Kejayaan yang tersembunyi. Tersedia untuk semua. Usaha, kan berjumpa lah.
Apa maksud tawakkal? Tawakkal selepas usaha. Usaha perlu sampai jumpa dulu. Membaca biar sampai ingat dulu. Membaca biar sampai faham dulu. Usaha biar kena berhabis duit dulu. Usaha biar terpaksa hilang sesuatu dulu. Biar letih dulu. Biar penat dulu. Kena berkorban dulu.
Kemudian, tawakkal lah!
Bukan usaha sekerat jalan. Bukan bercakap tanpa amal, bekerja tanpa letih, sebut berkorban tanpa hilang sesuatu. Itu belum sampai tahap boleh bertawakkal.

Dalam pening-pening exam, ada kawan hantar gambar di atas. Cari zirafah.
Mulanya malas nak tengok. Tapi bila ada yang jumpa, katanya, "wow, Zirafah 3D!" Cantik! Sambut yang lain pula. Sifat ingin tahu yang berdarah daging meluap-luap pula.
Jenuh membelek, akhirnya ada yang post jawapan. Haha. Frust kawan tu, sungguh-sungguh bagi klu. Tiba-tiba ada yang post cara nak cari.
Ibrah Zirafah 3D
Biasa bila teka-teki, kita mudah saja mengalah dan minta jawapan. Begitulah dalam hidup. Bila buat sesuatu, kerap-kali sekerap jalan. Belum pun, keluar peluh, sudah kata penat.
Lebih parah, apabila dalam suatu gerak-kerja islah. Kita yang faham, kemenangan dan kejayaan adalah punca keampunan Allah SWT. Sepatutnya sebab tersebut sudah menjadi motivasi terbesar untuk berusaha habis-habisan.
Kemudian, setelah kita benar-benar penat, banyak pula pengorbanan, sampai tiada lagi tersisa, kecuali usaha diluar batas syara', maka tawakkal lah!
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment