gambar semasa usrah tahun lepas
Maaflah nie gambar lama semasa muktamar.. gambar usrah lain kali.
Agaknya apa yang membuatkan saya berasa terpanggil untuk menulis satu artikle mengenai usrah yang sedang saya ikuti sekarang. Mungkin kerana tautan hati antara saya dengan sahabat-sahabat seusrah begitu in-team, atau mungkin kerana naqib kami, yang kami suakan dengan abang Saizol berjiwa seorang murabbi bagi kami.
Kami ahli usrah baru sahaja berkenalan dengan naqib kami selama tidak lebih dari dua bulan dan hanya empat kali usrah ini dilakukan secara rasmi dan besama dengan naqib sejak entri ini ditulis. Dengan tempoh yang sedemikian rupa dan dengan hanya lima kali pertemuan kai dengan abang Saizol, namun bagaikan ada sesuatu yang telah menambat hati kami untuk menyayanginya seperti keluarga kami.
Kami ahli usrah baru sahaja berkenalan dengan naqib kami selama tidak lebih dari dua bulan dan hanya empat kali usrah ini dilakukan secara rasmi dan besama dengan naqib sejak entri ini ditulis. Dengan tempoh yang sedemikian rupa dan dengan hanya lima kali pertemuan kai dengan abang Saizol, namun bagaikan ada sesuatu yang telah menambat hati kami untuk menyayanginya seperti keluarga kami.
Mungkin inilah yang dikatakan oleh Abbas assisi dengan pancaindera yang keenam iaitu mata hati. Keikhlasan serta ilmu yang dimiliki dan yang paling utama hubungan dengan Tuhan telah membuatkan manusia yang diseru mudah untuk menerima apa yang diucap kepadanya. Mungkin inilah yang membuatkan saya sering tertunggu usrah yang akan datang. Serta inilah juga memberi semangat kepada saya untuk berulang-alik dari rumah saya dengan tempat usrah diadakan. Walaupun tidaklah sejauh mana, tapi dengan diri saya sebagai seorang yang lemah adalah sulit juga bagi saya untuk bertolak pulang kerumah sebelum daripada waktu subuh agar sempat bersiap untuk kesekolah pada keesokan harinya.
Satu kali sebelum kami berusrah, fikiran saya tersangat bercelaru dengan masaalah. Dengan sekolah baru saya, dengan masaalah peribadi, cukup untuk membuatkan saya pening dan hampir sahaja belanggar dengan sebuah kereta sewaktu dalam perjanan ketempat usrah. Saya bercadang hendak bertanya kepada abang Saizol mengenai masaalah tersebut. Kemudian selepas daripada solat isya', saya menunggu naqib untuk memulai usrah.Setelah dia tiba, saya bersalaman dan berpelukan dengannya. Tiba-tiba terpancul dari mulutnya sewaktu berpelukan dengan saya. Katanya, "ada masaalah apa?" Saya lantas tersentak.. Cepat saya balas, "eh, takde apa" mungkin dalam loghat kelantan bunyi lain skit.
Kemudian dia membalas dengan senyuman, "emm.. tanya lepas usrah nanti ye!" saya masih lagi kelu hanya mengangguk..
Saya terbawa-bawa hal tadi yang membuatkan saya hairan sendirian. Usrah pada hari itu, mungkin tiada bezanya dengan usrah sebelum ini. Namun patah perkataan yang yang disentap dengan lidah abaang Saizol pada hari itu, saya rasakan dia betul-betul tujukan kepada saya dan ibarat sedang menyelesaikan masaalah-masaalah yang sedang saya pikul sejak petang tadi. Sedang saya garap satu persatu perkataan yang dikeluarkan olehnya sambil saya teliti maksudnya, dengan luaran kawalan minda saya, air mata mengalir membasahi pipi sambil tersedu kadang-kadang.
Seusai usrah tersebut, masaalah saya sudahpun disettle dengan penuh kesempurnaan sebagai manusia yang dhaif. Kemudian kami bersalaman dan berpelukkan, sekali lagi dia berbisik kepada saya, masaalah dah settle?
Saya hanya mengangguk.
Kepada abang Saizol dan sahabat seusrah, saya panjatkan doa' semoga kita bersama sentiasa istaqamah diatas jalan yang sedang kita lalui ini yang telah kita yakini bersama bahawa inilah jalan yang membawa kepada mardhatillah.
No comments:
Post a Comment