Friday, 7 February 2014

Selembar Kain, Sebuah Hijab



Hai..

Semoga teman disana, baik dan tinggi pula imannya. Keceriaan hati dan kelapangan jiwa adalah kurnia daripada Allah! Ingat tu..



Maknanya, bukan mudah mendapatkan keceriaan wajah daripada hati yang lapang itu, kerana ianya adalah kurniaan Allah semata-mata. Mungkin kita pernah mencarinya dalam himpunan lagu-lagu yang kita dengar, atau kita merasakannya ketika menikmati makanan, atau ketika membeli barang kesukaan, atau ketika bersama rakan-rakan atau bermacam lagi.

Ya, begitulah kehidupan kita. Tidak pun salah, kehidupan itu. Islam begitu meraikannya. Mungkin saja, Allah letakkan kebahagiaan disitu. Ya, sehingga kita selesa dengannya.

Tapi ingat, meskipun bahagia disitu, tapi 'kuncinya' tersimpan hanya dalam hati orang yang beriman.

Kalau sudah beriman. maka pastinya, pastinyalah. Kerana orang beriman itu merasa berbahagia setiap masa dan setiap tempat.

Demikianlah ungkapan daripada Rasul yang mulia,

Dari Sa'ad bin Abi Waqas meriwayatkan Nabi SAW bersabda:

"Aku kagum dengan mukmin itu. Jika dia memperoleh sesuatu kebaikan dia memuji Allah dan bersyukur. Dan jika dia ditimpa musibah, dia memuji Allah dan bersabar. Seorang mukmin itu diberi pahala atas setiap urusannya, meskipun dengan suapan yang dimasukkan ke mulut isterinya."
(Riwayat Imam Baihaqi)

Bila kunci sudah kita miliki, apapun keadaannya tentu kita tetap bisa masukinya!

Lost Smile?

"Someone told me that I have lost my smile."
Saya pun, tak perasan. Heh! Bila kali terakhir senyum dengan ikhlas. (jiwanya..huhu)

Teruskan melangkah, Allah bersamamu, janjiNya didepanmu!

Salam ceria. ^_^

No comments: