Firman ALlah yang bermaksud:
"Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorng diri, dan daripadanya ALlah ciptakan isterinya, dan daripada keduanya ALlah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada ALlah yang dengan (menggunakan) namaNya kamu saling meminta satu-sama lain, dan (peliharalah) hubungan sillaturrahim. Sungguh, ALlah sentiasa menjaga dan mengawasi kamu."
(Surah an-Nisa':1)
RasuluLlah SAW bersabda:
"Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telahpun melengkapi separuh daripada agamanya. Maka bertakwalah kepada ALlah pada separuh yang belum lagi."
antara Keluarga dan Perjuangan
RasuluLlah SAW pernah bersabda:
“Syaitan duduk menghalang anak Adam dalam tiga tempat. Ia duduk menghalanginya dari masuk Islam. Ia berkata: Adakah engkau mahu masuk lslam dan hendak meninggalkan agamamu dan agama datuk nenekmu? Tapi ia tidak peduli dan memelukIslam. Kemudian syaitan duduk pula menghalangnya dari berhijrah dengan berkata: Adakah engkau hendak berhijrah, mana boleh, engkau hendak meninggalkan tanah-air dan langitmu? Tapi ia tidak hiraukan dan berhijrah. Kemudian syaitan duduk pula menghalanginya dari berjihad. Ia berdalih, “Adakah engkau mahu berjihad? (Adakah patut) Engkau hendak merosakkan diri dan harta sendiri. Kelak engkau bertarung dan terbunuh, isterimu dikahwini orang dan harta-hartamu dibahagi-bahagi? Tapi ini pun ia tidak peduli dan ia berjihad, Rasulullah menyambung kata “Maka barangsiapa yang (teguh pendirian) berbuat demikian maka wajiblah Allah masukkan dia dalam syurga.”
(Ditakhrijkan oleh Nasa’i)
Ustazah Zainab al-Ghazali pernah berkata kepada suami beliau,
"...Mari kita berjanji, berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita, wanita yang pada berumur 18, memberikan keseluruhan hidupnya untuk Allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dalam diriku..."
- Sungguh, perkahwinan itu punya kedudukannya yang tersendiri dalam menanggapi proses Pembentukkan Negara Islam.
- Proses kepada Keluarga Islam pula hendaklah dengan kaedah Islam, agar visi dan misinya adalah untuk syariat Islam. Maka hasilnya adalah untuk Islam dan kerana ALlah semata tidak yang selainnya.
- Membentengi individu dalam keluarga daripada sosial budaya yang melampau.. antara hak dan batil.
p/s: saya mencatat bagai besi berkarat menanti rosak dan dibuang
4 comments:
syeikh,bahasa tinggi sangat nih,kurang faham....
InsyaALlah.. nanti saya jelaskan balik.
Dalam makna tuh.... (^_^)
Moga bahagia...
maknanya kalau nk berumahtangga, perlulah mengikut syariat islam..
Post a Comment