mungkin ukhuwah itu ketika kita disini... |
mungkin juga pada waktu ini. |
atau pada waktu ni..
sentiasa bersemi disisi...
|
Perasaan cinta dan kasih kepada akh tidak akan dapat dirasakan oleh seseorang melainkan mereka diribath dengan ukhuwwah Islamiah sebagai pengikat yang telah disemai dengan semangat aqidah Islamiah. Rugilah barangsiapa sepanjang hayat persahabatannya dia tidak pernah merasa kemanisan dalam persahabatan.. Sedikit kisah daripada para sahabah perlu menjadi titik peringatan kepada setiap akh islami dalam berukhwah dengan aqidah sebagai pengikat mereka. Dalam suatu peperangan, ada tiga orang sahabat yang sedang beraada dalam keadaan tenat seusai peperangan. Mereka dirawat dikhemah rawatan. Sahabat pertama meminta air untuk diminum. Kemudian diberikan kepadanya.Tidak lama kemudian, kedengaran sahabat yang lain meminta hal yang sama sedang hanya ada sekantung air. Tanpa berfikir panjang, sahabat yang pertama tadi memberi air minuman tersebut kepada sahabat yang kedua. belum sempat hendak merasa air, terdengar pula seorang sahabat jundi yang tenat lain meminta air."air..air.. adakah sesiapa punya air untuk diminum?" apabila terdengar suara tersebut sahabat yng kedua yang belum merasa walau setitis air tadi terus memberikan air kepada sahabat yang ketiga..belum sempat sahabat yang ketiga tadi hendak menghilangkan sedikit dahaga, terus dia terdengar suara meminta air.. iaitu sahabat yang pertama. air itu terusdiberikan kepadanya. kemudian sahbat kedua pula meminta air, maka diberikan air tadi sebelum sempat untuk diminum kepada sahabt yang meminta air itu.kemudian terdengar pula sahabat yang ketiga tadi meminta air.. kemudian diberikan air kepada sahabat yang ketiga .. begitulah seterusnya sehingga pada akhirnya ketiga-tiga sahabat tersebut syahid dan kantung air minuman tersisip ditepi tanpa berkurang sedikitpun.. Nabi S.A.W sendiri pernah berkongsi sebiji kurma dengan para sahabat untuk berbuka puasa ketika orang-orang kafir quraish memboikot orang islam sewaktu diawal kedatangan Islam. Sayidina Umar r.a pernah bersenda dengan baginda sewaktu menjamu buah tamar dikala musim tamar. Setiap kali beliau habis isi buah tamar, bijinya diletakkan dihadapan baginda, sehingga kelihatan banyak sekali. Kemudian beliau berkata," lihatlah banyak betul biji tamar Rasulullah betapa banyaknya baginda makan." Kemudian Rasulullah pula berkata," lihatlah pula Umar, betapa banyak dia makan sehingga bijinya sekali ditelan." Suasana dihiasi dengan senda gurau dan senyuman lantas mengeratkan ukhuwah dalam kalangan mereka. mungkin cerita ukhwwah kami tidaklah sehebat para sahabat dan sekental ukhuwah para mujahid ketika dimedan perang.. mungkin perkelahian itu biasa antara kami.. justeru muhasabah detik malam yang menjadi saksi ukhuwah kami.
اللهم إنك تعلم أن هذه القلوب قد اجتمعت على محبتك والتقت على طاعتك، وتوحدت على دعوتك، وتعاهدت على نصرة شريعتك فوثق الله رابطتها وأدم ودها واهدها سبلها، واملأها بنورك الذي لا يخبو، واشرح صدورها بفيض الإيمان بك، وجميل التوكل عليك، وأحيها بمعرفتك، وأمتها على الشهادة في سبيلك، إنك نعم المولى ونعم النصير، اللهم آمين وصل اللهم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
No comments:
Post a Comment