Saturday, 27 March 2010

Lebih baik lembu..

Bismillah..
Makhluk yang bernama manusia telah dicipta dengan simbahan kasih-sayang daripada penciptanya. Makhluk ini telah dilengkapi dengan akal fikiran yang telah menjadikannya makhluk yang paling istimewa jika dibandingkan dengan berjuta yang lain.



Hakikat ini tidak ramai makhluk manusia dapat memahaminya dengan baik. Justeru kebanyakan daripada mereka sama sahaja seperti haiwan peragut rumput, yang melompat kesana-kemari dan lain-lain bahkan ada pula yang berlebihan daripadanya. Kemudiannya tidak dapat dibezakan manusia dengan haiwan lain yang tadinya. Jadilah manusia itu tanpa nama insan kerana mereka makan seperti lembu, melahirkan anak juga sepertinya cuma mereka ini berpakaian. Mereka berjalan dengan dua kaki seperti ayam, kadang-kadang melompat seperti kanggaru.

 Pemerhatian ini terjadi dan terhasil hanya kerana manusia itu tidak dapat menggunakan akal dengan baik. Hanya kerana mereka melupakan janji -janji mereka yang dahulunya mereka berkesanggupan kepadanya. Iman yang sepatutnya dapat membezakan mereka dengan makhluk yang lain tidak mereka gunakan bahkan mereka membencinya. Ada yang berkata "hidup hanya sekali, marilah kita berhibur habisan". Dikala itu, lebih baik pula haiwan-haiwan tadi. Walaupun mereka tidak punya akal, namun mereka tidaklah pula mencaci dan menghina Pencipta mereka.

Namun tidak ramai manusia yang sedar. Ada yang sedar tapi ramai pula yang tidak bersyukur. Ada yang bersyukur, namun ramai pula yang tidak melaksanakannya. Ada yang beramal, namun ramai pula yang silap dalam perlaksanaannya. Sebahagian yang betul dan tepat dalam perlaksanaannya tidak pula dapat beristiqamah dalam amalannya sehingga akhir hayat. Maka dengan sebab itu tadi ada yang menempah neraka sebagai tempat tinggal mereka buat selama-lamanya ada pula yang menjadikan tempat siksaan itu sebagai persinggahan sementara. Disana terdapat pula mereka yang paling beruntung dalam mencari hakikat kebahagiaan dalam kehidupan. Merekalah orang-orang mendahulukan Pencipta mereka dalam setiap urusan bagi menempah syurga disana..

2 comments:

Hayyi Mohamad said...

Salam rindu...mantap2 blako adik2 ni..perkongsian menarik,teruskan menulis agr brtmbh kekuatan n thaqofah..medium terbaik dakwah pd hari ni...siru 'ala barokatillah..

muhammad said...

emmm... terima kasih, biaso2 jah.. tengoh belajar da'wah dimensi nie..