Monday, 30 December 2013

Malaysia-Mesir TURUN



Saya kira, hari ini kebanyakkan rakyat Malaysia telah mula menikmati Rahmat kemenangan Umno-BN sekali lagi. 

Anda kenal Mesir?

Apa sudah jadi kepada Mesir pada hari ini?

Anda mahu jadi seperti Mesir?

Mesir pada hari ini, punyai antara negara yang paling ramai kadar Buta Huruf. 

Mesir hari ini antara paling ramai penganggur. 

Walaupun minyak mereka banyak. Menjadi pengeluar gandum dan lain yang saya sendiri tidak tahu. Tapi apa yang saya tahu, cukup banyak dan anda boleh cari dalam GoOgle.

Kenapa begitu? 


Dulu, Hosni Mubarak. 30 tahun memerintah. Hari-hari rakyat bertambah susah. Akhirnya rakyat naik marah. Suruh turun harga, suruh turun korupsi, tidak mahu turun. Akhirnya Hosni, rakyat Turunkan!

Naik Morsi. Sebentar. Setahun, lebih sikit. Umur setahun jagung, apa telah boleh buat!? Naik-turun apa boleh.?

Separuh rakyat berdemo, suruh turun. Katanya teruk. Katanya buruk. Katanya macam Hosni Mubarak. 

Hero tentera, As-Sisi buat rampas Kuasa, kerana ikut separuh rakyat. 

Saya belum ada di Mesir ketika Hosni Mubarak. Ketika Morsi pun, saya tidak ada. Tapi saya ada ketika As-Sisi. 

Nampaknya, kebanyakkan rakyat Mesir sudah menikmati natijah jatuhnya Morsi.

Kata Syeikh Yusuf al-Qaradawi,
"Bagaimana  kita boleh bersabar dengan Mubarak 30 tahun, tapi tidak boleh bersabar dengan Morsi walau setahun?"

15 minit hari-hari berjalan ke kelas. 

Dalam duk bekejar-kejar ke kelas, saya dan kawan tengok ramai jugak budak-budak yang tidak ke sekolah. 

Saya tanya kawan, 

"Pelik budak arab. Walaupun Al- Azhar sediakan tempat belajar free start sekolah rendah sampai Universiti, tapi kenapa masih tidak ke sekolah."

Bagus jugak jawapan kawan saya,

"Dia tidak ke sekolah bukan sebab tidak ada duit nak bayar yuran. Tapi tidak ada duit nak hidup pun."

Budak-budak kecil, kerja angkat sampah, pasang saluran paip air di jalan. 

Sedih sungguh tengok. 

Tapi kalau lalu Melayu, mulalah mereka nak bergurau. Itulah rakyat Mesir. Pakaian comot, walau ala barat.

Malaysia

Kalau ikut perasaan, mahu sangat jumpa pengundi-pengundi Um-No. Padan Muka!

Hari tu, bersungguh sangat suruh undi UMNO. Tengok sekarang?! Apa sudah jadi?

Tapi kita tahu, kita susah, dia pun sudah susah. 

Biarlah dia. Marah pun tiada guna. 

Daripada marah, baik ajak dia Sambut tahun baru di Dataran Merdeka tahun ini.

TURUN

Sekarang ini, mahasiswa al-Azhar khususnya sedang mengadakan protes keatas tentera dan pentadbiran al-Azhar. 

Dalam protes tersebut, sehingga menyebabkan berlaku kematian seorang pelajar Fakulti Perdagangan. Sebelum ini, pelajar-pelajar perempuan, telah dipenjara. Saya tidak pula tahu perkembangan berikutnya.

Begitulah keadaan mahasiswa di Mesir. 

Pendesak, menurunkan Perampas!

Malaysia

Presiden GAMIS, Azan Safar telah melancarkan Gerakan TURUN. Dalam perkembangan semasa, mereka telah mengadakan flashmob

Azan Safar sendiri telah ditangkap ketika sedang makan. Tapi sehari-dua lepas, telah dibebaskan.

Mereka kini sedang giat memobilisasi rakyat supaya menyambut Tahun baru di Dataran Merdeka. 

Pendesak TURUNkan Harga Barang!

Kalimat TURUN

Saya pun tidak pasti kenapa perkataan TURUN. Tapi, bila orang baca, mudah faham. 

Bila baca, orang akan tanya, nak turunkan apa? 
Bila diajak, Jom Turun. Orang tanya, nak turun kemana?

Kita nak turun ke Dataran Merdeka, untuk TURUNkan harga.

Kalau orang kampung, bila anak panjat pohon mangga, mak mereka keluar rumah, bawa rotan sambil berteriak,

"Naik, naik tinggi lagi.."

Budak-budak yang duk atas, lekas-lekas turun. Sebab dia faham, mak dia suruh turun. Bukan naik. Kalau tak, kena rotan.

Azan Safar pula, tidak guna Naik, Tapi guna Turun. Mungkin dia lebih faham mentaliti kabinet kerajaan. Takut lebih tidak faham daripada budak-budak kampung. Supaya mudah faham, TURUN.

Dataran Merdeka

Kalau sekarang, saya berada di Malaysia, malam ni saya berada di Dataran Merdeka. 

Kalau Bersih, HKR dan lain-lain kita pergi, kenapa tidak malam ni?

Biar himpunan malam ni, tinggal bekas. Ya, bekas supaya rakyat ingat ini saatnya kerajaan naikkan harga. Bekas itu, biar jadi parut.

Parut yang nantinya berdarah. Supaya ingat pada hari mengundi 
4 tahun lagi!

WaLlahua'alam.  

No comments: