Suatu
hari,
Aku terbang ke angkasa raya,
Tinggi sampai bergayut di bucu bintang,
Bintang itu aku dakap,
Aku
bentukkannya menjadi mahkota,
Lalu
aku pakaikan di kepala,
Hatiku
begitu gembira lalu aku bersyukur,
Kerana
ia adalah cita-cita besar,
Sejak
aku mula melihat kecantikan bintang,
Aku
sudah berazam,
Suatu
hari nanti akanku tangkap ia.
Tiba-tiba,
Semua
ghaib ditelan realiti kehidupan,
Ah,
rupa-rupanya aku bermimpi,
Gelak
kecilku,
Meskipun
mimpi,
Aku
gembira bercerita tentangnya,
Ia
mempengaruhi kawan-kawan,
Mereka
juga mula ingin menjamah BINTANG!
Hari
ini,
Setelah
puluh tahun,
Ia
masih lagi mimpi..
Kawan-kawan
ku sudah sampai ke bintang,
Hari
ini,
Aku
tidak penat bercerita tentang Bintang,
Baru
ku sedar,
Bintang
adalah inspirasi,
Ada
yang mampu menyentuhnya,
Ada
yang tidak pernah sampai kepadanya,
Paling
penting,
Bintang
itu telah menerbangkan ramai orang,
Mengangkat
darjat mereka,
Memberi
semangat kepada manusia,
Selagi
masih hidup,
Bintangnya
tetap setia menunggu,
Menunggu
untuk dipetik,
Berusahalah.!
Aku,
Aku
akan tetap terbang,
Setinggi
yang boleh,
Walau
payah,
Aku,
Sudah cukup gembira terus bercerita,
Membantu
manusia,
Biar
mereka berpijak di bahuku,
Supaya
mereka terbang tinggi,
Memetik Bintang Kejora..
No comments:
Post a Comment