"Kenapa saya perlu menjadi naqib?"
"Tiada kah ada orang yang lebih baik dari saya?"
"Saya bimbang saya bertambah sibuk akibat tanggungjawab ini."
Persoalan dan keresahan jiwa-jiwa muda. Tatkala ia dilontarkan secara bertalu-talu, saya bimbang saya tidak mampu memberikan jawapan yang terbaik kepada mereka. Sehingga sedikit keresahan mereka mungkin bertukar kegusaran yang lebih berat.
Saya juga tidak mahu menjadi encik serba tahu. Bersyarah panjang, tapi bukan saja tidak menjawab, bahkan membosankan dengan cerita peribadi dan contoh-contoh yang cuba dikaitkan. Namun, ia tidak menjawab persoalan!
Dan meninggalkan mereka tanpa menjawab, adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan seolah-olah saya juga tidak punya sebab apa yang telah saya perbuat.
Dimana Silap?
Saya termenung juga dengan situasi yang berlaku. Bukan saja pelik dengan jenis soalan, bahkan pelik kenapa persoalan tersebut boleh dilontarkan oleh seorang yang sudah dipilih?
Bagaimana boleh seorang ayah membenci tugasnya sebagai pendidik?
Bagaimana boleh seorang guru mempersoal tugasnya sebagai pengajar?
Dan bagaimana pula seorang Naqib mempersoal tugasnya sebagai pembimbing?
Hakikatnya bukan dia dipilih. Tapi dia yang memilih.
Sang bapa memilih untuk menjadi bapa.
Guru memilih profession sebagai guru.
Pakar motivasi memilih untuk menasihati.
Justeru, kenapa mereka memilih?
Disinilah antara puncanya, samaada mereka mula mempersoal tugas mereka atau mereka mencintai tugas mereka.
Kalau pilihan mereka kerana ikut-ikutan, maka layak lah persoalan tersebut diutarakan. Begitu pula tatkala mereka memilih tanpa sedar risiko pilihan mereka, maka setelah berlalu suatu tempoh, baru mereka sedar, susah-senang pilihan mereka.
Ataukah silap orang yang memilih mereka ketika memohon?
Silap Bos syarikat yang menerima permohonan pekerja? Saya ada terlihat video pendek, bagaimana bos sebuah syarikat memastikan pekerjanya terus memberi komitmen, dengan cara mengugut mereka akan dibuang kerja!
Apa yang boleh dibuat?
Saya melihat ada beberapa perkara yang boleh dibuat bagi menyelesaikan masalah ini.
Pertama dari sudut kefahaman. Perlukan kefahaman yang tepat sebelum membuat pilihan. Kefahaman tersebut perlu menjawab persoalan, Kenapa? Siapa? Bagaimana? Sebarang keciciran ketika membina batu-bata kefahaman, boleh mengakibatkan kesan-kesan diatas.
Adapun membina kefahaman pula tiada tempoh hadnya. Perlukan penambahbaikan sentiasa. Belajar sampai mati!
Kedua, dari sudut orang yang mengatur. Sekalipun orang bawahan mendapat kefahaman yang sama, tempoh latihan yang sama, namun tidak kurang banyak hasilnya begitu berbeza. Maka:
i. Pengagihan kerja perlu mengikut kemampuan.
ii. Perlu pastikan suasana kerja terjaga. Maksudnya sentiasa dalam pantauan. Bertanya khabar adalah sebaik-baik kaedah.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment