Friday, 5 November 2010

Syukuri nikmat Jalan Muhasabah pada Diri

Berjalan diatas Jalan yang lurus ini, ditepinya kerap kali kita melintasi mereka yang masih meraba-raba mencari nilai diri pada makna kehidupan. Agak susah untuk terus hidup tanpa punya pengetahuan hakikat pada hidup. Entah apa yang dikejar, entah kepada siapa pula untuk mengadu sengsara.. Besyukur diberi NILAI diri pada makna HAKIKAT hidup.

Hidayah untuk terus beriman akan kebenaran Tuhan Yang Esa, mahupun Taufiq melaksanakan segala tuntutan agama ini bahawa semuanya kembali kepada ALlah yang punya hak memberi izin kepada siapapun yang dikehendakiNya untuk menikmati nikmat yang maha besar ini.

Firman ALlah yang bermaksud :

41. "...Dan sesiapa yang dikehendaki ALlah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari ALlah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang ALlah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar."
(Surah Al-Maidah: 41)



Tabiat agama ini yang SESUAI dengan kehidupan manusiawi

Pada jalan untuk mengecap nikmat yang maha besar itu, kita kerap-kali akan berhadapan dengan berbagai cubaan, tamrin, ujian dan halangan yang datang dengan cara dan jenisnya yang tersendiri. Setiap daripadanya adalah sesuai kepada subjek yang mengikut kadar imannya. Ujian itu pula tidak datang dengan kadar yang luar biasa. Sebaliknya sesuai dengan realiti kehidupan manusia.

Justeru setiap daripada ujian itu tadi punya hikmah pengajaran yang disediakan kepada subjeknya. Apa yang tinggal adalah, hikmah yang siap-sedia itu tadi perlu diselami dan dikutip dengan teliti sebagai makna kepada diri untuk dijadikan bekal perjalan pada kehidupan ini.

Firman ALlah yang bermaksud:

26. " Sesungguhnya ALlah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: "Apakah maksud ALlah menjadikan ini untuk perumpamaan?." Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan ALlah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan ALlah kecuali orang-orang yang fasik."
(Surah Al-Baqarah: 26)

269. " ALlah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)."  
(Surah Al-Baqarah: 269)

Itulah tabiat agama ini. Samasekali ianya sesuai dengan kehidupan semula jadi manusia tatkala memandunya menyelusuri kehidupan ini.

Berzikir, bersimpuh dan berteleku memandang, merenung dan merasai dengan imana serta akal yang sihat akan nikmat ujian itu tadi, akan menemukan kita kepada hakikat ujian bersama sesuatu yang luar biasa yang dinamakan HIKMAH sehingga kita berpuas hati dalam meneliti tabir ujian itu. 

Inilah nikmat dalam islam. Ujian itulah nikmat. Hikmah itulah nikmat daripada ujian.

iman yang utuh itulah bahagian yang terakhir hikmah daripada ujian.

Firman ALlah yang bermaksud:

17. "Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah: "Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya ALlah, Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar." 
(Surah Al-Hujrat: 17)

Muhasabah kepada Diri


Menginsafi bahawa nikmat secara keseluruhannya adalah hak mutlak ALlah Ta'ala, memerlukan kita untuk berusaha sedaya mungkin dan berserah diri kepadaNya dengan penuh harap agar kurniaNya ini diberi sehingga akhir hayat.

Sungguh, nikmat ini amat berharga, maka bagaimanakah pula cara kita menghargainya. Menilai diri adalah cara yang terbaik untuk memaknakan nikmat ini. Menilai diri dengan maksud melihat dan bermuhasabah.

Salah satu cara untuk bermuhasabah, adalah berdiri dihadapan cermin yang saiznya sama dengan badan. Apa yang anda nampak didalam cermin? Ya, diri sendiri.

Rasul S.A.W ada mengajarkan doa' kepada kita apabila melihat cermin;

" Ya ALlah, Engkau cantikkanlah(soleh solehah) akhlakku sebagaimana cantiknya(rupawan dan menawannya) wajahku."

 Melihat kepada diri, apakah diri ini akan baik seperti yang sedia ini pada hari Pembalasan nanti? Apakah wajah ini akan berseri-seri sebagai orang yang beriman, atau hodoh, muram dan suram sebagai orang yang kufur kepada nikmat ALlah?

Firman ALlah yang bermaksud:





106. " Pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri, dan ada pula muka yang hitam muram. Adapun orang-orang yang hitam muram mukanya (kepada mereka dikatakan): "Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman? Karena itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu."
(Surah Al-Imran: 106)

 26. " Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya."
(Surah Yunus: 26)

*Lebihkanlah penghayatan memahami ayat al-Qur'an pada mencari makna kehidupan.

WaLlahua'lam.

2 comments:

Muhammad Izzuddin said...

-sungguhlah bahawa ilmu berperanan dalam menentu hala tuju kehidupan..

salam ziarah~

Dataran Syuhada' said...

Mati itu pasti..wahai diri,sedarilah bahawa dirimu hanya hamba bertaraf abdi,segala yang dimiliki bukan bersifat hakiki,hanya pinjaman dari Ilahi,sungguh,,ramai manusia yang tidak menyedari,sehinggakan segala batas dilanggari sesuka hati,mereka punyai akal ttp tidak memerhati hakikat diri,mereka punyai mata tetapi tidak melihat dgn mata hati,mereka punyai telinga ttp mendengar ayat Allah tidak sekali,biarkan mereka dgn dunia sendiri,kerna akhirnya mereka akan mati,menghadap Rabbi...
[Penentuan manusia terbaik melalui kejadian hidup dan mati,Al-Mulk:2]