena cara, lain pula yang jadi.
 
AL-Qur'an wasilah, Ukhuwwah menjadi Tanda

Sungguh, AL-Qur'an diturunkan sebagai tanda kasih dari ALlah.Menunjuki hambaNya jalan yang lurus menuju kasihNya dengan pelbagai kisah sebagai pengajaran, perumpamaan dan analogi, peringatan dan  janji-janji supaya mulut yang membaca disertakan hati sebagai ikrar, maka amal menjadi tanda.

Maka AL-Qur'an jualah yang telah menjadi surat kasih kami sebelum, ketika dan selepas berprogram.

Selamatlah bersama AL-Qu'an yang memayungi!

waLlahua'lam.

2 comments:

Muhammad Izzuddin said...

Assalamualaikum.

Akhirnya selepas beberapa ketika menyepi, entri terbaru kelihatan sangat ilmiah.

Benar, al Quran bukan sekadar untuk dibaca, dihafaz mahupun dicetak berulang kali, malah Allah mahu lebih dari itu.

Al Quran adalah mu'jizat ma'nawi yang diturunkan untuk dipatuhi dan dilaksanakan.

Teruskan usaha akhi. : )

muhammad said...

waalaikassalam.

sekadar kongsi.
DIN, pn lamo jugok menyepi.. memprogram dan diprogram DIN..!