Tuesday, 10 November 2015

Saya


Jalan lurus berbatu, adalah satu cerita diantara cerita hidup manusia.


Jalan lurus adalah jalan agama, ISLAM. Tiada jalan yang lurus dan betul selain jalan Islam. Diberikan bekalan, dipandu dan diberi pedoman.


Itulah sifat jalan ini.


Namun menerima, meyakini dan beriman pada jalan ini bukan bermakna ceritanya dihiasi dan menjadi damai dengan kemudahan dan kesenangan. Tetapi, menerima hakikat bahawa hidup adalah tempat ujian. Penuh dengan cubaan dan halangan lagi berbatu.


Ujian untuk diterima sebagai hamba. 


Sunday, 27 September 2015

Hatimu-hatiku jua


"Wahai Orang yang berselimut. Bangunlah pada waktu malam selain dari sedikit waktu (untuk berehat)..."

(Surah Al-Muzammil: 1-2)

Hari-hari yang kita hadapi setelah mendapat memahami kehidupan ini, tentunya berbeza dengan sebelumnya.

Ya, memang berbeza. Tidak sedikit, bahkan banyak.

Berkurang masa untuk murajaah Qur'an, kurangnya waktu bersama sahabat-sahabat, movie pula sudah lama tak tengok, payah nak keluar makan sekali.

Otak pula sentiasa berfikir soal kerja. Muka masam pun, kita t dak perasan.

Allah..

Bangun lah. Bangun dan pergi lah berwudhu'. Hadap lah muka kpd Kiblat.

Sujud lah selama yg engkau mahu. Tiada siapa akan menggangumu. Usai solat, tadah lah tangan. Mengadu lah kepada Tuhan mu.

Sebut lah masalah mu. Sebutlah kesibukan mu. Sebut kan semuanya.


Allah Maha Mendengar.


Menangis lah sepuasanya.
Luahkan jeritan batinmu.

Selepas itu, anda akan terasa dunia dan cabarannya terlalu kecil utk ditangisi.

Kerana Allah Yang Maha Besar sedang menolong mu.


Aku telah mencubanya. Nah, giliran engkau pula.!

Semoga Kita sentiasa dalam rahmatnya.

Amin.

Friday, 4 September 2015

Kita Lelaki


Link


Kita lelaki.

"Jangan segan untuk bertanya, apabila tidak tahu. Jangan malu untuk menangis, apabila sedih. Jangan risau untuk meminta tolong, apabila lemah."

Senyumlah apabila gembira.!

Dan jangan takut untuk meredah apabila telah yakin.

Kerana demikianlah sifat lelaki sejati. Berbuat apa yang dirasakan perlu, tanpa menghiraukan ejekan orang.

Kadang-kadang, menjadi diri-sendiri itu lebih baik dan lebih kuat daripada terpaksa berlakon. 

Friday, 29 May 2015

KITAB HATTA YA’LAMA SHABAB: “RASUL IKUTAN KAMI” bhg #3


Tauladan Kekuatan Tubuh Badan RasuluLlah SAW

Marilah kita mencontohi qudwah kekuatan tubuh badan baginda yang mengatasi segala kekuatan. Masakakan tidak, baginda pernah berlawan dengan juara gusti Rukanah sebanyak 3 kali. Sehinggalah Rukanah bersyahadah di hadapan baginda selepas perlawanan ketiga, “Aku bersaksi bahawa Engkau adalah pesuruh Allah.”

Demikianlah sabda baginda SAW, 

“Mukmin yang kuat lebih lebih baik dan dikasihi Allah daripada Mukmin yang lemah.” 
(Riwayat Muslim)


Tuesday, 26 May 2015

KITAB HATTA YA’LAMA SHABAB : “RASUL IKUTAN KAMI” bhg #2



Adakah kamu tahu bagaimana menjadikan slogan “RasuluLlah SAW Ikutan Kami” sehingga menjadi nyata?

Iaitu dengan mencontohi secara menyeluruh seorang role model yang terdapat pada diri Muhammad SAW, tentunya telah melangkaui kebijaksanaan dan kematangan manusia. Walaupun zaman silih berganti, umat pasti akan mendapati  dalam keperibadian baginda SAW suatu contoh yang sempurna, tauladan yang baik dan menjadi rujukan dari segenap lapisan manusia. 

(Q.S. Al-An’am: 124)

Tuesday, 12 May 2015

POLITIK



Bezakan antara Politik Sampah dan Politik itu Sampah.

Wednesday, 4 March 2015

KITAB HATTA YA’LAMA SHABAB: "ALLAH MATLAMAT KAMI #1


Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mencipta kemudian memberikan taklifat yang besar kepada umat manusia. Setelah amanah tersebut beralih tangan dari satu makhluk kepada yang lain, akhirnya makhluk yang bernama manusia menerima tugasan tersebut, iaitulah menjadi Khalifah diatas muka bumi.

Tugasan yang amat berat ini tidaklah dapat dilaksanakan dengan sempurna, kecuali setelah mengetahui cara-caranya kemudian beramal dengannya!
Lima asas yang paling utama:

  1.   Keimanan yang teguh. (Q.S. Al-Hujurat: 15)
  2.  Keikhlasan yang benar. (Q.S. Al-Baiyyinah: 5)
  3. Keazaman yang tetap. (Q.S. Al-Ahzab: 39)
  4. Amalan (gerak-kerja) yang berterusan. (Q.S. At-Taubah: 105)
  5. Pengorbanan yang tinggi. (Q.S. Al-Baqarah: 214)

Saturday, 21 February 2015

Berpundak Amanah, Menyanggupi Pengorbanan


Saya masih ingat, ada satu program seperti wacana ilmiah khususnya berkaitan dengan pengajian pada tahun lalu.

Antara point penting yang sempat saya tangkap adalah, ada dalam kalangan para pelajar hari ini, ingin belajar tapi dalam keadaan selesa.

Ada yang menuntut ilmu hanya dihadapan laptop sambil makan dan berbaring tanpa ada catatan dan nota. Saya tidak mengatakan cara demikian salah. Tapi, kalau begitulah cara utama menuntut ilmu, maka demikian memang salah.

Bermakna kita meninggalkan kelas-kelas pengajian, meninggalkan talaqqi, adab belajar yang memberi keberkatan bahkan meninggalkan sunnah alim ulama' terdahulu. Lebih menduka-cita apabila beranggapan belajar sambil meniarap itu sudah cukup!

Ingin belajar, tapi tidak mahu bersusah. 

Belajar tanpa menjadi pelajar.

Amanah, Perjuangan & Pengorbanan 

Hari ini, ada pula yang ingin berjuang diatas permaidani. Ingin berjuang, tapi tidak mahu bersusah-payah. Tidak sanggup memikul amanah, sebagai tanggungjawab perjuangan.

Berjuang tanpa menjadi pejuang!

Meninggalkan usaha untuk memperbaiki diri menjadi seorang yang diiktiraf sebagai pejuang.

Berjuang dengan meninggalkan sunnah perjuangan.

Thursday, 12 February 2015

Biodata YAB DATO' BENTARA SETIA TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT





Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka, Kelantan.
Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam


Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.


Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.


Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.


Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.


Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.


Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.


Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.


Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.


Sumber

Guna-guna


Thursday, 29 January 2015

Untold Story 3: Episod Akhir


Shahir dan rakan-rakannya sedang mengemas beg kargo.  Ada yang membersihkan rumah, menyediakan makanan untuk solat hajat pada malamnya, mendoa'kan keselamatan untuk pulang ke Malaysia.

3 tahun sudah berlalu sejak pertama kali menjejak kaki ke bumi Mesir.

Banyak yang telah dipelajari. Talaqqi Qur'an, talaqqi kitab dan belajar bahasa adalah antara pengajian wajib dan telah mereka laksanakannya. Pastinya setelah melakukan perubahan dalam mengatur masa berikutan kesedaran melakukan kewajipan tersebut.

Dia telah menyelam ke laut dalam. Tapi tidak tenggelam atau lemas.

Benarlah, lemas dalam ilmu bukan seperti tenggelam dan lemas dalam lautan.

Orang yang lemas dalam lautan, pasti ingin segera ke permukaan dan terkapai pinta bantuan. Tapi orang yang lemas dalam ilmu, bukan ingin terus ke permukaan, tapi semakin lemas, semakin dalam dia menyelam. Kerana makin banyak dilihat permata dan kekayaan ilmu. 

Saat itu, dia bukan memerlukan orang untuk membawanya ke permukaan, tapi memerlukan orang menuntunnya supaya pandai menyelam.

Dalam hal ini, para Ulama' lah yang sebagai penyelamat!

Sepanjang pengalaman berpersatuan, ada pelajaran yang didapati secara formal dengan mengikuti kursus yang dianjur dan melakukan program-program.  Begitu pula pelajaran tidak formal yang diperolehnya tatkala bersama sahabat-sahabat dan senior yang tidur-bangun mereka, makan-minum mereka, bual-bicara mereka, semuanya adalah pelajaran berguna yang memberi seribu satu erti.

Mereka umpama awan mendung yang menurunkan hujan setelah lama berpanas dan merekalah juga matahari yang memanas setelah lama berhujan.