Sunday 28 February 2010

Cinta Rasul, Cintalah mereka



Luarnya tersenyum, namun batinnya bisa saja terseksa. Luarnya tenang aja, namun fikirannya mungkin saja sarat dengan buah bernas. Katanya mungkin sudah lemah, namun rohnya tetap membara seperti usia mudanya. Tidak aku sangkal roh sakinah sentiasa bersama mereka, dek senyap mereka tanda berfikir, ucapan mereka adalah berzikir. Aku yakin dengannya. Kerana beliau menerima fiqhudda'wah seusai remajanya, melaksanakan pada zaman mudanya, ditetapkan kepadanya zaman kematangannya dan telah diuji pada zaman tuanya.

Saya tidaklah berkemampuan mengatakan lebih daripada itu, kerana ketika tokoh lain menjalankan kerja Islam dan memahaminya dalam keadaan berselindung dan mengelak dari menjadi mangsa penjenayah terhadap Islam, namun beliau tetap terus berhadapan dengan penjenayah-penjenayah itu dan mengalami ujian penyeksaan yang telah mentarbiahkan dirinya. Beliau telahpun membuktikan kejayaannya.. Aku berdoa' kepadaNya supaya diberikan hikmat perjuangan sebagaimana telah diberikan kepada mereka yang telah memenuhi janji kepada Tuhan mereka. p/s mungkin inilah antara cara untukku meraih secebis nilai kasih dari Tuhanku kerana mencintai hambaNya yang soleh dan yang beristiqamah diatas jalan mereka.

No comments: