Salam barakah Ramadhan..
Salah satu tanda seseorang itu berjaya dalam Ramadhan, mereka akan terus beristiqamah melakukan amalan sunat yang telah dikerjakan dalam Ramadhan.
Ingin benar saya menulis sesuatu untuk sahabat-sahabat yang saya kasihi. Satu kali saya benar-benar ingin mengutus bait kepada mereka, lantas saya terus ke buku melakar sesuatu kepada mereka.. ya, isi hati yang telah saya pendam.
ingatlah dikau telah dimuliakan ALlah disisiNya dengan menamakan dikau sebagai pejuang dan penolong agamaNya. Dikau memikul bebanan kesinambungan wasilah kenabian. Darjatmu setinggi dan semulia syahid yang firdaus bakal menjadi milikmu.
Justeru bicara mereka tentangmu bukanlah cerita-cerita Si Anak yang Berbuat baik kepada Kedua Ibubapanya atau Si Pemuda atau Si Fakir. Tapi cerita mereka tentangmu adalah Panglima yang membuka Constantinople atau pemimpin yang telah menguasai 2 per 3 dunia.. Kita berbeza. Kenyataan yang berhakikat, bukan kabur dan bersimpang siur..
Kedudukan dikau bukanlah si pemuda atau si anak sepertiku yang berada ditepian, tapi dikau berada dalam saf kepimpinan. Namamu bakal tercatit dalam lipatan pemimpin terunggul.
Dikau, kedudukanmu..Sahabatku.
Seandainya dikau menunggangi kuda perang Sang panglima angkatan perang, disitu akulah penarik tali tambatan kudamu sewaktu berjalan-jalan memeriksa barisan tenteramu.
Semboyan berkumandang, engkau melaung-laung Jihad, bersyarahan membakar semangat tenteramu. Engkau memimpin angkatan perang menuju ke medan, sedang aku melihat kelakuanmu Sang Panglima berangkat dari qaryah ini.
Firman ALlah SWT yang bermaksud,
"Tidaklah sama orang berIman yang duduk(yang tidak turut berperang) tanpa mempunyai uzur (halangan) dengan orang yang berjihad di jalan ALlah dengan harta dan jiwanya. ALlah melebihkan darjat orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk (tidak ikut berperang tanpa halangan). Ke pada masing-masing, ALlah menjanjikan (pahala) yang baik (syurga) dan ALlah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar".
(Surah an-Nisa':95)
Aku tidak mampu bersamamu kerana aku Si Cilik yang berkejaran sana-sini tanpa mengerti lakumu. Atau aku ialah Si Tua yang perlahannya suaraku, kerdilnya kudratku. Kita berbeza..
Firman ALlah SWT yang bermaksud,
"Kecuali mereka yang tertindas baik lelaki atau perempuan dan anak-anak yang tidak mengetahui jalan (untuk berhijrah).
(Surah an-Nisa':98)
Suatu hari aku juga bersamamu di medan, maka berlaku pertempuran yang hebat. Panglimaku yang pertama telah syahid, berganti dengan yang kedua.. Sehinggalah telah tiada lagi panglimaku. Engkau bermesyuarat menentukan pengganti dalam kalangan kalian. Aku hanyalah tentera pejalan kaki yang memerhati dari celahan melihat dikau bermesyuarat menentukan pengganti, merancang strategi perang.
Antara kalian ada Khaled al-Walid. Antara kalian ada Saiyidina Umar..
Aku berbangga dikau sudi bersahabat denganku. Sahabatku adalah panglimaku.
ASSALAMUALAIKUM..
Semoga kalian dirahmati ALlah dengan menguatkan Iman dan Taqwa. Engkau tutuplah kesalahan mereka dari terbuka kepada manusia. Seandainya fitnah tertimpa keatas mereka, alihkannya keatasku. Biarlah mereka tenang dalam perjuanganMu..
No comments:
Post a Comment