Lirik ini akan menjadi pendahuluan agar tersingkap yang tersurat. Juga supaya pembaca sekalian bebas berfikir tanpa perlu terikat dengan tinta saya yang layu.
Segenggam Tabah
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
Saya ingin mengungkap sesuatu kepada para pembawa sinar yang sentiasa beristiqamah dalam da'wah dan kerja-kerja berat yang terpaksa menanggung penderitaan buat kesekian kalinya telah merembes air mata membawa tanda kerdilnya seorang hamba.
Suka mahupun duka, derita mahupun senang, kehampaan mahupun kejayaan dan lain-lain perasaan yang bercampur-baur menjadi suatu simpulan yang pada dasarnya hanyalah kerana ALlah.
Justeru keikhlasan ini telah mengikat diri mereka untuk terus belayar membawa penawar yang menerangi kegelapan, mengubati penyakit serta kebahagiaan mengatasi kekecewaan umat ini. Anda ialah seorang yang membawa sesuatu yang begitu berharga kepada umat yang kehinaan dek kesilapan mereka dalam memahami hakikat agama ini.
Walaupun disana terdapat halangan serta duri yang akan menghalangi jalan anda, namun keimanan yang terpasak kukuh didalam hati telah mendiamkan keluhan, mengeringkan air mata bahkan masih mampu mengukir senyuman pada waktu badai menerpa diri anda.
Biarlah keluhan yang tersimpan, air mata yang bertakung, senyuman yang kelesuan itu menjadi rahsia kalian dengan ALlah. Sungguh Dia akan membalas pengabdian itu dengan kemulian dan ketenangan pada hari dimana segala ketakutan dan kegelisan marasuk setiap manusia saat berhadapan dengan ALlah untuk menerima balasan setelah hidup didunia. Syurga yang memikat sukma, bersama para Nabi dan Rasul, bakal menjadi menjadi pakej kebahagiaan selamanya.
WaLlahua'lam.
No comments:
Post a Comment