Tuesday, 12 May 2015

POLITIK



Bezakan antara Politik Sampah dan Politik itu Sampah.



"Politik sampah" adalah cara berpolitik dengan menghalalkan semua perkara demi mencapai cita-cita politik. Perkataan mereka bermuka-muka. Menangis didepan, ketawa dibelakang.

Pedulikan agama. Pedulikan sensitiviti. Pedulikan kemanusiaan. Pedulikan akhlak.

Justeru, asal politik yang bersih itu bila dicampur dengan cara yang kotor maka jadilah Politik Sampah. Seumpama, ayam bakar yang elok, bila dilempar dalam tong-sampah, ayam itu juga menjadi sampah.

"Politik itu sampah" pula, biasanya hadir dalam pemikiran orang-orang yang terpengaruh dengan idea barat. Pemisahan antara agama dan politik. 

Boleh jadi juga, kerana kecewa dengan ahli politik sampah.

Kesimpulan

Kedua-dua silap.

Politik sampah salah pada cara. Politik itu sampah, salah pada pemahaman.

Seruan

Kepada ahli politik sampah, belajar dan mengkajilah. Supaya boleh membezakan antara apa yang dikatakan sampah dan apa yang dikatakan keharusan.

Kerana rugi benar, penat-lelah berpolitik, akhirnya tiada yang tinggal disisi Allah, kecuali amalan yang hangus menjadi debu-debu yang belum sempat ditimbang, sudah terbang ditiup angin.

Juga, ianya bakal menjadi faktor, semakin bertambah bilangan orang yang berfikiran Politik itu Sampah.

Dan anda juga bakal ditumbangkan oleh rakyat yang muak dengan sifat dan cara yang bermuka-muka antara suci dan kotor itu.

Kepada orang yang berkefahaman politik itu sampah, membaca dan mengkajilah, sampai bertemu betapa politik itu termaktub dalam Islam juga.

Dan jangan disebabkan oleh ahli Politik Sampah, kita menolak politik.
"Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Buang sampah, ambil politik."
Bezakan antara Politik sampah dan Politik itu Sampah. Maka anda akan bertemu ahli politik yang bermain dengan adil dan mampu memberi harapan kepada anda dalam urusan negara. Bezakan keduanya, maka anda akan melihat kesucian politik itu, apabila ia menjadi senjata orang beriman.

Dan akhirnya, anda juga akan mahu berpolitik.!

Wallahua'lam

No comments: