Langkah yang disusunnya agak perlahan kali ini.
Tidak seperti biasa.
Kalau berjalan ditengah-tengah masyarakat arab Mesir, biasanya dia akan mempercepatkan pergerakan. Kerana serabut dengan hingar-bingar hon kereta, bunyi tut-tut..
Kadang-kadang disakat budak-budak arab.
Itulah keluhan rata-rata pelajar Malaysia di Mesir. Serabut, bising, menyampah dan sebagainya.
Tapi kali ni, haru-baru itu tidak menyerabutkan kepalanya.
Kerana dia memikirkan hal lain.
Menjadi kebiasaannya, berjalan sambil mendengar lagu, kalau berjalan seorang diri. Kalau dengar lagu semangat, maka bersemangatlah.
Sejak dari mula-mula pasang lagu, sampai di pertengahan jalan, dia asyik mengulangi lagu yang sama..
~betapa sakitnya, apa yang ku rasa,
Tuhan kuatkanlah hatiku yang..~
Dia berjalan sambil melayan perasaan. Lirik lagu itu bagaikan kena pada diri.
Sebenarnya, dia sendiri tidak pasti masalah yang dihadapi. Banyak, makan jiwa, mendesak dan sebagainya.
Esoknya, adalah kertas terakhir exam di Mesir. Maka tamatlah tahun satu. Namun, Shahir merasakan berada di Mesir ini, lebih teruk daripada pengalaman belajarnya di Malaysia. Tiada apa yang berbeza dari ketika mula tiba disini sehinggalah menjelma peperiksaan akhir tahun satu.
Itulah apa orang kata, teruk-teruk ketika belajar, teruk lagi tidak belajar.
Masa pula makin mendesak. Tamat tahun satu, bermakna hanya 2 tahun berbaki belajar di Mesir, sebelum pulang untuk mencurahkan pula apa yang dipelajari.
Tapi dia tidak belajar apa. Bagaimana nak memberi, kalau tak punya apa-apa?!
Itulah yang memeningkannya.
Sewaktu mula-mula tiba di Mesir, dia ada seseorang dihati. Orang yang pertama kali dikenal ketika bersama menjadi fasilitator sebuah program. Dia jatuh hati waktu itu. Namun tidak kuat untuk melafazkan.