Mari berbicara tentang hati kita, tentang apa yang kita rasa, tentang apa yang kita lihat, apa yang kita sentuh. Sekaligus menjauhi kepura-puraan atau mengelak kononnya hati kita kebal, padahal setiap manusia punyai selaput hati yang sama tebal saja semuanya.
Mari tonjolkan keikhlasan dalam bicara kita. Justeru lahirlah kelembutan dan kejernihan lalu memenuhi bekas yang akhirnya mengeluarkan kekeruhan dan kekasaran. Itulah isi didalam bekas hati seorang pemuda pemberani, generasi pembebasan Ummah.
Saya ingin mengajak bicara tentang cinta. Suatu perbincangan yang seringkali gagal mencapai maksud yang betul, bahkan biasanya tersasar jauh sehingga yang tinggal adalah usik-mengusik dan hilai-tawa. Penutupnya, masing-masing pulang dalam kepalsuan dan tidak menyelesaikan kemelut.
Ianya juga adalah tajuk yang amat berat bagi seorang pemuda. Berbicara perihalnya terasa hilang jati diri seorang lelaki. Bercakap tentangnya seolah tersesat daripada jalan lurus.
Maka keseorangan lah dia dalam berfikir dan berjiwa, kemuncaknya keseorangan juga dia dalam melakukan tindakan.
Pemuda Menahan Cinta
Berapa lama Si Pemuda menahan hatinya daripada dipanah cinta? Setahun, dua tahun, lima tahun? Bahkan lebih lama daripada itu. Selama itulah dia memelihara kehormatannya, kemaluannya dan Imannya. Ketika temannya bercinta buta, bergayut mesra, berbalasan kuntuman bahasa cinta, dia memisahkan diri daripada mereka. Kerana baginya, mereka bercakap dengan bahasa Syaitan, kuntuman cinta begitu meracuni jiwa yang membara dengan inspirasi perjuangan.
Namun si pemuda itu juga seorang manusia. Hari-harinya juga sentiasa diburu cinta. Terkadang minumannya diracuni, makanannya diracuni, dalam tidur dia dikejar, diperjalanan dia dibius juga, dibukanya facebook..ah, itu sumbu paling tegar membedil peluru cinta yang tidak terpadam dengan air hujan! Sangat bahaya kerana panahan itu tidak terlihat dengan biji mata, tidak terhidu dan tidak terdengar oleh telinga. Ia terus memecahkan isi dada, sehingga menembusi hati sedang kita tidak menyedari.
Tidak, Si Pemuda tidak boleh tewas. Dia perlu terus memelihara diri daripada digondol cinta. Dia juga sedar dia tidak boleh melarikan diri, kerana itu pengecut. Dia juga tidak boleh terburu-buru, kerana itu bodoh.
Pemuda Menghadapi Cinta
...
bersambung..
No comments:
Post a Comment