Tauladan Kekuatan Tubuh Badan RasuluLlah SAW
Marilah kita mencontohi qudwah kekuatan tubuh badan baginda
yang mengatasi segala kekuatan. Masakakan tidak, baginda pernah berlawan dengan
juara gusti Rukanah sebanyak 3 kali. Sehinggalah Rukanah bersyahadah di hadapan
baginda selepas perlawanan ketiga, “Aku bersaksi bahawa Engkau adalah pesuruh
Allah.”
Demikianlah sabda baginda SAW,
“Mukmin yang kuat lebih lebih baik dan dikasihi Allah daripada Mukmin
yang lemah.”
(Riwayat Muslim)
Inilah
gambaran manusia yang akhlaknya adalah Al-Qur’an!
Lihatlah ayat Qur'an dibawah.
(Q.S. Al-Anfal: 60)
Tauladan Sifat Keberanian RasuluLlah SAW
Inilah diantara sifat yang terserlah pada diri Nabi SAW yang
disanjung tinggi baik Quraish pada zaman jahiliyyah mahupun Islam.
Pernah sekali sewaktu baginda SAW masih kecil, diminta
bersumpah atas nama Lata dan Uzza, lantas baginda bersabda,
“Jangan kamu mintaku berbuat sesuatu untuk dua berhala ini sedikit pun. Demi Allah, aku tidak
pernah membenci sesuatu sebagaimana aku membencinya.”
Demikianlah bicara
RasuluLlah SAW pada zaman kanak-kanak tanpa rasa takut ancaman dari kaumnya.
Suatu kisah yang lain, ketika berumur 17 tahun, baginda SAW
pergi ke Yaman bersama kafilah bapa saudaranya. Baginda telah melihat di sebuah wadi(lembah) seekor unta jantan yang
buas dan liar, lanats pemuda yang bernama Muhammad pergi berseorangan
menjinakkan unta tersebut sehingga hilang liarnya.
Dua contoh yang berlaku selepas kenabian;
i.
Pada suatu malam, penduduk Madinah dikejutkan dengan bunyi bising.
Lalu orang ramai pun berkejar kearah suara tersebut. Dipertengahan jalan,
mereka bertemu dengan RasuluLlah hendak pulang. Rupa-rupanya baginda telah mendahului
mereka pergi ke tempat datangnya bunyi tersebut. Baginda menunggang kuda yang
dipinjamnya daripada Abu Talhah, sambil menyandang pedang di tengkuknya.
Baginda bersabda, “Jangan takut...!”
ii.
Tatkala perang Hunain, baginda SAW berdiri tegak diatas baghalnya,
walhal manusia sedang bertempiaran melarikan diri seraya bersabda;
“Akulah
Nabi yang tidak menipu, aku adalah anak Abdul Muttalib.”
Tidaklah dilihat orang yang paling teguh
dan terdekat dengan musuh pada hari tersebut melainkan baginda SAW.
Inilah
gambaran manusia yang akhlaknya adalah Al-Qur’an !
Lihatlah ayat Qur'an dibawah.
(Q.S. At-Taubah 13 dan 73)
Tauladan Kepintaran Baginda SAW dalam Politik dan Menguruskan
Perkara
Bagitulah Nabi SAW sebagai Contoh tauladan dalam semua
perkara dan untuk semua manusia pula.
Adapun pendirian
baginda SAW terhadap musuhnya adalah terlalu banyak untuk dihitung. Antara
yang paling nyata ialah perjanjian Hudaibiyah. Baginda telah menghentikan
perbalahan antara ISLAM dan Quraisy sekaligus membentangkan jalan kepada Pembukaan Mekah.
Dalam survival politik baginda dalam mentadbir Negara,
baginda telah berjaya menghentikan perbalahan yang berabad lamanya sekaligus
mewujudkan kesatuan ISLAM yang teguh didalam masyarakat dibawah panji
persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar, disebalik slogan kasih-sayang Aus dan
Khazraj.
Inilah
gambaran manusia yang akhlaknya adalah Al-Qur’an !
Lihatlah ayat Qur'an dibawah.
(Q.S. Ali-Imran: 159)
Tauladan Keteguhan RasuluLlah SAW Dalam Berperinsip
Marilah kita mencontohi sifat baginda SAW dalam keteguhan
baginda dalam mempertahankan prinsipnya, suatu sifat yang amat ketara diantara sifat-sifatnya dan
akhlak yang asli diantara akhlak baginda SAW.
Dugaan yang diterima oleh Nabi SAW tersangatlah berat,
sehingga ada riwayat mengatakan, kafir Quraisy tanpa segan-silu melontarkan
baginda SAW dengan batu, melumur kepala baginda dengan tanah, lalu datang anak
baginda Fatimah R.A menyapu tanah daripada ayahnya sambil menangis.
Tidak ada
perkara yang lebih memilukan hati baginda SAW daripada mendengar tangisan anak
perempuannya tersedu-sedu, dan air matanya mengalir setitis demi setitis di
pipinya, menyebabkan hati penyayang merasa cukup kasihan dan kasih kepada
anaknya.
Akan tetapi apakah tindakan baginda SAW yang agung ini
dihadapan peristiwa yang akan amat menggoncangkan perasaan dari dalam ini, yang
menyebabkan kaum keluarga menangis dengan kerasnya?
Baginda telah berkata
kepada anaknya dengan ucapannya,
“Tidak, wahai Fatimah. Sesungguhnya Allah
menjadi penghalang mereka dari mengapakan ayahmu. Demi Allah, mereka tidak akan
mampu memaksaku melakukan perkara yang aku benci sehinggalah Abu Talib meninggal
dunia.”
Selepas daripada hijrah, mereka memerangi nya dalam
siri-siri peperangan yang cukup banyak, pertempuran yang banyak, semata-mata
untuk menghapuskan da’wah baginda SAW serta pengikutnya. Tidaklah semua ini
menghalang RasuluLlah SAW daripada menegakkan kalimah Allah dan menyampaikan
risalah ISLAM keseluruh dunia.
Inilah
gambaran manusia yang akhlaknya adalah Al-Qur’an !
Lihatlah ayat Qur'an dibawah.
(Q.S. Al-Ahqaf: 35) dan (Q.S. Al-Baqarah: 214)
Tauladan
Kefasihan Lidah Dan Adab-Adab Berbicara Nabi SAW
Sebagai yang terakhirnya marilah melihat contoh tauladan
yang baik.
Abu Dawud meriwayatkan daripada Aishah R.A katanya;
“Adalah kalam RasuluLlah SAW suatu kalam yang menjadi
pemutus (jelas), difahami oleh semua orang yang mendengarnya.”
Keadaan baginda SAW ketika memberi nasihat berubah mengikut
kepentingan dan besar kecilnya perkara yang disampaikan. Perkara ini dapat
dilihat pada wajahnya. Muslim meriwayatkan dalam Sahihnya daripada Jabir R.A;
“RasuluLlah SAW apabila berkhutbah, merah matanya, tinggu
suaranya, dan bertambah marahnya. Sehinggakan seolah-olah baginda adalah
seorang panglima yang memberi arahan kepada tenteranya.” Baginda bersabda,
“Waspadalah kamu, pagi dan petang.”
(Riwayat Muslim)
***
Dan inilah yang menjadikan kamu berbeza daripada manusia yang lain pada segenap perkara.Dari segi ibadahnya, zuhud, tawadu’ dan lain-lain hanya setelah kamu mengikuti ciri-ciri kesempurnaan dan kemuliaan Akhlak Nabi SAW…
WaLlahua’lam.
No comments:
Post a Comment