Monday, 17 December 2018

UJIAN HIDUP



Bila diuji, ia tanda kita hidup dan menuju suatu matlamat. Makin besar matlamat, makin jauh dan besar pula ujiannya.

Terkadang kehidupan dan cubaan itu seperti memandu kenderaan diatas jalan raya. Jauh atau dekat pasti kita punya destinasi yang dituju.

Adakala jalan raya yang kosong mempercepatkan perjalanan. Ada juga terdapat kenderaan kecil dihadapan. Supaya segera sampai, kita terpaksa lintas kenderaan tersebut.

Paling susah jika dihadapan kita terdapat lori treler panjang. Untuk melintas ada caranya. Mesti patuhi undang-undang. Mesti jaga keselamatan. Kadang-kadang terpaksa ikut lama baru jumpa keadaan yang sesuai untuk melintas.

Ada juga tiba-tiba treler masuk selekoh. Tanpa perlu kita bersusah payah untuk melintas.

Demikian ujian. Ada kecil, besar. Ada muda dan payah. Adakala ia hilang begitu sahaja. Banyakkan berdoa supaya Allah sentiasa bimbing kita menempuhi denai kehidupan.

Firman Allah SWT:

وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."
(Surah Al-Ankabut: 3)

No comments: