Thursday, 12 August 2010

Bila Hidayah datang Menyapa


Semiggu sebelum ketibaan Ramadhan, seorang abang dari tempat pengajian yang sama dengan saya meminta saya untuk menggantikannya mengajar di sebuah tempat tuisyen. Mengajar Al-Qur'an. 'Ustaz' saya seketika malam tersebut. Mulanya saya menolak permintan abang tersebut untuk mengajar, disebabkan saya belum punya sebarang 'modal' untuk tasmi' Al-Qur'an esoknya. Selepas lama berfikir, timbang-balik, saya fikir mungkin ada HIKMAH. Saya pun terima.

Jam sudah pukul 9.30, tapi tiada seorang pun lagi yang datang . Ketika menunggu kedatangan pelajar-pelajar, sempat juga saya hafaz sedikit untuk esok. ALhamduliLlah. Kemudian datang seorang anak murid. Terkejut.. 

Anak murid saya ialah seorang abang berumur 27 tahun yang datang dengan kereta yang agak mewah. Pakaiannya agak kemas, saya agak mungkin dia bekerja dengan kerajaan. Rupanya ini anak murid aku..Malu-malu saya pada mulanya kerana dia memanggil saya ustaz. Kemudian dia tanya umur saya, bertambah segan nak sebut yang saya baru berusia 18 tahun. 

Dia balas, 
"takde masaalah, ustaz muda. Saya baca kemudian ustaz tegur kat mana saya salah." Katanya. 

Saya hanya mengangguk. Bingung saya dengan keadaan seketika. Kemudian datang pula seorang pak cik yang berumur seorang datuk. Bertambah pelik saya dengan aturan Tuhan. Dia datang dan bersalaman dengan saya denga mulut yang tersengih. 

Dia pun berkata," ustaz muda malam ni.." sambil ketawa. 

Saya tersipu-sipu. 

Lama-kelamaan datang lagi lima orang pak cik menjadikan kesemua pelajar saya seramai 7 orang. Nasib baik saya ditemani seorang rakan setia saya yang turut mengajar Al-Qur'an pada malam tersebut, Dua daripada pak cik tersebut tidak membaca Al-Qur'an, tapi membaca buku IQRA' nombor satu. Terkejut saya 
dalam hal itu. 

Saya ajar, kemudian dia baca.. 
" a..tai..tu.. ataitu." Saya sebut. 

Pak cik itu gagap hendak menyebut perkataan tersebut. Saya sabar. Lebih daripada 10 kali saya berulang-kali menyebut perkataan itu sahaja. Letih, tapi seronok. Pak cik itu banyak kali meminta maaf kepada saya kerana ketidakpandaiannya. Saya senyum serta memberi sedikit sokongan diatas usahanya untuk belajar. 

Katanya, dia ada seorang anak yang belajar di sekolah tahfiz. Saya kaget, pelik dan berfikir, seorang anak yang belajar agama, hafaz Al-Qur'an tapi tidak boleh menolong bapanya belajar Al-Qur'an. Mengeluh saya seketika.. Inikan pula si anak tersebut hendak menegur salah-silap kedua orang tuanya. Apakah ini anak soleh? 

Pengalaman di tempat tuisyen tersebut betul-betul memberi erti nilai sebuah hidayah kepada saya. Abang yang sanggup merendahkan egonya untuk belajar kembali Al-Qur'an semata, pak cik yang mengulang-ulang kalimah-kalimah arab yang asing baginya, namun mereka tetap berusaha kerana HIDAYAH sudah menyapa mereka.  

Kerana Hidayah, menjadikan mereka berusaha. Kerana Hidayah, mereka yang terdahulu telah berjaya. Inilah juga rahsia kejayaan umat yang terdahulu. Mereka berjaya mengubah hakikat hidup mereka daripada untuk keduniaan semata, kepada akhirat yang selamanya.  
  


Anda juga punya peluang yang sama seperti mereka untuk mengecap kejayaan.  
  • Letakkan diri anda ditempat yang sepatutnya. Jadikan hamba kepada ALlah Ta'ala adalah cara hidup, khalifah ALlah sebagai peranan anda dalam setiap keadaan masyarakat.  
  • Sangkutlah kebergantungan hidup anda hanyalah kepada ALlah Ta'ala. Tidak yang selainNya.   
  • Usah berasa lemah kerana kekerdilan diri anda daripada jutaan mereka yang berjaya. Kerana bukan semua yang berjaya punya kejayaan yang sebenar. Tapi anda telah menjadikan ALlah sebagai 'tuan' anda. Maha Hebat tuan anda, pasti juga anda adalah pengikut yang hebat. Usai sahaja anda memasakkan kepercayaan tersebut didalam diri anda, saat yang kemudiaannya akan menjadikan diri anda sebagai seorang yang lebih berkeyakinan dek kebenaran yang anda yakini. 

Selepas mencapai sedikit daripada kejayaan, janganlah lupa untuk bersyukur atau anda akan kembali tersungkur. Siapa yang brsyukur, dia berjaya. Siapa yang kufur, dia merana.
Muhasabah~

2 comments:

ceras said...

masyaAllah..bile hidyh menyapa...keegoan trus menyepi...
kisah y pnuh pengjrn bg org belajr agme tp x bramal...

muhammad said...

MasyaALlah, peringatan penting tuh! kena selalu ingatkan ana ye..