Wednesday, 4 March 2015

KITAB HATTA YA’LAMA SHABAB: "ALLAH MATLAMAT KAMI #1


Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mencipta kemudian memberikan taklifat yang besar kepada umat manusia. Setelah amanah tersebut beralih tangan dari satu makhluk kepada yang lain, akhirnya makhluk yang bernama manusia menerima tugasan tersebut, iaitulah menjadi Khalifah diatas muka bumi.

Tugasan yang amat berat ini tidaklah dapat dilaksanakan dengan sempurna, kecuali setelah mengetahui cara-caranya kemudian beramal dengannya!
Lima asas yang paling utama:

  1.   Keimanan yang teguh. (Q.S. Al-Hujurat: 15)
  2.  Keikhlasan yang benar. (Q.S. Al-Baiyyinah: 5)
  3. Keazaman yang tetap. (Q.S. Al-Ahzab: 39)
  4. Amalan (gerak-kerja) yang berterusan. (Q.S. At-Taubah: 105)
  5. Pengorbanan yang tinggi. (Q.S. Al-Baqarah: 214)


Demikanlah asas utama Jilul Qur’an serta generasi terkemudian yang menjadi rahsia kejayaan, senjata yang ampuh serta perisai yang kuat.

Begitulah jua asas yang diperlukan oleh kita untuk menjalankan perintah Allah SWT.
Sering sahaja kita mendengar slogan yang kerap diulang-ulang oleh Ansarin dan Muttabi’in pada hari ini;

“Allah Matlamat kami, Rasul Ikutan kami, Al-Qur’an Panduan kami, Jihad Jalan kami, Mati pada Jalan Allah cita-cita tertinggi kami.”

Sesungguhnya syiar-syiar tersebut tidaklah memberi apa-apa kesan kepada orang yang melaungkan serta menjadikannya sebagai slogan dan prinsipnya, kecuali setelah mereka memahami serta menghayati kandungan yang terdapat didalamnya, kemudian merealisasikannya sehingga menjadi kenyataan.

BAB KEDUA: SYIAR PERTAMA, “ALLAH MATLAMAT KAMI”

Antara isi kandungan yang dimaksudkan dalam syiar yang pertama, “Allah Matlamat kami” adalah;
·        
  •         Mengikhlaskan diri hanya kepada Allah SWT dalam setiap perbuatan sehingga semuanya menjadi ibadah serta jihad.


(Q.S. Al-An’am: 162-163)

  •              Beri’tiqad didalam hati bahawa syariat Allah itulah menjadi petunjuk, peneylamat, sempurna lagi kekal abadi.


(Q.S. Al-Maidah: 49-50)

  •              Hendaklah berserah diri dengan penyerahan yang cukup sempurna kepada setiap arahan yang diperintahkan Allah SWT serta setiap larangan Allah SWT.

(Q.S. Al-Ahzab: 36)

Contohilah Amirul Mukminin Umar  bin al-Khattab RA:
“Aku mengetahui bahawa engkau adalah seketul batu yang tidak membawa mudharat dan tidak memberi manfaat. Kalaulah tidak kerana aku melihat baginda Rasulullah SAW mengucupmu, nescaya aku tidak menciummu.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

  •             Meyakini bahawa Allah SWT yang menghidup dan mematikan. Maha berkuasa keatsa setiap sesuatu. Justeru, hendaklah kamu menyerah diri dengan segala ketentuanNya  dan redha kepada QadarNya serta sabar pada setiap ujian.

(Q.S. Al-Baqarah 155-157)

  •             Sebagai yang terakhirnya, tidaklah dapat kita menjadikan syiar “Allah SWT Matlamat Kami” sehingga kita menjadikan redha Allah SWT dan takut kepadaNya sebagai matlamat utama.

(Q.S. At-Taubah 62)

Sabda Nabi SAW;
“Dan barangsiapa yang mencari redha Allah dengan perkara yang menyebabkan manusia marah, Allah akan mencukupkannya daripada bergantung kepada manusia. Dan barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dengan menyebabkan kemurkaan Allah, Allah akan menyerahkan segala urusannya kepada manusia.”
(HR. Tirmizi, Abu Nuaim)

Sabda baginda SAW lagi;
“Barangsiapa mencari keredhaan seorang sultan dengan perkara yang menyebabkan kemurkaan Tuhannya, nescaya dia telah terkeluar daripada agama Allah tabaraka wata’ala.”


Wallahua’lam.

No comments: