Friday, 25 April 2014

Untold Story 1: Diari budak Hafiz

Aish, macam seronok buat ayat romantis.

Lantas BlackBerry Torch 9100 aku capai. Sambil mendengar lagu Glen-January..

"~Mungkin benar cinta sejati, tak berpihak kepada kita..~"

Aku mula menekan butang-butang fon yang lebih suka aku guna kalau nak menaip, daripada screen touch.


"Mungkin aku tidak petah dan pandai berkata,
Mengungkap kata-kata indah,
Berbicara romantis.

Tapi aku punya hati,
Untuk menyayangi dan disayangi,
Aku punya iman,
Untuk menunaikan janji membina,
Jalan ke syurga..

Apakah kata yang terungkap,"



Nampak benar islamiknya ayat aku. Haha.

Begitulah cara aku melepaskan gian. Apabila tengok orang duk main mesej romantis. Aku pula tiada siapa untuk diluahkan. Justeru aku tulis saja ayat romantis tu.

Dan, mesej sent.

Tut..tut..

*mesej masuk. Daripada +013-6***** (Fuhh. BM)


"Mungkin aku tidak petah dan pandai berkata,
Mengungkap kata-kata indah,
Berbicara romantis.

Tapi aku punya hati,
Untuk menyayangi dan disayangi,
Aku punya iman,
Untuk menunaikan janji membina,
Jalan ke syurga..

Apakah kata yang terungkap,"

Hahahah.. sent ke nombor sendiri.

Itulah kerja aku, sebelum tidur. Earphones kat telinga, pasang lagu, baru boleh tidur.
Kalau orang tanya, ada kekasih? Aku kata ada. Namanya tak tahu, wajahnya pun, belum tahu.

Hafal Qur'an

Tinggal sebulan jah lagi nak habis diploma ni. Akhir bulan 3 ni, pergi ke Pusat Islam, exam akhir untuk semester akhir. Yeah!!

Tapi bukan mudah. Sebulan sebelum, kena siapkan kerja khusus. Orang lain, buat dalam masa sebulan lebih. Aku pula 2 minggu je. Bukan malas. Tapi aku pula, dengan otak yang lembap neh, perlu ambik masa lebih untuk habiskan baki 30 juzu'.

Khatamlah Al-Qur'an.!

Walaupun slow, bersengkang mata (time semangat ja laa), payah, tasmik (baca dengan ustaz) sikit-sikit. Ye lah, kalau nak dibanding dengan orang lain, 2 muka sekali baca. Aku pula, 2 muka untuk 2 kali baca.

Berjaga ketika orang sedang tidur. Walaupun aku memang tidak suka tidur lewat, dan aku tidak pula mampu.

Jadi, inisiatifnya aku akan bangun sejam setengah sebelum subuh. Setengah jam pertama untuk aku Sembahyang Tahajjud, 45 minit untuk menghafal dan lebih masa lagi untuk aku kejut orang lain bangun sembahyang subuh.

Dan kalau masih ada masa, aku akan tidur dulu sebelum sembahyang subuh.

Untuk pengetahuan, aku ada la pegang jawatan kat Kolej Tahfiz ni. Biasa-biasa jah. Bukan itu yang aku nak cerita. Apa yang aku nak bagitahu, pernah satu kali dalam meeting, seorang ustaz tu sebut,


"Jangan jadikan jawatan sebagai alasan untuk kita tertinggal dalam mengahafal Qur'an. Saya tidak kata kepada sesiapa. Cuma, apa yang saya nak tekankan ialah JANGAN (sebut dengan anak tekak yang paling dalam) Jadikan ALASAN."


Sakit.

Sapa tak terasa, dalam meeting (Perwakilan Pelajar) tu, hanya aku yang kena exam ulangan untuk madah (mata-pelajaran) Al-Qur'an yang lepas. Dan sehingga hari meeting tu, aku masih tertinggal hafalan. Aduhh...

Memang aku tak pernah jadikan alasan. Tapi, menyebut dalam khalayak ramai, untuk isu peribadi..sah-sah lah, aku terasa. Dan memang langsung tak memberi motivasi. Sakit hati adalah.

Seusai meeting. Kami solat Asar. Semua rakan-rakan pergi makan di kantin.

"Sham, Jom makan! Kak Ani (tukang masak) buat donat hari ni."

"Demo (awak) pergilah dulu. Aku tak lapar lagi."

"Aik! Biasanya demo paling semangat sekali bab makan ni."

Fuuhhh..donat boh!

Tapi aku memang tak selera. Rasa macam donat tu, dah dimakan olah ustaz tadi.

Aku duduk di bucu masjid. Menangis.

Bukan sedih semata-mata kerana kata-kata ustaz tadi. Tapi, aku memang kecewa dengan diri sendiri. Ketika orang lain ambik masa kurang sejam untuk satu muka, aku pula sejam belum sampai semuka. Dahlah, apabila nak start hafal muka baru, aku kena ambik sejam lagi untuk ulang balik muka yang dah aku hafal tadi.

2 jam lebih untuk satu muka. Lebih sejam daripada orang lain.

Kenapa?

"Ya Allah, aku ini sedang berjuang menyampaikan dakwah agama Mu. Tapi kenapa Engkau tidak bantu aku? Ya Allah..."

Mula nak menyalahkan, bukan diri sendiri.

Ada satu kali,

Aku menangis ketika hafal Qur'an. Bukan kerana bergetarnya hati, apabila mendengar ayat Allah itu. Ahaha.

Tapi sebab, dua baris ayat Qur'an tu, aku ulang lebih dari sejam. Allah..!

Arrggghh...!! Who's I'm gonna blame now?!

Tekanan yang lebih besar ialah, apabila anda tiada siapa untuk disalahkan kecuali, diri anda sendiri. Betul tak? Huuu~

*Peringatan, this is untold story. Tiada sapa yang tahu sebelum aku cerita kat sini. Kalau anda yang pertama baca, maka andalah yang pertama tahu. ^_^'

Malaslah pula aku nak cerita jadual harian aku, yang juga menyebabkan masa aku memang berkurangan untuk mengahafal Qur'an.

Faham-faham lah ye..

akhirnya bak kata pepatah, "berpatah arang, berkerat rotan" berjaya juga aku habiskan hafalan, 30 juz tuu..

Alhamdulillah.

Ingat ke tak, belum tentu. Habis dulu. Haha.

Dah habis, mengulang lah pulak. 30 juzu' OoOhh! Tapi, ada cheat nya untuk exam nanti. Hehehe..

Jap-jap, sebelum aku teruskan

Sebelum aku teruskan cerita, suka untuk aku highlight kan masalah aku dalam nak menghafal. Masalah atau lebih dikenali cabaran peribadi.
  1. Otak yang lembap. Susah untuk aku ingat. Macam yang dah aku cerita kat atas. 
  2. Pening kepala. Mungkin susah orang nak percaya. Tapi, time kat Tahfiz dulu, boleh dikatakan tidak ada masa tidak sakit kepala. Yang ada cuma, kuat atau tidak. Dan paling bermasalah kalau ia berlaku bila aku nak mula menghafal. Kadang-kadang perit jugak. Tapi aku tetap tahan. Sabar!
  3. Tidak mahir bahasa arab. (Wehh..ni dah masuk cara-cara nak hafal Qur'an dah ni.)
Haha. Saje nak share. Kalau anda mahir bahasa Arab, itu adalah kredit yang besar untuk mudah dalam menghafal.

Perasan tak, satu perkara (masalah peribadi) tidak ada kat sini. Perkara yang menjadi cabaran paling dominan, kebiasaannya.

Malas.

Ya, sebab aku rajin. Walaupun tidak ada orang puji aku, tapi aku perhati, tidak ada yang lebih rajin daripada aku.

Semester 1 dan awal semester 2 memang malas sikit. Tapi kemudian, memang aku rajin. Kalau aku malas, awal-awal lagi dah out. Dengan masalah yang aku list kat atas, padanlah kalau aku nak malas dan beralasan. Tapi aku masih rajin. Motivasi nya apa?

Nanti aku cerita lain kali. Sebab ni, adalan Cerita Cinta sebenarnya. (Walaupun tak disebut lagi. tapi panjang berjelor dah..)

Ok, Sambung..

Sebulan kemudian, bertolak lah kami ke Pusat Islam atau PI. Untuk exam.

Masuk syafawi (lisan), ustaz syadid sungguh. Tak sir (bahas Kelantan yang dibakukan = tidak mahu) bagi chance (English yang diKelantankan) langsung.

Padahal, aku yang tidak mengulang. Ustaz pula jadi masalahnya. Itulah, suka sangat menyalahkan orang laen., aduhh..perangai yang terbawak sampai hari ni.

Tiru sapa pun tak tahu.

Tengok tu, orang lain juga yang jadi masalahnya.

Tamat Diploma

3 hari selepas exam. Kepuasan yang melampau mula melanda. Maklumlah, tak biasa bermewah dengan masa. So, bila ada masa yang berlambak-lambak ni, terasa membazir pun ada.

Maka bermulalah episod demi episod kisah, yang menerpa kekosong masa.

Ketika sarapan pagi. Umi aku tanya,

"Ada sorang ni, ambik master. Umur mungkin 2-3 tahun lebih daripada demo. Nok dok?"

"Hah..!!"

What's questions? Tak pernah-pernah pulak Umi nak cakap benda macam ni. Aku, dengan selamba dan poyonya menjawab,

"Tak sir eh. Muda lagi. Doh lah dia tu, tua 2-3 tahun. Dan, emmhh.."(melengkapkan kepoyooan aku.) Tapi bukan bermaksud ingkar dengan arahan ibu. Macam yang dalam Qur'an tu. "Wala takullahuma uffin..." bukan-bukan.

Esoknya pula, tempat yang sama dan waktu yang sama, Umi menawarkan pula anak muridnya. Adoii...

Tapi kali ni, macam serius.

Respon aku pulak, macam biasa..

Sebulan kemudian, sedang aku duk bersenang-senang atas kerusi panjang sambil menonton tV, Umi datang sambil bawa laptopnya.

"Abe, ni gambar anak murid Umi tu. Comel ni. Rajin, pandai pulok tu.. Bukan Umi nok suruh nikoh selalu. Cumo nok ikat jah dulu. "

Wah! Ni dah masuk kes mendesak ni. Aku pula, memang tidak dinafikan sebagai anak soleh, tak sanggup pula menghampakan harapan Umi. Hahaha..koya.

Sambil menjeling sikit kat laptop, (lawa jugak..^^)

"Ermm..tengoklah. dok eh, dia tu nak ko? Namo kita jah hok nok. Dia tak sir."

Umi nampak macam berfikir..

Kalau tak silap aku, dalam seminggu kemudian, Umi mesej kat student dia tu. Namanya, Nur *******. (Malas nak reka nama. Hahaha)

Setelah student Umi TU reply mesej,

" Waalaikumussalam,
Maaf cikgu. Saya lambat balas. Saya, Alhamdulillah sehat. Cikgu? Ada apa cikgu nak jumpa saya? Saya InsyaAllah, ingat nak datang ke sekolah minggu depan. Tapi kalau cikgu nak jumpa saya segera, saya boleh minta tolong ayah saya hantar."

Terus Umi tunjuk mesej student dia kat aku. Menunjukkan kesungguhannya. Huh!

Aku ni bukan apa, rasa macam takde taste langsung. Sebab, sejak dari sekolah menengah lagi, semua student kat sekolah, lelaki. Kemudian masuk tahfiz, semua lelaki pulak.

Dan kalau ada rezeki, aku akan sambung ke Mesir, yang tempat aku tu, semua lelaki jugak. So, takde pengalaman laa.. baca novel, tak minat. Kecuali Harry Potter.

Boleh dikatakan hampir tiada sebab dan keadaan untuk aku berkomunikasi dan berinteraksi dengan berlainan gender tu. Kalau ada pun, mungkin 3-4 program, yang aku jadi Faci bersama Muslimat. Dan, aku pernah berkenalan dengan sorang Muslimat kat satu program yang turut menjadi faci. Tapi, apa nak buat.. perasaan aku time tu, ketika program.

So, tak boleh fokus sangat kat perasaan ni, tak terlayan jiwa ni. Sebabkan haru-biru program. Maka, habis macam tu je.,(aku ceritakan last sekali eh. ^^)

Bertemu di April

Akibat kekosongan masa selepas diploma dan menunggu masa untuk berangkat ke Mesir yang kira-kira dalam 5-6 bulan lagi, maka berbagai pengisian yang kurang berfaedah aku penuhi.

Tengok drama, baca novel, dengar lagu dan sebagainya. Jiwa aku mula dipenuhi debunga, fikiran aku kerap melayang, memikirkan bait-Muslim. Sementelah satu kali, aku dijemput untuk memberi sedikit ceramah kepada pelajar baru di Kolej Tahfiz, tentang cabaran-cabaran menghafal Qur'an.

Banyak jugak yang aku sebut,

"Anda tidak perlu bimbang tentang pasangan hidup. Pesanan saya, jadilah orang Soleh, menangis pada waktu malam kerana takutkan Allah. Sembahyang dhuha. Banyakkan berdoa'. Sehingga Allah sayangkan kita.

Maka, sudah tentu Allah tidak akan biarkan kita berpasangan dengan orang yang tidak baik.

Allah tahu perangai dan akhlak kita. Dan Allah juga tahu, Wanita mana yang menangis pada waktu malam kerana takutkanNya, banyak berdoa' kepadaNya, seorang yang Solehah, maka dialah yang Allah simpan untuk kita!

Sabar, duhai anak muda."

Wah.! Budak-budak bukan main lagi dengar ayat aku. Haha. Yang tido terbangun, yang duduk macam nak terangkat-angkat! Hahaha..

Aku pun tak sangka. macam mana ayat begitu boleh keluar dari kerongkong aku ni. Haih~¿¿¿

Keremukan
Kemudian menjadikan aku bertambah semangat untuk mendengar maklum balas daripada student Umi. Hampir setiap hari aku tengok henset Umi. Takut-takut dia ada balas.

Apa, tanya Umi? Ooh no. That's not my way..haha. aku kena still dengan style aku. Aku kan anak sulong lelaki.

Satu kali Umi balik dari sekolah.

"Abe, mari keluar jap. Nak bagitahu benda."

Wah! Dup..dup.. aku tahu, mesti Umi dah jumpa anak murid dia tu.

"Ni, dia kata nak belajar dulu. Biasalah baru habis SPM. Tapi dia bagi gambar kakak dia. Nih, tengoklah."

Sedih. Memang sedih. Setelah perasaan baru berputik. Berputus sebelum bertemu.

Setelah sebulan sebelumnya, dia minta dengan Umi untuk beri sedikit masa untuknya. Untuk Istikharah.

Dalam tempoh tersebut juga, aku juga mula beristikharah. Setiap hari.


"Ya Allah, aku tak pernah kenal dia sebelum ni. Engkaulah yang perkenalkan kepada aku. Tiada langsung perasaan aku ketika mula melihat gambarnya, kemudian sedikit demi sedikit Engkau yang timbulkan perasaan aku kepadanya.

Ya Allah, sempurnakanlah nikmat ini. Jadikanlah dia penerang hatiku, pengubat lukaku. Aku mohon ya Allah. Amin ya Rabb."

Setelah mendapat berita dia tolak dengan bersopan itu, aku terpana.

Ya Allah, inikah tujuan Engkau perkenalkan dia kepadaku?

Walaupun dihadapan Umi, muka selamba gila. Tapi gila, hati memang runtuh. Kesedihan yang melampau. Dan ada ke patut di tawarkan kakak dia. Bagaimana aku akan berhadapan dengannya nanti setelah aku bernikah dengan kakaknya?

Aarrgggh..

Kerana aku sudah menyintainya. Sudah tidak menyanggupi semua pengganti selain dirinya.

Gambar kakaknya yang dari tadi aku pegang, lalu aku serahkan kepada Umi.

"Tak apalah Umi. Tak dak jodoh lah~"

Kemudian aku masuk ke bilik. Nak menangis? Oh, tidaklah.

Selesai solat Asar, aku singgah ke pantai. Melayan perasaan.

Berbagai kata-kata kemudian terluah kembali. Setelah lama..tenggelam oleh perasaan cinta.

Aku berdoa' semoga Allah lupakan aku kepadanya....

Hati ini Hari ini

2 bulan tiba di Mesir.

Iyalah.. umur 20an ni, ramailah kawan-kawan di Mesir ni datang berdua.

Aku pula..

Allah makbulkan dua doa' ku.

Pertama, aku mohon supaya Allah tambahkan aku ilmu agama. Permudahkan jalan aku menuntut ilmu.

Kedua, Allah telah lupakan aku kepadanya.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Ini lah diri aku yang baru. Penuntut ilmu di jalanan~

bersambung..

p/s:
Kisah ini tiada kena mengena dengan sesiapa. Kalau ada, ia hanya kebetulan yang tidak disangkakan.

No comments: