Tuesday, 26 February 2019

Ucapan Tahniah & Doa' Kepada Orang yang Menerima Cahaya Mata



Kelahiran seorang anak adalah detik yang terindah dalam pelayaran bahtera suami dan isteri. Sakit dan pedih yang dtanggung oleh si ibu seakan hilang dihimpit gembira dan syukur.

Air mata lelaki si Ayah pula tumpah pada saat indah itu.

Firman Allah SWT:

فَبَشَّرْنَٰهُ بِغُلَٰمٍ حَلِيمٍ

"Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar."
(As-Saffat:101)

Sebagai seorang sahabat, jangan lupa berkongsi kebahagiaan itu dengan ucapan tahniah dan titipkan juga doa' semoga beroleh keberkatan hidup. Demikian kerana kegembiraan sahabat, adalah kegembiraan kita jua.

Sabda Nabi SAW:

لا يئمن أحدكم حتي يحب لأخيه ما يحب لنفسه. 

"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyukai sesuatu 
buat saudaranya sebagaimana dia menyukai untuk dirinya." 
(Riwayat Bukhari) 

Titipkan kata-kata yang diucapkan oleh Hasan Al-Basri ini. Moga bertambah erat ukhuwwah.

No comments: